Saturday, November 17, 2018

Mengapa Melayu Semakin Di Tindas Di Tanah Air Sendiri


Wajah Malaysia Baru semakin menyeramkan...

Kita semakin tidak mengenali negara kita sendiri...

Sampai bila keadaan macam ini akan di biarkan berterusan!!!


Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dalam negara yang mengiktiraf Islam sebagai ugama rasmi persekutuan seperti yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan...

Mengapa Jadi Begini


Dalam membincangkan masalah di hadapi bangsa Melayu sekarang nie, ada sesuatu yang terasa 'menyesakkan' dada...

Ada persoalan yang perlu kita selami bersama...

Antaranya, persoalan persatuan dan kesatuan bangsa...

Sebagai bangsa teras kepada entiti bernama Malaysia, bangsa Melayu patut memberi teladan kepada yang lain sebagai bangsa teguh, bersatu padu, mantap dan tidak mudah di adu domba oleh pihak berkepentingan yang ingin menyaksikan bangsa ini tercerai-berai...

Sesungguhnya bangsa Melayu di amanahkan oleh Allah swt sebagai khalifah yang memerintah negara ini...

Namun sangat menyedihkan sehingga ke hari ini bangsa Melayu tidak boleh bersatu dan asyik berbalah sesama sendiri...


Persoalannya, sampai bila perpecahan ini akan terus berlaku?

Adakah perlu menunggu satu malapetaka dan bencana bagi menginsafkan pemimpin dan rakyat terhadap bahaya perpecahan yang seolah2 tiada berkesudahan ini...

Hakikatnya, perkara inilah yang dikatakan oleh pakar tafsir terkemuka Quraish Shihab sebagai tanda2 hilangnya karakter sesebuah bangsa yang unggul...

Menurut beliau, persatuan dan kesatuan umat merupakan prasyarat utama tertegaknya umat yang hebat dan unggul...

Hal ini berdasarkan oleh kenyataan bahawa bangsa terpecah belah tidak boleh bertahan menghadapi segala rempuhan cabaran yang timbul...

Syarat utama keunggulan satu bangsa terletak pada elemen kemantapan persatuannya...

Ciri2 Bangsa Yang Unggul


Dalam Al-Quran kerap kali mengingatkan mustahaknya persatuan dan kesatuan umat seperti firman Allah :

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Mafhumnya :

"Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah2an yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. 
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar" (Surah Al-Anfal : 46)

Dalam Al-Quran, istilah yang hampir dan sepadan dengan makna bangsa ialah umat...


Menurut Raghib al-Asfahani dalam karyanya al-Mufradat fi Gharib Al-Quran, istilah umat merujuk kepada satu kumpulan manusia yang berkumpul atas landasan agama, waktu dan tempat sama, di lakukan secara terpaksa mahu pun secara sukarela atas kehendak mereka sendiri...

Meskipun Al-Quran tidak secara khusus memaksudkan umat sebagai bangsa seperti yang di fahami dalam konteks moden, namun secara asasnya Al-Quran tidak menentang ideologi kebangsaan...

Oleh sebab itu, dalam Al-Quran, istilah umat dalam bentuk tunggal di nyatakan sebanyak 52 kali dan dalam bentuk jamak di sebut sebanyak 12 kali...

Selain persatuan dan kesatuan, karakter bangsa unggul ialah memiliki :

1. Nilai Nilai Luhur Yang Di Sepakati


Kontrak sosial yang menjadi pegangan setiap kaum dalam merumuskan wajah negara sebelum kemerdekaan, boleh di iktiraf sebagai dokumen sejarah yang menjadi asas dan kesepakatan bersama terhadap nilai2 luhur...

Bersatu atas nilai teras menuju titik yang sama dan menunaikan semua program serta agenda secara bersama...

Nilai2 itu berperanan sebagai penapis kepada nilai lain yang datang dari komuniti luar...

Semakin luas kesepakatan itu maka semakin mantap dan kukuh pula persatuan serta semakin besar peluang menciptakan bangsa yang unggul...

2. Kerja Keras Dan Disiplin


Al-Quran sangat memuji manusia yang mempunyai etos kerja tinggi untuk kehidupan dunia dan di seimbangkan dengan persiapan akhirat...

Ia perlu di usahakan dengan penuh kesungguhan dan di sertai iman yang mantap kerana iman bukan sekadar ucapan tetapi WAJIB di buktikan dengan amalan...

Firman Allah swt :

 ✴فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
 ✴وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب

Mafhumnya :

"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh2lah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)"
"Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon" (Surat Ash-Sharh : Ayat 7 - 8)...

Ayat ini memberi petunjuk bahawa setiap manusia perlu sentiasa memiliki kesibukan yang positif...

Apabila menyelesaikan satu pekerjaan, maka perlu memulai dengan pekerjaan lain...

