Monday, April 6, 2020

Sudah Lebih Sebulan Ijtimak Tabligh Di Masjid Sri Petaling, Mengapa K/P Kesihatan Masih Umum Ada Kluster Tabligh


Majlis Ijtimak Qudama' dan Ulama Malaysia 2020 di Masjid Sri Petaling menjadi bahan kecaman sebahagian besar rakyat Malaysia bila Malaysia dilanda wabak Covid-19.

Mengapa?


Kerana setiap hari bila Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, membuat sidang media, beliau akan tekankan jemaah Tabligh merupakan kluster terbesar dalam keseluruhan kes jangkitan Covid-19.

Admin tidak bermaksud untuk mempertikaikan atau menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Dr. Noor Hisham dalam sidang media.

Malah secara peribadi, admin berterimakasih serta menghargai kerja keras dan kesungguhan Noor Hisham dalam mengemaskini maklumat untuk disampaikan kepada rakyat.

Namun ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran bila admin meneliti fakta-fakta serta data-data yang diberikan oleh Dr. Noor Hisham :

Tabligh Kluster Terbesar Sehingga 4 April 2020?


Dalam sidang media Dr. Noor Hisham yang diadakan pada 4 April 2020 pada pukul 5.00 petang, beliau memaklumkan sehingga jam 12.00 tengahari 4 April 2020, terdapat 150 kes baharu, di mana 80 kes baru yang dilapurkan adalah berkaitan dengan jemaah Tabligh.

Ianya bermaksud 53.3% dari kes baharu yang dilapurkan adalah berpunca dari jemaah Tabligh yang menghadiri Majlis Ijtimak Qudama' dan Ulama Malaysia di Sri Petaling.

Menimbulkan persoalan kerana majlis tersebut diadakan pada 28 Februari 2020 sehingga 2 Mac 2020.

Jangkawaktu antara 2 Mac 2020 (hari terakhir majlis diadakan) hingga 4 April (hari sidang media diadakan) ialah selama 33 hari.

Sedangkan tempuh kuarantin yang digunapakai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengikut SOP dari WHO ialah cuma 14 hari.

14 hari tempuh kuarantin digunapakai kerana, sekiranya seseorang itu telah dijangkiti maka akan terdapat tanda-tanda jangkitan yang ketara.

Persoalannya :


》Mengikut data yang dikeluarkan sendiri oleh Dr. Noor Hisham melalui sidang media beliau bertarikh 29 Mac 2020, jumlah jemaah Tabligh yang sudah menjalani saringan melebihi dari jumlah yang menghadiri majlis tersebut (BACA DI SINI).

》Apakah selepas 33 hari selepas majlis tersebut berakhir, masih ada lagi kes baru jangkitan Covid-19 dari jemaah Tabligh yang menghadiri majlis tersebut?

Kita boleh memahami, apa yang dmaksudkan oleh Dr. Noor Hisham dengan mempunyai kaitan dengan jemaah Tabligh ialah mereka yang telah dijangkiti dalam generasi kelima dari jemaah Tabligh.

Seharusnya mulai generasi ketiga jangkitan dari kontak yang bermula dari jemaah Tabligh, Dr. Noor Hishan tidak lagi memasukkan kes baru itu sebagai kluster jemaah Tabligh.

Generasi kedua kluster Tabligh memang diakui mendapat jangkitan terus dari jemaah Tabligh tetapi tidak adil sekiranya bermula dari generasi ketiga ianya masih dimasukkan dalam kluster Tabligh kerana kita jangan lupa, apabila kerajaan mengumumkan arahan Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) pada 18 Mac 2020, 2 aktiviti masyarakat (balik kampung secara beramai-ramai dan pembelian panik) telah mendedahkan mereka kepada risiko besar jangkitan dan ianya tidak ada kena mengena dengan kluster Tabligh.


Dari data yang dikeluarkan oleh CPRC, Kementerian Kesihatan, peningkatan ketara ke seluruh Malaysia dapat dikesan pada 23 Mac 2020, iaitu 5 hari selepas rakyat Malaysia berpusu-pusu balik ke kampung serta pembelian panik rakyat terutamanya sekitar Lembah Klang selepas kerajaan mengumumkan arahan PKP bermula 18 Mac 2020.

Ianya adalah selepas 5 hari arahan PKP dan 21 hari selepas berakhirnya Majlis Ijtimak Qudama' dan Ulama Tabligh di Masjid Sri Petaling.

Menurut data yang dikeluarkan oleh CPRC pada 19 Mac 2020, seramai 10,553 orang ahli Tabligh yang menyertai majlis tersebut sudah membuat saringan, cuma 4,986 orang yang disyaki telah diambil sampel dan seramai 513 orang disahkan positif, 2,559 orang disahkan negatif dan 1,990 pula masih menunggu keputusan.

Dari taburan negeri pula, dari kluster Tabligh, Wilayah Persekutuan seramai 75 orang positif, Selangor 40 orang disahkan positif dan Johor seramai 53 orang disahkan positif.

Mereka yang disahkan positif telah dimasukkan ke dalam hospital manakalan yang sedang menunggu keputusan dikuarantinkan.

Tetapi mengapakah peningkatan jangkitan naik secara mendadak di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor?

Apakah benar kluster Tabligh masih merupakan penyumbang terbesar atau kluster balik kampung dan kluster pembelian panik telah menjadi penyumbang terbesar ketika itu.

Sebenarnya ada beberapa kluster yang admin tidak pasti mengapa tidak mendapat perhatian dari Kementerian Kesihatan :

Contohnya Perhimpunan Masi Magam yang dihadiri seramai 30,000 penganut Hindu pada 8 Mac 2020 di Teluk Bahang, Pulau Pinang.


Admin tidak pasti bagaimana, mengapa dan menggunakan fakta apa, Exco Kesihatan Pulau Pinang, Dr. Norlela Ariffin boleh mengeluarkan kenyataan pada 22 Mac 2020, bahawa seramai 30,000 orang yang menyertai Perhimpunan Masi Magam bebas dari jangkitan Covid-19  (BACA DI SINI).


Sedangkan sehingga 4 April 2020, jumlah saringan yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan cuma sekitar 49,570 orang.

Mereka yang menyertai Perhimpunan Masi Magam datangnya dari seluruh negara, jadi persoalannya :

》Adakah Kementerian Kesihatan memberikan layanan istimewa dan segera kepada perserta perhimpunan Masi Magam kerana sehingga 4 April 2020 baru 49,570 yang diperiksa tetapi ikut dakwaan Exco Kesihatan Pulau Pinang pada 22 Mac, beliau boleh mengesahkan seramai 30,000 orang bebas dari jangkitan!!!

》Siapa, bila dan di mana saringan seramai 30,000 orang itu dilakukan?

》Apakah telah ada gerakan mencari dan mengesan mereka di seluruh negara telah dibuat?

》Apakah tindakan Dr. Noor Hisham tidak memaklumkan mengenai kemungkinan wujud kluster Perhimpunan Masi Magam hanya semata-mata mempercayai kenyataan pra matang Exco Kesihatan Pulau Pinang?

Di samping bersikap adil pada ahli jemaah Tabligh, rakyat WAJIB dimaklumkan dengan kenyataan yang benar dan tepat supaya rakyat dapat menyalurkan maklumat kepada pihak kerajaan di dalam usaha mengembeling tenaga  memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Sekarang bukan masanya untuk berpolitik!!!

0 comments:

fda

Archives