12 April 2019, sehari sebelum pengundi DUN Rantau keluar mengundi di PRK Rantau, Pejabat Perdana Menteri umumkan projek ECRL akan di teruskan (BACA DI SINI)...
Apa yang lebih menarik, bukan saja projek ECRL akan di teruskan, malah dengan 'bangganya' kerajaan PH umumkan, kos projek ECRL akan di jimatkan sebanyak RM10 bilion iaitu dari kos asal RM55 bilion kepada RM45 bilion...
Maka bersorak sorai, cytro2 PH, 'hebatnya Mahathir sebab dapat jimatkan duit rakyat sebanyak RM10 bilion'...🕺🕺🕺
Lebih menambahkan lagi gamat hirok pikok cytro2 PH, bila Mahathir membuat kenyataan, penerusan projek ECRL akan memulihkan hubungan 2 hala antara Malaysia dan China, seterusnya akan menyelesaikan masaalah pasaran komoditi Malaysia dan ini akan memberi menafaat kepada pekebun2 kecil, khususnya peneroka Felda...
Sampai ke telinga senyuman cytro2 PH, sampaikan dalam tidur pun masih tersengih2 macam kerang busuk...ðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
Realitinya, 'penjimatan' yang di banggakan tu pada hakikatnya adalah 'down sizing' projek ECRL dengan memendekkan landasan, mengurangkan jumlah stesen dan mengelak dari menebuk banjaran Titiwangsa...
Perubahan Jajaran ECRL Adalah'Penjimatan' Yang Memberikan KERUGIAN
Jom kita teliti dari sudut fakta...
Kos Landasan Berkembar Bagi Setiap Satu Kilometer
Cytro PH Dakwa :
》SEBELUM : 688 km, standard gauge, double track...
SELEPAS : 640 km, standard gauge, double track di kekalkan...
SEBELUM : RM95.5 juta/km...
SELEPAS : RM68.7 juta/km (penjimatan 28%, bersamaan dgn RM26.8 juta/km...
Hakikatnya :
☆ ECRL ialah pelaburan jangkamasa panjang yang bernilai berbilion ringgit dan akan memberi pulangan yang besar kepada negara...
Antara tujuan di bina ECRL adalah untuk mengurangkan kepadatan penduduk di Lembah Klang dan seterusnya mengatasi masaalah kesesakan yang semakin tenat di sekitar Lembah Klang...
'Penjimatan' yang di maksudkan oleh PH sebenarnya adalah KERUGIAN puluhan bilion ringgit kepada negara...
Dalam satu lapuran yang di keluarkan oleh Bank Dunia pada 2014, Malaysia kerugian sebanyak RM54 JUTA SEHARI atau RM20 BILION SETAHUN kerana kesesakan trafik dan kepadatan penduduk di Lembah Klang!!!
Jajaran asal yang di cadangkan melalui dan mempunyai stesen di Gombak Utara...
Ini membolehkan warga kota berpindah ke luar dari Lembah Klang dan menetap di luar Lembah Klang seperti di Mentakab namun masih berkerja di Lembah Klang...
Seperti perkhidmatan Komuter yang kita miliki sekarang telah membolehkan warga kota berpindah keluar hingga ke Tampin namun tetap berkerja di Kuala Lumpur...
Bayangkan keadaan trafik dan kepadatan penduduk di Lembah Klang pada hari ini sekiranya kita tidak mempunyai perkhidmatan komuter yang cekap...
Sebab itu di negara2 maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Eropah, mereka mempunyai perkhidmatan 'Bullet Train' bagi membolehkan warga kota berpindah keluar dari ibu kota dan masih boleh terus berkerja di ibu kota walau pun tinggal beratus kilometer dari tempat kerja...
Perubahan jajaran dan pembatalan stesen ECRL Gombak Utara sebenarnya adalah satu KESILAPAN yang besar...
