Saturday, November 10, 2018

Apa Muslihat Dr. Mahathir Mahu Jadi PM Dan Hanya Menghadkan Pada 2 Tahun Saja


Dari beberapa sumber yang di percayai, sejumlah besar duit bernilai €2 bilion telah di pindahkan dari Kepulauan Cayman ke Labuan, Malaysia pada 04 September, 2018...

Pemindahan tersebut telah di buat atas nama MTD Labuan Berhad...

Hubungan Antara MTD Group Dan Dr. Mahathir

Lembaga Pengarah MTD Capital Berhad
Tan Sri Dato' Dr. Nik Hussain b Abdul Rahman (Kiri)
Tan Sri Dr. Azmil Khalili (Tengah)
Dato' Nik Hussin b Abdul Rahman (Kanan)

Persoalannya, apakah 'turnover' dan keuntungan yang di perolehi oleh MTD Labuan Bhd dan adakah MTD Labuan Bhd. mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri Malaysia sekarang ini iaitu Dr. Mahathir...



Tan Sri Dr. Azmil Khalili juga salah seorang ahli Lembaga Pemegang Amanah Perdana Leadership Foundation yang di bawah kekuasaan Mahathir...

Pemegang saham terbesar dan juga Ketua Pegawai Eksekutif MTD Group, Tan Sri Dato' Dr. Nik Hussain ialah menantu kepada sahabat karib Mahathir...

Semasa Dr. Mahathir menjadi perdana menteri kali pertama, beliau pernah di lantik sebagai timbalan menteri di dua kementerian iaitu Kementerian Kerjaraya dan juga Kementerian Komunikasi dan Pos...

Dari sumber2 yang di percayai, kebelakangan ini beliau di lihat bersama2 dengan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari untuk membincangkan projek Pulau Melaka...

Apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim Juga Bersubahat Atau Beliau Tiada Maklumat


Kalau kita masih ingat lagi, beberapa tahun yang lepas, sebelum PRU 13, Anwar Ibrahim dan Rafizi pernah menggemparkan rakyat Malaysia melalui pendedahan mereka mengenai pembelian syarikat arak San Miguel di Filipina oleh Mirzan Mahathir iaitu anak kepada Mahathir...



Anwar juga mendedahkan, bagaimana dengan keuntungan dari syarikat arak San Miguel, telah di gunakan oleh Mirzan untuk mengambil alih syarikat Esso dan di jenamakan semula dengan nama Petron...

Bukanlah menjadi rahsia, Petron telah merampas dari Petronas sebahagian dari kontrak membekalkan bahan api kepada semua kenderaan jabatan kerajaan di Malaysia...

Persoalannya sekarang, apakah Anwar Ibrahim tiada maklumat mengenai pemindahan wang sebesar ini atau beliau sengaja 'membisu' untuk menggunakan isu ini sebagai senjata sekiranya Dr. Mahathir enggan melepaskan jawatan perdana menteri kepada beliau atau pun adakah Anwar juga adalah juga sebahagian dari komplot pemindahan wang ini!!!

Dari Mana Sumber Wang Tersebut Dan Apakah Tujuan Wang Tersebut Di Pindahkan 


Agak mencurigakan bila sejumlah wang yang begitu besar di pindah masuk ke Malaysia dan pihak yang terlibat MESTI memberikan penjelasan dari manakah sumber wang itu, kenapakah selama ini wang itu di simpan di Kepulauan Cayman dan kenapakah wang itu di pindahkan dari Kepulauan Caymen dan sekiranya pihak MTD Labuan Bhd mendakwa wang itu milik mereka maka mereka perlulah menunjukkan bukti apakah perniagaan yang mereka lakukan di kepulauan Caymen sehingga mampu menjana keuntungan sehingga €2 bilion...

Penjelasan dari pihak terlibat sangat penting supaya rakyat tidak tersalah anggap mengatakan duit itu adalah sebahagian dari 'kawtim' atau 'ang pow' dari Jho Lo kerana umum mengetahui  ayah kepada Jho Lo ialah kawan karib Dr. Mahathir dan pada 27 September 2018, Dr. Mahathir sendiri mengakui ada bercakap dengan Jho Lo, 23 hari selepas duit itu di bawa masuk ke Malaysia dari Kepulauan Cayman!!!



Kenapa mereka menyimpan duit tu di Kepulauan Cayman...🤔🤔🤔

Sebab simpanan di Kepulauan Cayman di kecualikan dari cukai jadi selain melarikan diri dari cukai maka sukar untuk di kesan punca dari mana datangnya duit tu...

