Tuesday, November 13, 2018

Gossip Pejawat Awam Tentang Kerajaan Baru


Antara gossip yang paling hangat di kalangan penjawat awam sekarang nie adalah mengenai pengalaman bersama kerajaan baru di kementerian masing...

Walaupun di kementerian yang berbeza, namun pola penceritaan mereka hampir sama :

》Menteri/Timbalan Menteri banyak bertanya 'kalau menteri yang dulu', macam mana mereka buat yer...🤔🤔🤔

》Tetamu menteri/timbalan menteri yang datang berlagak macam bos besar...

》Minta projek tegak2 dengan menteri dan siap arahkan penjawat awam untuk luluskan sahaja sebab mereka dari parti politik yang sama dengan menteri...

》Mereka anggap, ini apa yang berlaku sewaktu kerajaan lama dahulu...

》Pegawai pejabat menteri/timbalan menteri selalu anggap penjawat awam berniat hendak sabotaj atau susahkan mereka kerana permintaan mereka tidak di penuhi...

Contoh :


- Tiada kelulusan SPM tapi minta gaji JUSA...

- Klaim TNT program parti politik...

- Minta pemandu dan kenderaan jabatan untuk kegunaan peribadi walaupun gred tidak layak...

- Hendak lantik sampai berpuluh pegawai lantikan politik dan minta di sangkut kepada agensi, bahagian walaupun tiada kekosongan...

- Menteri/Timbalan Menteri minta kajian pelaksanaan mengenai dasar/polisi yang hendak di laksanakan tapi setelah di kaji dan di dapati tak bersesuaian, menteri/timbalan menteri menuduh penjawat awam tak mahu laksanakan dasar/polisi mereka...

》Penjawat awam telah berulang kali menerangkan sesuatu dasar/polisi dan isu kepada menteri/timbalan menteri tapi kerapkali di salahtafsir/salah faham/ tak faham2 dan umumkan perkara yang salah dan akhirnya penjawat awam yang salah...

》Menteri/Timbalan Menteri kerap kali lewat hadir program/mesyuarat atau minta pegawai politik (yang tidak berkelayakan) untuk gantikannya dan akhirnya mengakibatkan keputusan yang tidak tepat di ambil...

》Menteri/ Timbalan Menteri daripada parti PPBM, PKR dan PAN gemar melakukan 'lawatan' sana-sini tapi menteri/timbalan menteri daripada parti DAP ambil masa untuk belajar selok belok kementerian, perhalusi satu persatu dasar/polisi kementerian, kerap berbincang tentang hala tuju kementerian dan bagaimana untuk mengubah beberapa dasar/polisi 'mesra bumiputera'...


Nak kata penjawat awan masih sokong kerajaan lama???

Atau menteri sekarang yang tak pandai?



Sumber :

FB Salahuddin Al Ayubi

0 comments:

fda

Archives