Sunday, April 21, 2019

Perbicaraan DS Najib Cuma Helah Untuk Tutup Tembelang Mahathir Dan Daim Beri Beribu Ekar Tanah Pada China!!!


Laman blog ini ada menyiarkan jawapan2 pada penyokong2 PH dan penyokong totok Mahathir yang dah buta mata hati dia mengenai isu diskaun RM21.5 bilion yang kononnya Daim dapatkan dari China bila projek ECRL di rundingkan kali kedua (BACA DI SINI)...





Yang penting sekali adalah, dengan diskaun yang di berikan sebanyak RM21.5 billion itu, CCCC pula telah menerima sejumlah 4,500 ekar tanah di tujuh lokasi berhampiran dengan stesen2 yang ECRL akan berhenti...

Bukankah ini yang di sebut oleh Mahathir sebagai menjual Malaysia ke China?

Pada asalnya, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (SEDC) di tugaskan untuk membangun tujuh taman perindustrian di sekitar stesen2 ECRL itu (dan ini adalah tujuan utama projek ECRL ini)...

ECRL akan membawa pembangunan kepada taman2 industri ini seperti apa yang berlaku pada 'high-speed rail' di United Kingdom (Manchester, kini adalah kawasan pembangunan yang paling pesat di UK)...

Sekarang, China telah di berikan beribu2 ekar tanah di sekitar tujuh stesen beserta dengan hak untuk membangunkan taman2 perindustrian itu sekali...

Jadi, diskaun sebanyak RM21.5 billion adalah sangat kecil jika di bandingkan dengan beribu2 ekar tanah  berserta dengan hak untuk membangunkan 7 taman perindustrian yang di beri kepada China...

Rakyat Malaysia sekali lagi di perbodohkan...

Kononnya, DS Najib membayar kos projek ECRL dengan harga lebih tinggi dan Daim pula berjaya mengurangkan kosnya sebanyak RM21.5 bilion kepada RM44 bilion... 

Maknanya, DS Najib di gambarkan samada bodoh atau penyamun... 

Sekarang, baru kita tahu yang RM21.5 billion itu bukanlah diskaun seperti yang di katakan oleh Mahathir... 

Kenyataannya, China telah di beri tanah dan hak pembangunan yang jumlahnya sepuluh kali ganda tinggi dari diskaun yang mereka beri...


Yang masih menjadi persoalan ialah ke mana dan untuk siapa RM1 bilion yang akan China bayar?

Perbicaraan SRC Bertujuan Mengalih Perhatian Rakyat Malaysia


Tentu kita semua masih ingat lagi, macam mana liciknya Mahathir gunakan tumpuan rakyat pada PRK Semenyih untuk tandatangan Statut Rom...

Netizen2 yang sentiasa memerhati tipu helah Mahathir, hampir terlepas pandang untuk merpersoalkan PH yang secara senyap2 tandatangan Statut Rom...

Sebab itu, waktu PRK Semenyih, Mahathir dengan Anwar secara tag team menyerang UMNO dan PAS dengan isu RM90 juta dan RM1.4 juta...

Nasib rakyat Malaysia baik kerana TMJ membongkarkan kegiatan busuk Mahathir dan kabinetnya hingga Mahathir terpaksa membatalkan persetujuan Malaysia pada Statut Rom...

Cara yang sama Mahathir dan Daim gunakan untuk 'memberi tanah' pada China...

Perbicaraan kes SRC DS Najib di gunakan supaya rakyat Malaysia sekali lagi tidak sedar dengan apa yang mereka dah lakukan...

Dari video klip di atas jelas menunjukkan pada apa yang admin maksudkan...

Pada hari kelima perbicaraan kes SRC Dato' Seri Najib, beberapa orang saksi pendakwaraya telah di panggil untuk memberi keterangan di mahkamah...

2 orang daripada saksi2 ini adalah kontraktor binaan yang telah membuat kerja2 pengubahsuaian binaan di rumah Dato’ Seri Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur...

Saksi2 ini di panggil oleh pihak pendakwaraya untuk menunjukkan ke mana duit yang di katakan berasal daripada syarikat SRC telah di belanjakan...


