Sunday, November 11, 2018

Ayuh Sign Petisyen Tentang ICERD


ICERD dengan mudah akan jadi undang2 termaktub dalam perlembagaan setelah di raktifikasi dan menang undi majoriti mudah 112...

Bila ICERD dah di raktifikasikan di parlimen Malaysia, bermakna kerajaan Malaysia dah mengiktiraf dan menerima pakai treati antarabangsa PBB dan adalah jadi tanggungjawab kerajaan Malaysia untuk patuh pada semua terma2 yang termaktub dalam treati dari PBB tersebut...

Hakikatnya, treati ICERD mempunyai terma2 yang bercanggah dengan perlembagaan terutama dalam Perkara 3(1), 152 dan 153 yang menjaga Islam, ketuanan dan keistimewaan bangsa Melayu dan bahasa kebangsaan...

ICERD yang di luluskan di parlimen bertujuan menghapuskan sehala bentuk diskriminasi terhadap kaum terutamanya Cina, India dan lain2...

Bermakna segala bentuk keistimewaan yang ada pada umat Islam Melayu seperti ugama Islam sebagai ugama persekutuan, hak keistimewaan ketuanan Melayu dan pribumi MESTI DI LUCUTKAN DAN DI HAPUSKAN untuk di beri kesamarataan hak kepada semua kaum pendatang...

Malaysia terpaksa tunduk kepada PBB yang kita ketahui adalah badan dunia yang di kawal sepenuhnya oleh Israel dan di bantu oleh proksinya Amerika Syarikat...


Mereka sudah pasti akan memberi tekanan pada kerajaan PH boneka Zionis untuk patuh pada semua treati yang telah di tandatangani...

Dalam ertikata lain, parlimen Malaysia akan terima tekanan dari luar dan juga dalam negara sendiri iaitu pihak2 yang sekian lama mahu menghapuskan beberapa perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan yang selama ini melindungi dan mempertahankan ugama Islam sebagai ugama rasmi persekutuan, kedaulatan sistem monarki dan juga keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera dengan menggunakan alasan menghormati persetujuan Malaysia di dalam ICERD...

2/3 majoriti adalah 148 dari 222 dari ahli parlimen Malaysia akan dengan mudah di perolehi kerana hakikatnya parlimen Malaysia kini di kuasai oleh parti DAP, apa lagi bila akan ada tangan ghaib Zionis yang akan memastikan ICERD bakal di nobatkan menjadi undang2 yang akan mengikat Malaysia dalam agenda untuk melemah dan menghancurkan Islam dan bangsa Melayu di negara ini...

MARI KITA LIHAT STATUS KERUSI PARLIMEN YG DIKUASAI PH & SEKUTUNYA :

Jumlah Ahli Parlimen Kerajaan Pakatan Dan Pro Kerajaan Pakatan (Yang Akan Menyokong ICERD)

  • Kerajaan PH dan Sekutunya : 156 ahli parlimen



Jumlah Ahli Parlimen Pembangkang (Yang Akan Menentang ICERD)

  • UMNO : 48 ahli parlimen...
  • PAS : 18 ahli parlimen...
  • Jumlah Pembangkang : 66 ahli parlimen...

Jumlah Keseluruhan Ahli Parlimen

  • 222 ahli parlimen...


Untuk Mendapatkan Majoriti 2/3 Persetujuan Ahli Parlimen Supaya Perlembagaan Di Pinda

  •  Persetujuan dari 148 ahli parlimen...

Ternyata dengan kekuatan suara dan pengaruh DAP dan sekutunya, begitu senang untuk mereka meminda Perlembagaan Persekutuan setelah ICERD di luluskan di parlimen dengan majoriti mudah, iaitu dengan mendapat persetujuan dari 112 ahli parlimen (untuk meluluskan sesuatu usul, pihak pencadang cuma memerlukan majoriti mudah iaitu persetujuan dari 112 ahli parlimen dan untuk meluluskan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, persetujuan dari 2/3 ahli parlimen di perlukan iaitu seramai 148 orang ahli parlimen)...


Jangan mudah terpedaya dengan dakwaan cytro kerajaan Pakatan dan juga penjelasan dari beberapa menteri yang cauvanis terlampau KONONNYA sukar untuk ICERD menjadi undang2 Malaysia dan hak ugama Islam, sistem monarki dan bangsa Melayu serta Bumiputera tetap akan terpelihara...


