37 Mac 2019 (sebab Mujahid janji nak umum 31/3/19l, Menteri Agama, Mujahid Yusof, akhirnya umumkan kadar hibah TH...
Seluruh umat Islam di Malaysia, terutamanya pendeposit Tabung Haji ternanti2 pengumuman yang di janjikan Mujahid...
Dalam satu sidang media, akhirnya Mujahid umumkan kadar HIBAH yang HIBA TH sebanyak 1.25% bagi tahun kewangan 2018...
Betul2 menjadi satu kejutan, sebab kadar yang di umumkan oleh Wakanda Mujahid merupakan kadar yang PALING RENDAH dalam sejarah TH sejak penubuhannya...
Dan macam biasa, kerajaan PH PASTI akan mengulangi skrip lama dengan menuding jari pada kerajaan Barisan Nasional untuk menutup kelemahan mereka...
Persoalan Yang Perlu Rakyat Tahu
》Mengapakah TH hanya mengagihkan RM913 juta sahaja kepada pendeposit sedangkan mereka mengumumkan keuntungan boleh agih bagi tahun kewangan 2018 sebanyak RM2 bilion?
》Ke manakah baki keuntungan RM5.8 bilion hasil penjualan aset2 berharga TH kepada Syarikat SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd?
Sebagaimana laporan Mujahid sebelum ini, jumlah aset bernilai RM10 bilion telah berjaya di jual pada nilai RM19.9 bilion...
Sekiranya keuntungan ini di gunakan untuk menutup defisit RM4.1 bilion aset pada tahun 2017 seperti yang di dakwa, maka ianya masih berbaki RM5.8 bilion, namun TH hanya mengisytiharkan RM2 bilion sahaja keuntungan boleh agih...
Ke mana perginya RM3.8 bilion baki keuntungan hasil jualan aset2 TH?
》Apakah jaminan bahawa aset2 yang di jual oleh TH kepada Syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd, mampu di tebus pada nilai yang sepatutnya?
》Apakah yang terjadi sekiranya nilai aset2 ini kurang dari nilai sukuk yang di pegang oleh TH?
Sudah tentu TH terpaksa merekodkan kerugian...
Oleh yang demikian, Jaminan Kerajaan amat penting, tetapi sebagaimana yang di laporkan, Kementerian Kewangan bertegas bahawa tiada Jaminan Kerajaan di berikan...
Bagaimana kepentingan TH dapat di jaga?
》Sekiranya benar berlakunya penyelewengan, penipuan, manipulasi akaun oleh pengurusan terdahulu, mengapakah sehingga hari ini tiada pendakwaan di buat ke atas mereka?
Sebaliknya menteri lebih gemar mencetuskan sentimen dan menghukum mereka di mahkamah persepsi...
Apakah ini satu cara menutup kelemahan pentadbiran Kerajaan PH yang hakikatnya juga bertanggungjawab menakut2kan pelabur dengan naratif hutang negara tinggi dan bakal bankrap, dasar luar negara yang tidak konsisten dan mengelirukan hingga mengakibatkan saham2 perladangan Kelapa Sawit dan Getah milik TH menjunam jatuh selepas pertukaran Kerajaan pada Mei 2018?
》Benarkah aktiviti pelaburan TH telah di gantung sejak tahun lalu hingga hari ini sehinggakan Jawatankuasa Pelaburan tidak bersidang dan TH tidak mampu menjana apa-apa hasil pelaburan sebagaimana kebiasaannya kecuali menjual aset-aset seperti hartanah bernilai TH kepada SPV?
Antara hartanah bernilai yang dijual termasuklah Tanah TRX yang di beli pada harga RM196 juta dan di jual pada harga RM400 juta, Platinum Park di jual pada harga RM737 juta sedangkan harga belian RM485 juta, ini tidak termasuk hotel2 TH yang turut di jual di TH Bayan Lepas, TH Kuching, TH Hotel Kelana Jaya, TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Alor Setar, TH Hotel Terengganu...
》YB AMANAH/ PH, Hasanuddin Yunus, mendakwa berdasarkan cariannya bahawa TH Indoplantation di Riau rugi RM408 juta sedangkan dalam rekod TH mencatatkan keuntungan berjumlah RM873 juta...
Mana satu yang betul?
Pengurusan TH perlu jujur mengenainya...
Mohon Mujahid menjelaskan dengan telus dan tulus persoalan2 di atas yang rakyat berhak tahu terutamanya 9.3 juta orang pendeposit di kalangan orang Islam...
Jawapan Terhadap Tuduhan Mujahid Ke Atas Kerajaan BN Mengenai TH
》RM4.1 bilion itu bukan rugi...
Ia adalah susut nilai...
Kebanyakan punca susut nilai adalah kerana penurunan harga saham yang di luar kawalan pengurusan TH...
Penurunan harga saham adalah kerana kenyataan2 merapu dan tak bertanggungjawab mengenai hutang luar negara oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah menyebabkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia hilang dan mengeluarkan pelaburan mereka...
Dan kebanyakan perniagaan yang di jalankan oleh TH dalam bentuk saham dan pelaburan jangkamasa panjang turut menerima kesan secara langsung akibat suasana ketidaktentuan pasaran saham...
