Kemelut antara Mahathir dengan Din Pagoh belum lagi reda, malah di khabarkan semakin panas...
Din Pagoh di katakan telah minta maaf dari Mahathir tapi respon Atok ialah Sorry No Cure (BACA DI SINI) yer lah, tahu jer lah Atok tu, macam2 dia boleh buat kalau nak jatuhkan orang...
Kalau Bang Non dulu, Atok jatuhkan dengan kes liwat, DS Najib pula dengan fitnah RM2.6 bilion dan 1MDB, jadi tak mustahil Din Pagoh, Atok boleh kelelek dengan bermacam cara (BACA DI SINI)...
Walaupun cytro Bersatu dengan penyokon2 kuat Atok cuba menafikan keretakan hubungan antara Atok dengan Din Pagoh tapi macam yang orang tua2 kata, bangkai gajah mana boleh di tutup, yer tak? (BACA DI SINI)...
Macam yang pernah di siarkan dalam laman blog nie (BACA DI SINI), bagi admin, apa yang berlaku cuma satu dari sketsa yang berada dalam perancangan Mahathir...
Ahli Parlimen Dan ADUN Johor Keluar PPBM
Keadaan menjadi semakin kalut bila beberapa Ahli Parlimen dan ADUN yang setia dengan Din Pagoh di katakan akan meninggalkan meninggalkan PPBM sebab tak bersetuju dengan Mahathir (BACA DI SINI)...
Sekiranya perkara ini benar2 berlaku, yang akan menanggung akibatnya pastilah rakyat Johor sendiri...
Tiada pelabur yang akan datang melabur apabila politik sesuatu negara atau negeri di lihat tidak stabil dan bergolak...
Malah, pelabur yang sedia ada juga tidak akan berasa selamat dan tidak mungkin akan membesarkan pelaburan mereka...
Kerajaan negeri akan kehilangan pendapatan dari cukai yang di kutip, rakyat akan kehilangan pekerjaan!!!
Ada yang mengatakan, punca kemarahan Ahli Parlimen dan ADUN tersebut bukan saja sebab perbalahan antara Mahathir dengan Din Pagoh tapi ibarat menyiram minyak ke dalam api, mereka marah bila Mahathir mengatakan, bila Johor bersetuju menganggotai Malaysia maka Perlembagaan Johor, sekiranya ada, dengan sendirinya terbatal!!!
Tak tahulah sama ada Mahathir ada meminta pendapat dari Peguam Negara atau mana2 peguam sebelum keluarkan kenyataan syok sendiri tu...
Apakah maksud Mahathir, Sultan Johor mesti akur dengan apa saja keputusan yang Mahathir buat?
Apakah baginda Sultan Johor langsung tidak boleh bersuara demi untuk kebaikan rakyat dan negeri baginda?
Bagaimana kalau baginda Sultan Johor mengeluarkan titah, parti Bersatu dan ahli2nya di HARAMKAN di negeri Johor?
Atau lebih teruk lagi kalau baginda Sultan Johor dan Raja Raja Melayu membuat keputusan untuk keluarkan negeri Johor dan negeri2 yang beraja dari Malaysia?
Apa yang pasti, kesan dari tindakan Mahathir tu, rakyat Johor PASTI akan mendapat impak negatifnya, meletakkan Din Pagoh dan kemnya seperti cacing kepanasan (BACA DI SINI),
Dan bukan menjadi rahsia lagi, segala2 yang Mahathir lakukan adalah untuk memberi ruang dan jalan seluas2nya untuk Boboi naik menjadi Presiden Bersatu...
Matlamat utama Mahathir ialah untuk mewariskan jawatan Perdana Menteri kepada anak bongsunya, Boboi (BACA DI SINI)...
Apakah gerakan buah catur Mahathir seterusnya?
Mahathir sudah berjaya menghancurkan ekonomi Malaysia sehancur2nya dalam fasa kedua pemerintahannya (BACA DI SINI)...
Apakah Sultan Johor dan rakyat baginda akan membenarkan Mahathir hancurkan negeri Johor pula?
Dan apakah kita rakyat Malaysia terus akan menjadi YES MAN pada Mahathir sedangkan kehancuran yang beliau lakukan berada di hadapan mata kita?
Mahathir pernah mengulangi apa yang Laksmana Bentan katakan :
"Raja Adil, Raja Di Sembah, Raja Zalim, Raja Di Sanggah"...
Mungkin Mahathir lupa, Laksmana Bentan berasal dari bumi Johor...
Dan mungkin Mahathir lupa perkataan 'Raja' juga boleh di guna pakai kepada Perdana Menteri!!!
Dan Mahathir jangan lupa, ianya telah di guna pakai oleh mssyarakat seluruh dunia...
Muammar Gadafi tumbang di Libya di tangan rakyatnya, Mugabe tumbang di Zimbabwe di tangan rakyatnya, Marcos tumbang di Filipina, juga di tangan rakyatnya dan nama ketiga2 pemimpin itu bermula dari huruf 'M'...
Siapakah yang akan menjadi 'M' yang ke empat, harap Mahathir dapat renungkan sebelum terlambat!!!
0 comments:
Post a Comment