Berdasarkan keterangan Peguam Negara Tommy Thomas, teori pihak pendakwaraya ialah syarikat SRC telah memasukkan duit ke dalam akaun 2 anak syarikat mereka iaitu Ihsan Perdana Sdn. Bhd. dan Gandingan Mentari Sdn. Bhd....

Kedua2 anak syarikat ini telah memasukkan duit ke dalam akaun Dato’ Seri Najib dan akaun ini di gunakan oleh Dato’ Seri Najib untuk tujuan peribadi beliau seperti membuat pengubahsuaian rumah dan sebagainya...

2 anak syarikat SRC tersebut iaitu Ihsan Perdana Sdn. Bhd. dan Gandingan Mentari Sdn. Bhd. adalah syarikat yang menjalankan kerja2 Corporate Social Responsibility (CSR) atau kerja2 tanggungjawab sosial, kebajikan atau amal jariah...

Dan teori pihak pendakwaraya lagi ialah perkara tersebut di lakukan oleh SRC sebagai imbuhan kepada Dato’ Seri Najib kerana Kementerian Kewangan telah meluluskan jaminan kewangan kepada syarikat SRC ke atas pinjaman mereka...

Terdapat 2 perkara yang tidak kena dengan teori pendakwaraya ini :

Pertama


Mengikut undang2 untuk mensabitkan kesalahan, pihak pendakwaraya perlu membuktikan teorinya bahawa Dato’ Seri Najib telah mengarahkan syarikat SRC tersebut untuk memasukkan duit ke dalam akaunnya yang kononnya sebagai balasan ke atas tindakan Kementerian Kewangan meluluskan jaminan pinjaman syarikat SRC tersebut...

Teori dan perkara ini tidak dapat di buktikan oleh pihak pendakwaraya sehingga kini...

Apa yang ada pada mereka hanyalah teori Peguam Negara...

Oleh sebab ini, besar kemungkinan pihak pendakwaraya cuba mengalih perhatian dengan cuba menunjukkan yang kononnya Dato’ Seri Najib menggunakan duit SRC untuk mengubahsuai rumahnya...

Oleh itu beliau telah menggunakan duit tersebut untuk kepentingan peribadi dan kemewahan dan dengan itu beliau yang mengarahkan SRC untuk memasukkan duit tersebut ke akaunnya untuk tujuan ini...

Ini adalah satu lagi teori berdasarkan tanggapan lemah tanpa bukti daripada pihak pendakwaraya...

Faktanya


Kerja2 pengubahsuaian kediaman Dato’ Seri Najib tersebut sebenarnya adalah untuk penambahan pondok polis untuk keselamatan beliau sebagai Perdana Menteri dan juga untuk membaiki dan menambah kapasiti tangki air kediaman beliau supaya ianya boleh menampung majlis keramaian rakyat yang kerap di adakan di kediaman tersebut, bukan untuk bermewah2...

Majlis ini termasuk jemputan kepada pelajar tahfiz dan anak2 yatim di sekitar Kuala Lumpur yang kerap di adakan di kediaman beliau di Langgak Duta...

Semasa beliau menjadi Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib lebih banyak menginap di kediaman sendiri beliau di Langgak Duta dan tidak banyak menggunakan kediaman rasmi di Seri Perdana...

Oleh itu banyak majlis2 bersama tetamu dan rakyat di adakan di kediaman Langgak Duta dan bukan di Seri Perdana...

Seri Perdana adalah amat besar berbanding kediaman beliau sendiri di Langgak Duta dan walaupun di tanggung kerajaan, kos penyelenggaraan dan mengadakan majlis di Seri Perdana adalah jauh lebih tinggi...

Apabila beliau kerap menginap dan mengadakan majlis di Langgak Duta, ianya sebenarnya adalah lebih menjimatkan kerajaan...

Rumah ini memang rumah banglo, namun ia bukanlah rumah banglo mewah seperti rumah agam Tun Mahathir di Cyberjaya dan Seri Kembangan, atau rumah agam Tun Daim di Hulu Kelang atau rumah tersergam Mokhzani dan Mukhriz...