Tapi jumlah inilah benda yang di ulang musuh politik untuk dakwa pengurusan TH gagal / menyeleweng...
》Antara 1 April 2018 hingga 31 Disember 2018, susut nilai aset TH adalah sebanyak RM5.4 bilion...
Tapi sebab masa tu adalah di sebabkan pemerintah dah bertukar...
Tapi puak2 nie buat diam...
》Tabung Haji tak pernah rugi...
Tahun 2017, keuntungan bersih mereka adalah RM3.412 bilion...
Jumlah ini di sahkan juruaudit bebas E&Y dan tak pernah di pertikaikan walaupun sudah berlaku pertukaran kerajaan...
》Pengurusan lama pakai kaedah Net Realisable Value (NRV) untuk seimbangkan defisit RM4.1b tersebut...
Caranya, pengurusan TH nilaikan semula harga aset dengan harga yang mereka jangka boleh di jual...
Jadi tinggilah sedikit daripada harga belian asal...
Tapi orang marah dan menganggap ini sebagai satu penipuan...
Ini creative accounting kata mereka...
Tapi Jabatan Audit Negara yang melakukan audit setiap tahun, TIDAK PERNAH mempersoalkan atau membangkitkan kaedah ini...
Cuma FAILED ACCOUNTANT (kalau layak di panggil akauntanlah) dan baruahnya, Mujahid mempertikaikan kaedah itu...
Walaupun kaedah itu ikut standard perakaunan dunia...
》Masuk pengurusan baru, defisit aset TH dah jadi RM10.9 bilion...
Maka pengurusan TH pindah aset kepada SPV, dapat kertas hutang, hilang semua dividen saham dan dapat penilaian harga melampau atas kertas...
Contohnya saham Bumi Armada bernilai RM8 juta di nilai/ ambilalih dengan nilai atas kertas RM115.2 juta dan PH kata itu bukan creative accounting, itu maknanya pandai!!!
Orang yang cipta kaedah NRV pun dah boleh keluar dari kubur menangis sujud atas kaki orang yang cipta kaedah akaun macam ni...
NRV paling agung atas dunia...
》Benar, TH ada kerugian RM400 juta dalam pelaburan sawit di Indonesia dulu...
Tetapi TH ini multi billions punya syarikat...
Dia pelbagaikan (diversify) pelaburan supaya kalau satu bisnes rugi, bisnes lain yang untung boleh cover...
Sebab itu dari tahun 2013-2017, untung bersih TH adalah RM15.047 bilion...
》Jika TH pernah rugi kerana terlibat dalam satu urusniaga berkaitan Jho Low, maka kerajaan siasat dan hukumlah mereka yang terlibat...
Apa susah?
Kemudian boleh siasat sama bagaimana TH di jadikan 'piggy bank' pada zaman PM ke 4 apabila membeli TH Perdana dan TH Selborn dengan harga RM436.38 juta berbanding harga penilai RM267.92 juta!!!
Pengerusi TH pada tahun 1998 adalah TS Ahmad Razali, adik ipar PM ke 4 ketika itu...
》Kertas sukuk dan RCPS-i yang di beri oleh SPV sebagai galang ganti saham dan aset TH itu tiada jaminan kerajaan...
Secara atas kertas, kalau SPV ini bungkus, TH tengok saja...
Ya, UZAR kata tak perlu jamin sukuk SPV ini sebab deposit kita dah di jamin kerajaan...
Soalnya, kalau SPV ini bungkus, TH akan rugi dan kita semua tak dapat dividen dan subsidi haji lagi...
Yang ni tak ada orang pula nak fikir?
》Letak saham di SPV ini tak menguntungkan pun...
Dividen saham ini semua SPV kaut...
TH cuma di beri RCPS-i yang tak beri apa2 hasil...
Saham tersebut pun bukan semuanya naik harga...
Contohnya saham E&O masa di pindahmilik pada 31 Dec 2018 berharga RM1.12 se saham...
Hari ini dah turun jadi 90 sen...
Pendek kata SPV cuma tunggu dan kutip dividen sementara TH duk menganga tunggu lalat masuk mulut...
Ini baru betul perompak dan penyangak!!!
Meniaga air tebu pun takdak senang macam ni!!!
》Ada orang kata untunglah kerajaan ambil alih saham TH dengan nilai yang tinggi...
Ya, atas kertas memang untung...
Tapi kalau saham2 tersebut tak boleh naik harga maka macammana SPV tersebut nak bayar kepada TH apabila sampai masa?
Sudahlah RCPS-i yang menjadi galang ganti itu tiada jaminan kerajaan...
》Ada ahli politik kata kerajaan baik hati suntik RM17 bilion untuk selamatkan Tabung Haji...
Tetapi di sebabkan dia nie diploma memasak pun tak boleh nak habis, malas nak perli...
Kalau Presiden pun tak reti beza antara kertas hutang dengan suntik modal, maka elok sangatlah partinya di panggil orang sebagai khadam...
Sudah-sudahlah bermain sentimen menyalah kerana tidak selamanya rakyat boleh di perbodohkan dengan sentimen fitnah dan tohmah!!!
Kredit :
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.