Wednesday, April 10, 2019

Sah!!! Jawatan MB Osman Sapian Dah Sampai Ke Penghujung!!!

Updated : 11.00 am


Berita gempar!!!!

Sah!!! MB Johor letak jawatan (BACA DI SINI)...

Sekali lagi politik negeri Johor bertiup kencang...

Kali nie bukan setakat ribut tapi katanya angin puting beliung melanda politik The Southern Tigers...


Berdasarkan data keluar masuk pass perjalanan YB Jimmy Puah (PKR), di fahamkan YB Jimmy sampai ke London jumpa Sultan untuk melobi YB Mohd Khuzzan Abu Bakar (PKR) iaitu Exco Belia dan Sukan Johor untuk gantikan Osman Sapian (PPBM) yang letak jawatan sebagai MB Johor...


Dengar cerita TMJ mahukan YB Mohd Khuzzan...


Tapi dalam masa yang sama PPBM meletakkan Dr. Sahruddin Jamal sebagai pengganti kerana Osman Sapian letak jawatan secara rela...


Dalam satu perkembangan lain sebelum ini, Dewan Muda Johor (DMJ) mahu Menteri Besar, Datuk Osman Sapian mengambil langkah berjiwa besar melepaskan jawatannya dengan cara terhormat...

Ia bukan satu situasi yang baik kerana secara tidak langsung boleh menyebabkan Menteri Besar sedia ada seolah2 tidak mendapat sokongan bagi menumpukan usaha memajukan rakyat dan negeri ini, menurut DMJ dalam satu kenyataan...

Apa yang berlaku adalah Johor sejak di ambil alih kerajaan PH memperlihatkan Menteri Besar mentadbir negeri ini berseorangan tanpa sokongan dan dokongan daripada barisan Exco serta wakil rakyat blok kerajaan sendiri...

Defisit kepercayaan bermula dari isu kejujuran terhadap kelayakan akademik sehingga cara Osman Sapian menguruskan bencana toksik di Sungai Kim Kim, dan kemuncaknya lawatan ke Batam, Indonesia meninggalkan rakyat di Pasir Gudang...

Apakah pihak istana Johor akan terus mengekalkan PPBM untuk terus menerajui pentadbiran di negeri Johor?

Atau pihak istana Johor akan menolak calun PPBM dan menggantikannya dengan calun PKR sebagai Menteri Besar!!!



Kemelut antara Mahathir dan istana Johor yang sedia ada panas kerana isu Statut Rom, pastinya akan menjadi lebih panas dengan isu Menteri Besar Johor...



Adakah Mahathir sekali lagi terpaksa tunduk dengan kehendak istana Johor?

Perlu di ingatkan, Perdana Menteri cuma boleh memberikan cadangan untuk calun Menteri Besar bagi negeri2 yang beraja, namun keputusan mutlak adalah di tangan Sultan...

Sekiranya PKR berjaya merampas kerusi Menteri Besar Johor, apakah ini satu isyarat dari Anwar bahawa masanya sudah tiba untuk Mahathir berundur...




Apa pula tindak balas Mahathir nanti?

Apakah sekali lagi Mahathir akan game Anwar?

Tak sabar tunggu keputusan berita panas ini...

Adakah lepas ni bakal berlaku krisis di antara PKR dan PPBM...

Cepat, mari kita sediakan Pop Corn banyak2!!!

0 comments:

fda

Archives