Friday, April 24, 2020

Dr. Mahathir Bakal Di Pecat Atau Di Gantung Keahlian PPBM?


Dr. Mahathir akan disingkirkan dari parti yang beliau sendiri tubuhkan?

Sesuatu yang agak susah untuk admin hadam.

Admin bukan penyokong Dr. Mahathir malah sering mengkritik Dr. Mahathir tapi maklumat yang admin dapat membuatkan admin termenung.

Tapi itulah kenyataan yang sedang dihadapi oleh Dr. Mahathir.

Alasan PPBM Mengambil Tindakan Displin Terhadap Dr. Mahathir


Dalam satu kenyataan yang Dr. Mahathir berikan kepada The Star, beliau memaklumkan bahawa beliau akan berada bersama dengan barisan pembangkang apabila Dewan Rakyat mula bersidang selama satu hari pada 18 Mei 2020 (BACA DI SINI).

Menurut Dr. Mahathir, walau pun beliau dan segelintir kecil Ahli Dewan Rakyat yang bersama beliau masih lagi ahli PPBM, tetapi kini PPBM sudah berpecah dua.

Sebahagian besar Ahli Dewan Rakyat PPBM telah bersama-sama dengan TS Muhyiddin dalam kerajaan dan cuma sebahagian kecil yang masih setia bersama Dr. Mahathir dan berada di pihak pembangkang.

Namun begitu, Dr. Mahathir menyatakan, Ahli Dewan Rakyat yang bersama dengan beliau di pihak pembangkang, tidak akan berada di blok Pakatan Harapan.

Ini adalah kerana PPBM bukan lagi parti komponen Pakatan Harapan dan Dr. Mahathir sendiri sudah tidak menjadi ahli Pakatan Harapan.


Memberikan respon bagi pihak PPBM, Pengerusi Lembaga Displin PPBM, Megat Najmuddin Megat Khas pula berkata, keputusan Dr. Mahathir itu jelas telah melanggar displin parti.

Tambah beliau lagi, PPBM sudah pun membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan dan kini sudah membentuk Kerajaan Perikatan Nasional.

Ini bermakna, Dr. Mahathir akan berhadapan tindakan displin di mana beliau menghadapi kemungkinan dipecat atau digantung keahlian PPBM.

Seperti yang admin katakan di awal tadi, admin bukan penyokong Dr. Mahathir tetapi kemungkinan beliau dipecat atau digantung keahlian PPBM adalah sesuatu yang sukar untuk admin hadamkan memandangkan Dr. Mahathir memegang jawatan nombor satu di dalam parti iaitu sebagai Pengerusi PPBM dan wujudnya PPBM adalah kerana Dr. Mahathir tetapi kini Dr. Mahathir bukan sahaja telah kehilangan cengkaman di Putrajaya tetapi juga bakal dipecat oleh parti yang beliau sendiri tubuhkan.

Apakah ini menunjukkan Allah SWT telah mula menurunkan laknatNya ekoran dari sumpah laknat yang dilafazkan oleh DS Najib dan dalam masa yang sama Allah SWT juga telah menjawab doa yang pernah dilafazkan oleh mantan Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

0 comments:

fda

Archives