Perjalanan Mentakab – KL selepas perubahan jajaran akan mengambil masa melebihi 3 jam kerana terpaksa melalui Jelebu dan Putrajaya sebelum bertukar dengan pengangkutan darat lain untuk ke ibu negara...
Ia menjadikan pilihan tinggal di kawasan tersebut sebagai tidak lagi ekonomi sepertimana cadangan laluan asal...
Jelas, 'penjimatan' yang di laung2kan sebenarnya adalah KERUGIAN yang besar kepada negara!!!
☆ Pembatalan stesen di Pengkalan Kubor, Jelawat (Kelantan) dan Setiu (Terengganu) akan menyebabkan kawasan2 tersebut semakin terpinggir dari pembangunan dan akan menyebabkan taburan pembangunan ekonomi yang tidak seimbang di Malaysia...
Sekiranya jajaran asal di guna pakai, kawasan berkenaan pasti akan dapat menikmati pembangunan seperti di tempat lain...
Aktiviti ekonomi rakyat dapat di janakan dengan rancak, harga hartanah akan meningkat, peluang2 ekonomi hiliran akan dapat di hidupkan dengan subur...
Sebelum ada stesen komuter di Sungai Gadut, Negeri Sembilan, tidak ramai yang tahu kewujudan tempat tersebut melainkan penduduk tempatan...
Selepas stesen komuter di bina di Sungai Gadut dan perkhidmatan komuter di lanjutkan hingga ke Tampin, kawasan perumahan wujud bagaikan cendawan tumbuh...
Ini pasti membuatkan nilai hartanah melambung naik dan akan memberikan menafaat kepada penduduk tempatan...
Bukan setakat itu, berbagai perniagaan rakyat tempatan yang sebelum ini ibarat hidup segan mati tak mahu, menjadi begitu maju...
Peluang2 pekerjaan juga dapat di wujudkan hasil dari pembangunan di Sungai Gadut kerana dengan terdapatnya stesen di Sungai Gadut telah membolehkan warga kota berpindah ke luar bandar untuk bukan saja menikmati perjalanan pergi dan balik kerja dengan lebih selesa malah memiliki rumah yang jauh lebih selesa dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di ibu kota...
Pemindahan Teknologi Dan ECRL Bukan Lagi Menjadi Hak Milik Malaysia
Apabila siap kelak, ECRL bukan lagi menjadi hak milik mutlak kerajaan Malaysia...
Tetapi 50% dari hak milik projek yang berimpak tinggi ini akan di miliki oleh syarikat CCCC dari China...
Sekiranya mengikut perjanjian asal, selepas siap, kerajaan Malaysia akan memiliki sepenuhnya ECRL telah di fitnah sebagai menjual kedaulatan negara kepada negara China, apakah dengan menyerahkan 50% hak milik ECRL kepada sebuah syarikat dari negara China boleh di klasifikasikan sebagai usaha menjaga kedaulatan negara atau tidak menjual negara?
Antara tujuan asal kerajaan BN yang terdahulu mengekalkan pemilikan 100% kepada kerajaan Malaysia adalah supaya kita boleh memastikan berlakunya pemindahan teknologi tinggi yang di miliki syarikat pembinaan gergasi dari China, CCCC, kepada jurutera2 tempatan...
Ini akan membangunkan mutu modal insan di Malaysia dan menjadikan mereka lebih kompetitif...
Namun bila pemilikan 50% projek di berikan kepada CCCC dan dengan menggunakan modal serta teknologi dari CCCC, apakah kita dapat memastikan akan berlaku pemindahan teknologi dari pakar2 China kepada anak tempatan?
Apakah mereka masih lagi mahu mendengar permintaan kita apabila mereka mempunyai pegangan yang sama besar dengan kita?
Apa yang dapat kita lakukan sekiranya mereka hanya menggunakan tenaga kerja tempatan sebagai buruh kasar?