Benar Perkara 159 (5) Perlembagaan Persekutuan menyatakan semua perkara yang bersangkutan dengan Ugama Islam, Sistem Beraja dan Keistimewaan Bangsa Melayu dan Bumiputera MESTI mendapat perkenan dari Majlis Raja Raja biar pun sudah mendapat persetujuan majoriti 2/3 ahli parlimen namun kita JANGAN LUPA pada tahun 1994, semasa pemerintahan Dr. Mahathir, Perkara 66 (4) Perlembagaan Persekutuan yang MEWAJIBKAN setiap Rang Undang Undang yang di luluskan di parlimen mesti mendapat perkenan daripada SPB YDP Agong dalam masa 30 hari senelum sah menjadi Rang Undang Undang telah di pinda kepada Perkara 66 (4)(A) yang menyatakan sesuatu Rang Undang Undang akan SAH menjadi Undang Undang selepas 30 hari walau pun TIDAK MENDAPAT perkenan dari SPB YDP Agong dan dalam Perkara 66 (4)(A) ianya termaktub kepada semua perkara dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa pengecualian...

Maksudnya dalam pindaan perlembagaa  yang di lakukan oleh Dr. Mahathir pada tahun 1994, jelas perkara yang melindungi Ugama Islam, keistimewaan bahasa dan bangsa Melayu dan Bumiputera malah sistem beraja BOLEH di PINDA malah di MANSUHKAN walau pun tidak mendapat perkenan dari Majlis Raja Raja...

Apa lagi selepas menandatangani persetujuan ratifikasi ICERD maka dengan tekanan dari luar maka ianya akan lebih mudah di lakukan...

Sekiranya benar apa yang mereka dakwa maka apa perlunya mereka tergesa2 mendesak kerajaan Malaysia supaya tandatangani persetujuan ratifikasi ICERD!!!

Jelas lagi bersuluh, supaya rakyat mudah di kelirukan dalam masa yang singkat dan sekiranya rakyat sedar selepas Malaysia menandatangani persetujuan ratifikasi ICERD, maka segala2nya sudah terlambat dan tak dapat di tarik kembali ibarat nasi sudah menjadi bubur...

Bila tekanan datang dari luar atau New World Order dalam pelbagai bentuk, apa lagi ketika itu Malaysia sudah pun memberi komitmen untuk mematuhi semua treati ICERD maka ketika itu sama ada kita suka atau tidak suka, rela atau tidak rela maka kita akan melihat Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Ugama Islam Sebagai Ugama Rasmi Persekutuan, Perkara 32, 33 dan Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan yang memelihara sistem monarki di Malaysia serta Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak keistimewaan bangsa Melayu runtuh di hadapan mata kita sendiri!!!


Waktu itu, tiada lagi hak keistimewaan dan ketuanan Melayu dan Bumiputera di Malaysia...

Maka bangsa Melayu dan Bumiputera akan di layan sama rata dengan bangsa pendatang iaitu Cina, India dan lain2...

Mereka telah menguasai kuasa ekonomi dan kini kita dah serahkan pula kuasa politik kepada mereka...

Apakah kita mahu menambahkan lagi kekuatan mereka dengan membawa masuk tekanan antarabangsa ke atas kita!!!


Apakah kita mahu anak cucu kita merempat di tanah air sendiri!!!

Inilah akibatnya bila kita leka dan terlena dengan dendangan fitnah yang mereka taburkan hingga menyebabkan kita tidak lagi mahu mempertahankan Hak Ugama Islam, Hak Sistem Beraja dan Hak Bangsa...

Kita menjadi pekak dan buta...

Kita terus berpecah dengan semangat kepartian yang kita sangkakan akan membantu kehidupan kita sekarang tetapi hakikatnya memusnahkan kedaulatan bangsa kita sendiri...

Inilah fitnah akhir zaman yang bakal di tempuhi oleh umat Islam dan bangsa kita akibat pergolakan percaturan politik kepartian yang menjual agama dan bangsa demi kuasa politik dan menjana kekayaan peribadi, keluarga dan kroni...

Rakyat pentaksub kepartian dan agamawan yang tidak berani bersuara untuk menegakkan AMAR MA'ARUF NAHI MUNGKAR kini telah mengundang bala dari Allah swt untuk di timpakan kepada umat Melayu Islam akhir zaman...

Negara Indonesia telah menandatangani ratifikasi ICERD pada 25hb Jun 1999...

Lihatlah bagaimana umat Islam di tindas sekarang...

Indonesia memang gah sebagai negara umat Islam terbesar di dunia tetapi lihatlah akidah mereka...

Ayah Kristian, ibu Islam dan anak2 ada yang tidak berugama atau free thinker...

Apakah kita ingin melihat senario yang sama berlaku dalam keluarga anak cucu kita nanti dalam masa 20 tahun dari sekarang!!!

Satu soalan cepumas pada orang2 Melayu yang begitu lantang menyokong hasrat kerajaan Pakatan untuk tandatangan ratifikasi ICERD, sekiranya benar ICERD memberi menafaat kepada negara anggota, kenapakah Israel enggan tandatangan ratifikasi ICERD!!!

Ayuh kita tandatangan BANTAHAN PERSETUJUAN RATIFIKASI ICERD OLEH KERAJAAN MALAYSIA demi Ugama Islam, demi Tanah Air tercinta ini dan demi Bangsa Melayu!!!

0 comments:

fda

Archives