Wednesday, November 21, 2018

Adakah Titah Sultan Selangor Di Engkar PH Pimpinan DAP?


Sultan Selangor menetapkan bahawa semua papan tanda yang mempunyai dwi bahasa di Shah Alam mesti di keluarkan dan di gantikan dengan bahasa yang hanya menampilkan bahasa kebangsaan...




Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Mohamad Munir Bani berkata demikian dalam satu surat kepada kerajaan Negeri Selangor yang bertarikh 19 November...


Surat itu menyatakan bahawa semua papan tanda bahasa Cina di Shah Alam mesti di keluarkan dan di gantikan dengan hanya satu bahasa, iaitu Bahasa Melayu...


"Operasi untuk mengubah papan tanda jalan mesti di lakukan dengan serta-merta dan di siapkan paling lambat sebelum Hari Keputeraan Sultan Selangor ke-73 pada 11 Disember" kata Mohamad Munir dalam satu kenyataan pada Isnin"...



Pesanan Untuk DAP
Kesabaran Orang Melayu Dah Semakin Menipis!!!

Mana2 papan tanda nama jalan yang sebelum ini di sediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam bentuk tulisan Bahasa Melayu dan Jawi perlu di kekalkan dan amat tidak wajar apabila ada tindakan menukarnya ke tulisan bahasa lain...



Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Dr. Mohamad Saleeh Rahamad berkata, kelakuan menukar tulisan Jawi kepada bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Tamil boleh di anggap sebagai biadab...


Menurutnya, perbuatan itu biadab kerana cuba membuang khazanah Melayu...

Ini kerana tulisan Jawi adalah khazanah Melayu...


"Membuangnya dan menempatkannya dengan tulisan bahasa Cina merupakan satu usaha yang sangat tidak harmoni dalam konteks Malaysia" katanya  ketika mengulas berkenaan papan tanda nama jalan di Shah Alam, Selangor...

Sebelum ini, papan tanda nama jalan di Shah Alam menggunakan tulisan Bahasa Melayu dan Jawi kemudiannya di tukar kepada tulisan bahasa Cina dan mengekalkan Bahasa Melayu...


Mohamad Saleeh berkata, "Umumnya untuk menukar tulisan pada papan tanda nama jalan perlu mendapatkan kebenaran daripada PBT terlebih dahulu"...

Dan apabila PBT membenarkan tulisan Jawi di ubah ke tulisan lain, ini satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku...


"Sama ada ini arahan daripada orang politik atau usaha PBT itu sendiri (menukar tulisan Jawi) jelas ini satu perbuatan yang perlu segera di banteras" katanya...

Mohamad Saleeh memberitahu, perkara ini jika tidak di tangani dengan segera wujud kebarangkalian ia akan melarat di semua bandar khususnya mana2 kawasan yang di pimpin oleh mana2 parti politik yang ada kepentingan perkauman...


"Wujud juga kebarangkalian kaum lain menuntut agar bahasa mereka juga di guna pakai pada papan tanda nama jalan juga akan berleluasa" katanya lagi...




Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika memberi maklum balas  memaklumkan, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor yang di adakan pada 13 Januari 2017 telah memutuskan penggunaan papan tanda nama jalan dwibahasa selain daripada rumi, penggunaan nama jalan di kawasan kampung tradisi menggunakan tulisan Jawi manakala di kampung baru menggunakan tulisan bahasa Cina bersesuaian dengan komuniti penduduk di kawasan tersebut...

Persoalannya sekarang, apakah MBSA akan mentaati perintah Sultan Selangor atau akan tunduk dengan tekanan dari DAP?

Sebagai ketua negeri, di samping mempunyai kuasa untuk mengarahkan MBSA supaya menukarkan kembali papan tanda nama jalan kepada tulisan asal, Sultan Selangor juga mempunyai alasan yang munasabah :

90% penduduk di Shah Alam ialah Melayu dan tidak ada keperluan menggunakan bahasa Cina pada papan tanda nama jalan...

》Walau pun kerajaan Pakatan jelas berada dalam penguasaan DAP dan kerajaan negeri Selangor juga berada bawah cengkaman DAP namun itu tidak merubah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan dan negeri Selangor sebagai negeri beraja...

Jadi apakah pula alasan MBSA dan DAP mahu papan tanda nama jalan itu di tukar ke dalam bahasa Cina?

Apakah DAP merasakan sekarang mereka bebas melakukan apa saja dengab kuasa dan pengaruh yang ada pada mereka!!!

Amaran kepada DAP :

PANTANG ANAK MELAYU MENDERHAKA PADA RAJANYA DAN ANAK MELAYU SEKALI2 TIDAK AKAN BERDIAM DIRI BILA RAJANYA DI HINA!!!

0 comments:

fda

Archives