Ia adalah rumah banglo sederhana yang pada asalnya tidak pun muat untuk menampung majlis yang besar...

Memang ada kerja2 pengubahsuaian, tetapi untuk menambah pondok polis dan tangki air untuk keselamatan dan kegunaan majlis bersama rakyat, bukan untuk tujuan kemewahan...

Kedua


Sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, semestinya Dato’ Seri Najib mempunyai akses kepada banyak akaun untuk perbelanjaan politik dengan jumlah ratusan juta ringgit untuk parti, NGO atau rakyat...

Namun demikian ini tidak bermakna beliau menguruskan akaun2 ini sendiri...

Adalah mustahil untuk seorang Perdana Menteri untuk menguruskan akaun2 ini sendiri sambil pada masa yang sama menguruskan negara setiap hari...

Tun Mahathir sendiri sudah pasti tidak larat atau mampu untuk menguruskan akaun2 beliau sendiri tanpa di ketahui sesiapa...

Oleh itu untuk pihak pendakwaraya menganggap yang Dato’ Seri Najib mengarahkan keluar masuk duit ini ke dalam akaun2 ini tanpa pengetahuan orang lain adalah sesuatu yang tidak masuk akal...

Oleh yang demikian, sepatutnya pihak pendakwaraya memanggil saksi kritikal kepada kes ini iaitu saksi yang boleh menyokong keterangan di atas (iaitu Dato’ Seri Najib telah mengarahkan duit di masukkan ke dalam akaun beliau sebagai timbal balas), bukan saksi kontraktor yang menunjukkan mereka telah membina tangki air dan pondok polis di rumah Dato’ Seri Najib menggunakan duit dari akaun beliau...

Apabila pihak pendakwaraya gagal mengemukakan walau seorangpun saksi kritikal di atas, besar kemungkinan yang teori pihak pendakwaraya tersebut adalah tidak benar dan tanggapan mereka tersebut tidak berlaku...

Bayangkan sekiranya perkara ini yang sebenarnya berlaku :

》Syarikat Ihsan Perdana dan Gandingan Mentari memasukkan duit ke dalam akaun Dato’ Seri Najib atas arahan orang lain atau atas agenda mereka sendiri...

》Dato’ Seri Najib tidak di rujuk ke atas perkara di atas...

》Dato’ Seri Najib tidak pernah memberi arahan supaya SRC memasukkan duit ke dalam akaun beliau...

》Dato’ Seri Najib menggunakan salah satu daripada akaun CSR beliau daripada pelbagai sumber untuk menambah tangki air dan pondok polis di rumah beliau untuk  keselamatan dan kegunaan majlis bersama rakyat...

》Akaun2 CSR ini tidak di uruskan oleh beliau tetapi oleh orang lain...

》Tiada perjanjian timbal balas antara Dato’ Seri Najib dengan syarikat SRC...

Adakah Dato’ Seri Najib bersalah ke atas hal ini?

Sekiranya beliau bersalah, maka ianya akan menjadi contoh kes (precedent) yang amat tidak baik dan tidak adil dalam undang2 negara...

Teori Peguam Negara dan pihak pendakwaraya di atas mungkin sama umpama cerita kereta terbang kerajaan PH atau minum sawit awet muda, besar kemungkinan ianya adalah fiksyen...

Mungkin bagi mereka, benda boleh reka tuduh, buat apa cari bukti...

Sehingga Hijab Kebenaran Di Buka Oleh Allah SWT, Bertabahlah Dato' Seri Najib


Dato Seri Najib juga adalah manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan...

Walau pun di bibir beliau sentiasa mengukir senyuman ketika bersama rakyat namun hati beliau pasti merasa tertekan dengan panah2 fitnah yang menuju ke arah beliau dan keluarga beliau...

Hati suami mana yang tidak sedih bila melihat isterinya di persendakan...

Hati ayah mana yang tidak sayu bila anak2nya di cemuh...

Hati anak mana yang tidak pilu bila melihat ibunya juga cuba di heret bersama2 fitnah yang di lemparkan...

