Thursday, November 8, 2018

Isu Janji PTPTN : Bukan Salah PH Tapi Salah Jho Lo...😲😲😲

Lepas Guna Alasan 'SEMUA SALAH NAJIB' Sekarang Guan Eng & Kerajaan PH Dapat Alasan Baru


Mungkin Guan Eng 'rindu' atau pun 'admire' pada Jho Lo...

Kalau tak, masakan Guan Eng tiba2 nak popularkan nama Jho Lo...😉😉😉

Tak tahulah apa puncanya dan macam mana ilham datang ke kepala Guan Eng...

Tiba2 Jho Low di jadikan penyebab kegagalan kerajaan Pakatan tunaikan janji memulakan bayaran balik di tangga gaji RM4,000...

Badigol juga Menteri Kewangan Malaysia nie kan...


Satu alasan yang boleh di kategorikan sebagai kelakar aka lawak bodoh dan langsung tak masuk akal...


Budak tadika pun bergolek2 gelak dengar alasan Guan Eng tapi ada satu spesis yang tetap akan 'beriman' dengan lawak bodoh Guan Eng nie...

Spesis yang menyokong PH cara membuta tuli...

Namun tidak bagi rakyat yang waras...


Mantan Pengerusi PTPTN, Dr. Shamsul Anuar Nasarah, dalam responnya menjelaskan jawapan sebenar mengapa kerajaan Pakatan tak dapat tunaikan janji2nya ada pada PTPTN sendiri...

Guan Eng sepatutnya merujuk kepada pengurusan PTPTN untuk mengetahui keadaan sebenar...

Memberikan jawapan sebegini pasti memalukan rakyat kerana mempunyai seorang menteri yang suka membuat kenyataan tanpa asas...

Pelbagai pihak akan hilang keyakinan pada Menteri Kewangan...

Maka kesannya tentulah rakyat...

Jelas beliau lagi, jika alasannya masalah fiskal, mungkin ini boleh di terima...

Namun isu fiskal adalah akibat ketidakcekapan pengurusan ekonomi Kerajaan PH sendiri...


Persoalannya sebagai Menteri Kewangan apakah Guan Eng tidak tahu mengenai kewangan PTPTN...🤔🤔🤔

Adalah memalukan dan sangat malang kalau seorang Menteri Kewangan tidak memahaminya kerana aliran kewangan PTPTN juga mempengaruhi kewangan negara...

Dan apakah LGE memang tidak tahu atau sengaja tidak mahu tahu dari mana punca dana PTPTN yang di gunakan untuk di berikan kepada pelajar!!!


Sepatutnya Menteri Pendidikan atau Pengerusi PTPTN memberikan maklumat jelas kepada Menteri Kewangan berkaitan kewangan PTPTN agar kenyataan yang tidak berasas tidak di keluarkan...


Atau mungkin juga Menteri dan Pengerusi yang menjaga PTPTN juga tidak memahaminya...

Hakikatnya kewangan PTPTN tidak ada kaitan dengan Jho Low...

Ianya mainan persepsi yang tidak berkesudahan oleh Guan Eng untuk melindungi kelemahan sendiri...

PTPTN memerlukan antara RM3 - RM4 Bilion untuk memastikan aliran kewangannya berjalan dengan baik...

Dana ini penting untuk :


》Memberi pinjaman kepada kira2 200 ribu pelajar baru yang melanjutkan pelajaran ke pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)...

》Pinjaman kepada 600 ribu pelajar sedia ada di IPT...

》Bayaran balik pinjaman  PTPTN dari mana2 institusi kewangan mengikut tempoh sepatutnya...

Maknanya sumber kewangan PTPTN dari :
》Pinjaman PTPTN dari institusi kewangan...

》Terbitan SUKUK yang di jamin kerajaan...

》Bayaran balik daripada peminjam...

Sejak 2003 PTPTN tidak lagi mendapat geran kerajaan malah sejak di tubuh hanya sekitar RM5.2 Bilion saja geran dari kerajaan, itupun sudah begitu lama...

Jadi dari celah mana Guan Eng boleh katakan Jho Low sebagai punca...

Sangat2 tak masuk akal dan langsung tak ada kaitan...

Tapi perlu kita akui bahawa perancangan melaksanakan potongan gaji baik kepada PTPTN kerana ia menstabilkan aliran kewangan PTPTN....


Tapi persoalan yang di bangkitkan oleh rakyat ialah berkaitan janji Kerajaan PH yang tak dapat di tunaikan, iaitu penangguhan bayaran balik sehingga di tangga gaji RM4,000...

Ini yang di persoalkan...

Hakikatnya, janji populis yang Pakatan taburkan iaitu polisi bayaran balik di tangga gaji RM4,000 hanya menguntungkan mereka yang telah mendapat pinjaman...

Sebaliknya merugikan pelajar sedia ada di IPT, pelajar baru dan pelbagai pihak lain...