Ada Silap Mata Dalam Duit 'Refund' Yang Di Bayar Kepada PH
》Kerajaa PH dakwa bayaran pendahuluan se banyak RM3.1 bilion meskipun kerja2 Fasa 2 ECRL (Landasan Gombak - Pelabuhan Klang dan Landasan Kota Bharu - Pengkalan Kubor) belum di siapkan...
RM500 juta sebelum 12 Mei dan RM500 juta sebelum 12 Julai...
☆ Admin pening baca kenyataan kerajaan PH dan macai2 PH...
Dulu di fitnah ada penyelewengan dalam projek ECRL dan yang di tuduh melakukan penyelewengan tu ialah DS Najib dan UMNO...
Tapi statement dia orang pula kata DS Najib dan UMNO bayar CCCC RM3.1 bilion...
Kalau DD Najib dan UMNO yang lakukan penyelewengan, tentulah mereka yang terima duit RM3.1 bilion tu dan bukannya mereka yang bayar duit tu!!!
Tak apalah, admin berikan fakta tentang fitnah PH dan macai2nya mengenai duit RM3.1 bilion tu...
☆ Pada March 2018 projek ECRL telah pun mencapai progres 13% sebelum di bekukan oleh Mahathir sebaik menang PRU 14...
Semua kerja2 pembinaan telah pun bermula di Kelantan, Terengganu dan Pahang secara serentak...
Pinjaman RM39.1 bilion untuk fasa Jajaran Gombak ~ Kuantan telah pun di tandatangani dan di gunakan...
Sebanyak RM3.1 bilion pendahuluan di gunakan untuk fasa utara antara Kuantan dan Tumpat di Kelantan...
Kerja2 pembinaan 3 terowong pendek di Terengganu dan juga tapak untuk jambatan juga sudah di mulakan...
Persoalan...
Kenapa kerajaan PH minta balik duit pendahuluan untuk Jajaran Utara, Kuantan/Tumpat tu?
Tidak ada berlaku perubahan pun dalam spesifikasi projek yang asal dengan yang baru...
Dari RM3.1 bilion duit pendahuluan tu, Daim HANYA dapat balik RM1 bilion saja...
Rm2.1 bilion itu untuk kerja2 yang telah di lakukan...
Projek ECRL di bawah BN memang tidak ada berlaku penyelewengan...
Perjanjian baru ini yang rakyat harus waspada...
Rm1 bilion refund tu untuk apa?
Takkan bayar komisen Daim banyak tu jer kut?
SIKIT SANGAT TU!!!
Mungkin yang di maksudkan 'jimat' ialah bila negara China bertindak balas dengan mengurangkan impot komoditi Malaysia bila Mahathir umumkan projek ECRL di batalkan kerana hutang Malaysia melebihi RM1 trilion!!!
Akibatnya berlaku lambakan getah dan kelapa sawit di Malaysia dan yang menanggung kesengsaraan ialah pemegang MyKad yang terdiri dari pekebun kecil terutamanya peneroka Felda...
Rasanya itu pun tak sehebat mana 'penjimatan' yang di laungkan tu...
Lebih 'jimat' lagi bila pasaran saham menjunam jatuh akibat kerisauan pelabur dengan tindakbalas ekonomi negara China terhadap sikap kurang ajar Malaysia yang tak menghormati perjanjian...
Akibatnya harta Khazanah, PNB, IHH dan Tabung Haji yang bernilai hampir RM100 bilion terpaksa di jual!!!
Setinggi2 tahniah kepada kepimpinan Mahathir dan menteri2 kabinet serta Daim kerana bukan saja menjualkan harta rakyat hampir RM100 bilion, malah menjual projek ECRL kepada China untuk 'menjimatkan' RM21.5 bilion selepas 'down sizing' projek ECRL...
Juga kepada cytro2 dan macai2 PH, terus butakan mata dan hati kamu semua, supaya boleh terus bersorak walau pun seluruh kampung sedang tergadai!!!
BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU2NYA, BIARKAN, BIARKAN!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.