3. Kepedulian Yang Tinggi


Ciri ini tidak hanya berkaitan dengan kefahaman dan penghayatan prinsip agama tetapi kepedulian terhadap keperluan asas masyarakat...

Peduli juga terhadap nilai2 budaya tidak bertentangan dengan kemaslahatan umat...

Semua orang dapat mengambil peranan ini selama mana mereka merasai penderitaan orang lain...
         
Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Siapa yang tidak peduli urusan umat Islam maka dia bukanlah bahagian daripada mereka"...

4. Kesederhanaan (Wasatiyyah) Dan Berfikiran Terbuka


Karakter umat terpilih ini di istilahkan dalam Al-Quran sebagai 'la syarqiyyah wa la gharbiyyah'...

Istilah ini membawa pengertian manusia di tuntut untuk bersikap di tengah, berada antara dua posisi ekstrem...

Sikap wasatiyah yang menjadi slogan dan dasar rasmi kerajaan, menjemput umat untuk saling berinteraksi, berdialog dan terbuka dengan semua pihak tanpa mengira kaum, agama, budaya dan peradaban...

Keunggulan masyarakat Islam masa lampau antara lain kerana sikap keterbukaan mereka menerima apa yang baik dari mana pun datangnya...

Ia selari dengan ucapan cendekiawan, 'unzur ila al-maqal wa la tanzur ila man qala' (lihatlah kepada kandungan ucapan dan jangan lah melihat siapa yang mengucapkan)...

5. Sedia Berkorban


Keperluan manusia tidak dapat di penuhi kecuali dengan kerjasama bersama semua pihak...

Manusia harus saling tolong menolong demi mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan...

Kerana itu, tercetuslah sikap mementingkan diri bagi mencapai keperluan masing2 dan ini antara punca persengketaan dan permusuhan...

Bagi mengelak berlakunya konflik, setiap orang di tuntut untuk berkorban mengetepikan sikap mementingkan diri demi kepentingan orang ramai...

Pengorbanan ini menjadi benih melahirkan akhlak mulia yang mana tanpanya kewujudan bangsa tidak akan dapat di tegakkan...

6. Teguh, Lasak Menghadapi Cabaran Dan Dugaan


Masyarakat yang teguh ialah tidak mengorbankan harga diri atau nilai2 yang di anuti demi membolot kepentingan duniawi...

Bangsa unggul juga tidak mudah menyerah kalah semasa menghadapi dugaan berat...

Makna dan penghayatan bersikap tahan lasak ini pada hakikatnya di tuntut dalam ajaran Islam...

Firman Allah swt yang menghibur dan memotivasikan Muslim setelah tewas dalam Perang Uhud :

 وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Mafhumnya :

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (sungguh-sungguh) beriman" (Surah Ali Imran : Ayat 139)

Demikian antara karakter bangsa unggul yang melangkaui sejarah dan tempat...

Malangnya sifat dan karakter ini seolah2 terhakis dalam diri bangsa Melayu yang selama ini di berikan amanah untuk menjadi peneraju negara ini...

Sekiranya bangsa Melayu sedar dan kembali semula memegang teguh karakter yang di huraikan itu, In Sya Allah bangsa Melayu akan bangkit semula dan di pandang tinggi baik oleh kawan mahupun lawan...

Sejarah Mencatitkan Bangsa Melayu Pernah Menjadi Bangsa Yang Gagah Tapi Janganlah Kita Terlena Dengan Sejarah Silam Bangsa Kita


Bangsa Melayu mempunyai sejarah kegemilangan yang menakjubkan...

Era pra Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, bangsa Melayu di kenali di seluruh pelusuk dunia kerana kegemilangannya...

Dalilnya, pada hari ini, bahasa, budaya dan tinggalan sejarah bangsa Melayu berada di serata pelosok dunia...


Era pra merdeka pula, bangsa Melayu dengan kebijaksanaan mengatur strategi telah berjaya menundukkan British, kuasa empayer dunia ketika itu...

Tapi kita janganlah terlalu terlena dengan sejarah kegemilangan bangsa kita di masa silam...


Tiada artinya kalau kita bermegah dengan sejarah bangsa kita tapi pada hakikatnya, kehidupan bangsa Melayu sekarang lebih daif dari pengemis...

Ini bumi kita, ini tanah air kita, di bumi ini kita di lahirkan dan In Sya Allah, di bumi ini juga jasad kita akan di kebumikan...

Ayuh kita bangkit!!!

Bangkit bukan dengan menindas, merampas dan menafikan hak kaum lain kerana bangsa Melayu bukan begitu...

Kita bangkit dengan merapatkan saf bangsa kita, kita bangkit dengan memantapkan perpaduan dan persatuan bangsa kita...

Kita pasti akan di geruni lawan dan di segani kawan...


Kredit :

FB Biswardi

0 comments:

fda

Archives