Malah kewangan PTPTN akan terjejas teruk jika ianya di laksanakan...

Inilah alasan sebenar kenapa janji ini gagal di laksanakan oleh Kerajaan PH...

Di fahamkan kutipan tahun ini sehingga September 2018 mengalami penurunan

Iaitu hanya sekitar RM2.1 Bilion berbanding tempoh yang sama iaitu RM2.2 Bilion September 2016 dan RM3.1 Bilion September 2017...

Ini  berpunca dasar baru pemutihan sekatan imegresin dan keadaannya akan lebih parah jika dasar memulakan bayaran balik bermula gaji RM4,000 di laksanakan...

Keadaan ini menyebabkan PTPTN di jangka sukar mengutip melebihi RM3 Bilion tahun ini kecuali sesuatu yang luar biasa berlaku...

Sedangkan kutipan keseluruhan tahun 2016 ialah RM3.4 Bilion dan RM3.9 Bilion 2017 lalu...


PTPTN mempunyai tahap prefosional , kecekapan dan keupayaan sendiri dalam membuat kutipan kerana di zaman Kerajaan BN PTPTN telah melangkah jauh kehadapan...

Urusannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh di laksanakan melalui hujung jari dan tidak perlu lagi ke kaunter kecuali atas urusan tertentu...

Namun antara halangan besar untuk melaksanakan kutipan balik bermula gaji RM4,000 ialah soal data terkini peminjam...

Melengkapkan perangai suka mencari 'alasan asal boleh' Guan Eng, Pengerusi PTPTN sekarang pula baru baru ini mendakwa pengurusan data PTPTN lemah...

Ternyata ianya adalah dakwaan yang  bersifat 'alasan asal boleh' dan tidak tepat...

Kalau benar datanya lemah, bagaimanakah PTPTN mampu menguruskan akaun peminjam yang berjumlah lebih 2.8 juta orang tidak termasuk akaun simpanan...

Malah urusan PTPTN sewaktu Kerajaan BN bersifat mesra pelanggan kerana boleh di lakukan melalui online...

Semua ini hasil penambahbaikan dan kecekapan pengususan PTPTN sejak Kerajaan BN lagi...

Mungkin apa yang di maksudkan dengan data tidak lengkap ialah data terkini pekerjaan peminjam...

Data ini sukar di perolehi...

Jika mahu laksanakan dasar mula bayar di tangga gaji RM4000 tanpa mengemaskini data sedia ada, kemungkinan ramai yang mengaku bahawa gaji mereka masih di bawah paras RM4,000 kecuali mereka yang mempunyai penyata gaji...

Inilah masalah sebenarnya iaitu pihak PTPTN belum bersedia melaksanakan dasar bayaran balik di tangga gaji RM4,000 kerana belum mengemaskini data yang sedia ada...

Justeru, selain mengambil masa menyediakan data berkenaan, dan ramai yang tidak akan membuat bayaran balik, pasti akan berlaku pula, peminjam yang sebelum ini membuat bayaran balik, akan menghentikan bayaran balik kerena mahu juga membayar selepas tangga gaji RM4,000 sebulan...

Ini akan menambahkan jumlah peminjam yang tidak membayar hutang...

Keadaan ini pasti akan memberikan kesan besar pada kewangan PTPTN dan kutipan boleh menurun secara mendadak kerana ramai peminjam tidak akan membayar pinjaman...

Jika kutipan rendah, masalah besar akan berlaku kepada aliran wang PTPTN...



Sedangkan sebelum ini melalui pelbagai kempen boleh bincang dan inisiatif Kerajaan BN lakukan, PTPTN telah berjaya menurunkan jumlah mereka yang tidak membayar hutang...

Sehingga 30 September 2017, terdapat hanya seramai 410,500 peminjam PTPTN tidak pernah membuat sebarang bayaran balik dengan tunggakan sebanyak RM2.79 bilion...

Jumlah ini menurun jika di bandingkan sebelum ini...

Jika polisi baru ini di lakukan akan berlaku semula peningkatan yang mendadak jumlah mereka yang tidak membayar pinjaman dan ini dengan sendirinya mengagalkan usaha murni yang telah bertahun tahun PTPTN lakukan...

Apa Akan Berlaku Bila Kutipan Bayaran Balik Menjadi Rendah

Kesan besar ialah PTPTN akan menghadapi masalah aliran pusingan kewangannya...

Akhirnya PTPTN terpaksa terus meningkatkan pinjamannya daripada institisi kewangan dan ini menyebabkan PTPTN secara berterusan bergantung pada institusi kewangan...

Oleh itu memberikan alasan Jho Low adalah sangat tidak munasabah...

Dan kenapa Guan Eng tidak menyatakan alasan yang tepat dan suka berbohong!!!


Sumber :

Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah
Mantan Pengerusi PTPTN

0 comments:

fda

Archives