Baca dan selamilah isi hati beliau ketika ini :


Saya tahu ramai berbicara mengenai rumah saya...

Saya tahu ada yang cuba memijak2 saya...

Tetapi saya dan keluarga hanya mampu bersabar...

Apalah daya saya?

Mulut di badan orang...

Saya hanya hamba Allah...

Allah anugerahkan kepada saya keselesaan...

Allah anugerahkan kepada saya jawatan bergelar Perdana Menteri...

Kepimpinan dalam Islam merupakan tanggungjawab besar...

Sering orang kata, apabila sudah jadi pemimpin, kehidupannya tidak lagi milik diri atau keluarganya tetapi milik rakyat...

Begitu juga ruang kediaman saya...

Sepanjang masanya bermula dari fajar ke senja, kediaman saya sering di gunakan untuk perjumpaan dan pelbagai aktiviti kerja harian...

Dalam sehari boleh kata mencecah ratusan orang datang, jika saya tidak ada di pejabat atau di Seri Perdana...

Pihak polis yang mengawal keselamatan kediaman saya pun tahu dan mereka ada rekodnya...

Malahan pada satu2 masa ketika itu, sehingga 30 anggota dan pegawai polis berada di rumah saya...

Bayangkan keperluan mereka...


Ruang kediaman saya juga sering di gunakan oleh anak2 tahfiz, anak2 yatim dan murid2 sekolah agama...

Ada yang dari institusi berdekatan, ada masanya anak2 ini datang dari sejauh negeri2 lain...

Saya di didik sejak kecil lagi oleh ayahanda saya...

Islam adalah agama yang mewajibkan umatnya untuk menuntut ilmu pengetahuan...

Islam juga mewajibkan umatnya menuntut ilmu agama...

Ini adalah asas utama kehidupan kami umat Islam dan meletakkan kita di landasan yang benar untuk mencapai kejayaan...


Saya membuka pintu kediaman dan ruang saya seluas2nya untuk mereka anak2 kita yang ingin menambah ilmu agama dan menunaikan kewajipan solat...

Ini adalah antara tanggungjawab sebagai pemimpin Islam...

Kita tidak harus kedekut ilmu dan harta...

Sebaliknya gunakan anugerah Allah untuk membantu lebih ramai lagi...

Apakah salah saya sediakan kediaman saya untuk menampung keperluan sebegini dan kegunaan orang ramai?

Jika rakyat berpendapat saya bersalah kerana kediaman saya di sediakan dengan kelengkapan2 ini untuk menampung ratusan orang sehari dan kegunaan anak2 tahfiz di kediaman saya, saya redha, saya terima...

Saya bukanlah seorang yang sempurna...

Saya hanya seorang hamba Allah...

Apa Lagi Yang Nak Di Jual Bila Mahathir Umum Akan Teruskan Projek Bandar Malaysia!!!



Bila Mahathir umum, nak teruskan projek Bandar Malaysia yang asalnya di ilhamkan Tok Mat Hasan, tanah mana lagi yang nak di jual, kroni siapa yang akan kenyang nanti?



Sejak ambil alih pemerintahan, tak ada satu pun projek pembangunan atau projek rakyat yang datang dari PH...

Semua projek Barisan Nasional yang di tukar nama!!!

Dah hampir setahun PH ambil alih kerajaan dari Barisan Nasional...

Bermakna, dah hampir setahun juga, Mahathir dan menteri penyamun serta penasihat tua menjarah harta rakyat dan negara...

Jarah, lepas tu cipta isu untuk alih perhatian, bila rakyat sedar, dah terlalu lambat sebab perut masing2 dah kembung mentekedarah harta haram...

Ulamak2 pesan, kalau kita besarkan anak cucu kita dengan harta haram, anak cucu kita pasti jadi golongan yang derhaka pada Allah SWT...

Nilaikanlah sendiri keadaan anak bini mereka...

Pelik bin Ajaib bila masih ada lagi rakyat Malaysia yang masih buta mata hatinya untuk melihat kenyataan yang sedang berlaku sekarang!!!

0 comments:

fda

Archives