Mengapa 'Wartawan Tersohor' Clare Rewcastle Brown Membisu



Kita juga agak musykil, 'wartawan hebat sepanjang zaman', Clare Rewcastle Brown, seakan2 tak berminat atau tak ada makkumat tentang pemindahan duit tersebut...

Ini bukan lagi andaian atau kemungkinan sebab ianya di sertakan dengan 'hard evidence' hitam putih...

Agak pelik bila wartawan tersohor tertinggal bas dalam isu panas macam nie!!!

 Dr. Mahathir yang di katakan pernah menyelamatkan ekonomi Malaysia masa krisis kewangan 1998 dengan menambat ringgit pada kadar USD 1 = RM3.80, sekarang nie buat2 bodoh pulak bila  nilai ringgit terus2an jatuh hingga ke paras terburuk USD 1 = RM4.17...🤔🤔🤔


Sama ada suratan atau kebetulan dan besar kemungkinan juga memang sengaja di rancang, tapi hakikatnya dengan nilai ringgit yang makin jatuh, nilai €2 bilion tu tentunya akan jadi lebuh besar bila di tukarkan pada RM...


Jadi bolehlah tuan ampunya duit tu beli lagi banyak aset...

Maksudnya, bila Mahathir serah kuasa nanti, perdana menteri yang baru tak akan mampu godak @ siasat perkara2 yang di curigai pada anak2 dan kroni Mahathir...

Sebabnya, kekayaan dan aset anak2 dan kroni Mahathir mampu gugat ekonomi Malaysia...


Apa taknya, minyak depa pegang, pegangan saham dan ekuiti serikat besar depa pegang, sekali depa sergah Bursa Malaysia, harga saham berdesup2 jatuh, sekali depa putuskan bekalan minyak, separuh kenderaan gomen tak jalan, sekali depa boikot IPP, satu Malaysia gelap nanti...

Muga Shukri Dan Mohd. Fuzi Di Berikan Hidayah


Kita tahu dan sangat2 faham, bukan mudah untuk SPRM dan PDRM untuk membongkar rahsia di sebalik pemindahan duit tu...

Kalau bukti tak kukuh maka kita dah tahu apa jawapan Dr. Mahathir nanti, 'TAK TAHU'...

Cuma kita mampu berdoa supaya Allah swt berikan hidayah, keberanian dan kekuatan pada Shukri (SPRM) dan juga Mohd. Fuzi (PDRM) untuk membongkar segala2nya...

Rakyat Malaysia berhak tahu dari mana punca duit tu, kenapa di simpan di Kepulauan Caymen, berapakah jumlah sebenar yang di simpan di sana dan adakah lagi duit2 yang di simpan di tempat2 lain...



Dan soalan yang terbesar ialah kenapa selepas Dr. Mahathir jadi perdana menteri baru duit tu di bawa masuk dengan tergesa2 iaitu kira2 3 bulan sebelum arahan BNM di kuatkuasakan!!!

Sekiranya Shukri dan Mohd. Fuzi enggan atau sengaja atau takut untuk bongkarkannya maka di Padang Mahsyar nanti sediakanlah jawapan di depan Allah swt nanti...

Satu permintaan mesra pada Shukri, HAPUSKANLAH AIR MATAMU, jadilah JANTAN yang sebenarnya, bongkarkan sehala kebenaran, In Sya Allah, di Padang Mahsyar nanti, Allah swt akan memandang dengan pandangan kasih sayang...

Terfikir juga, Menteri Kewangan kita tahu tak tentang perkara nie...

Mustahil pemindahan duit yang camnie punya besar tapi Menteri Kewangan tak tahu...

Entah2, Menteri Kewangan dah 'termakan dedak' dan arahkan Gabenor BNM tutup mulut!!!

Tanya jer...

Sebab per, kalau ikut tukaran terkini, €2 bilion bila tukar pada RM, nilainya lebih kurang RM9.7 bilion!!!

Banyak tu, bukannya RM9.70, mustahil Menteri Kewangan dan Gabenor BNM tak tahu

Kita harap pihak media antarabangsa akan mula menyisat dan bongkarlan kebenaran tentang pemindahan duit €2 bilion...

Akhir kata, sudah2lah tu menipu dan merompak harta rakyat Malaysia sebab satu masa nanti bila segala2nya terbongkar, takut2 nanti, bila kemarahan rakyat Malaysia dah sampai kemuncak, takut tak tertanggung nanti...


Sumber :

Fathima
Virtual Journalist

0 comments:

fda

Archives