Sunday, April 5, 2020

Elok Majlis Peguam Duduk Diam-Diam, Jangan Ganggu Tugas Askar Dan Polis


Presiden Majlis Peguam, Salim Bashir, berkata tindakan penangkapan yang dilakukan sekarang yang hampir mencecah angka 5,000 orang di seluruh negara kelihatan bercanggah dengan undang-undang PKP apabila Orang Kena Tahan (OKT) ditempatkan dalam lokap sempit, sekali gus mempertingkat kemungkinan jangkitan Covid-19.

Beliau juga mahu polis dan agensi penguat kuasa berhemah dan tidak tergesa-gesa membuat tangkapan dan setelah itu mendakwa individu yang dianggap bersalah. 

Pegawai harus bersikap adil dengan terlebih dahulu menilai keadaan sebelum membuat tangkapan (BACA DI SINI).

Bagi admin, inilah sebenarnya masaalah rakyat Malaysia.



Ada sahaja pihak yang cuba mencari publisiti dengan mengeluarkan kenyataan berunsur lawak bodoh dalam sesuatu keadaan, tidak kira segenting mana pun keadaan yang sedang berlaku.

Untuk makluman Salim Bashir, tidak semua yang ditangkap kerana melanggar arahan PKP akan disumbat di dalam lokap.

Selepas dibawa ke Balai Polis, keputusan untuk tindakan seterusnya akan dibuat oleh Pegawai Penyiasat.

Ada di antara mereka akan dibebaskan setelah diberi amaran keras, ada di antara mereka yang dikompaun, ada di antara mereka yang diberi Jaminan Polis dan ada juga di antara mereka akan didakwa di mahkamah.

Semuanya bergantung kepada kesalahan dan kerjasama yang mereka berikan kepada pihak polis.

Sebab itu, walau pun jumlah tangkapan sudah mencecah 5,000 orang, namun kes yang telah didakwa di mahkamah cuma 20% sahaja.

Kebanyakan mereka yang didakwa dan dikenakan hukuman keras ialah kerana bukan sahaja tidak mematuhi arahan PKP, malah menghalang dan memaki pihak polis dan tentera yang berada di barisan hadapan.


Contohnya seperti kes seorang wanita Melayu, Nursahira, yang menghina pihak polis (BACA DI SINI) dan kes seorang wanita Cina, Tong Poh Kim, yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada polis dan tentera yang menjalankan tugas (BACA DI SINI).

Untuk manusia-manusia ego, biadap serta degil seperti mereka, pujukan tidak akan datangkan sebarang kesan.

Malah tanpa tindakan tegas dan keras dari pihak berkuasa, dibimbangi ianya akan menggalakkan masyarakat yang sealiran dengan mereka menjadi lebih besar kepala dan keras kepala.

Cuba lihat apa yang terjadi di Pasar Basah Air Itam, Pulau Pinang.


Nasihat dan pujukan langsung tidak datangkan kesan, seolah-olah mereka adalah kelompok yang berada di atas undang-undang.


Namun bila pihak berkuasa menggunakan pendekatan tindakan tegas dan keras, barulah mereka mahu mematuhi arahan PKP.

Arahan PKP oleh kerajaan bukan baru bermula semalam tetapi sejak 18 Mac 2020.

Kini kita sudah memasuki Fasa 2 PKP dan sebenarnya adalah sangat-sangat tidak boleh diterima apabila mereka yang ditangkap itu memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah.


Menteri Kanan, DS Ismail Sabri, sadah  umumkan, penguatkuasaan arahan PKP sudah masuk ke peringkat keras.

Pada peringkat awal, pendekatan menasihati dan memujuk digunakan tetapi ramai yang masih engkar dan lahirlah makhluk-makhluk biadap ini.

Peringkat kedua, pendekatan tegas digunakan, masih ramai lagi yang engkar.

Kini peringkat ketiga, pendekatan keras dan tegas digunakan, barulah dapat dilihat perubahan sikap masyarakat (BACA DI SINI).

Di luar negara, tindakan semakin tegas dan keras di ambil terhadap persalah yang biadap, degil melanggar arahan kuarantin.

Presiden Filipina bagi arahan tembak mati rakyatnya yang engkar dengan arahan.

Tapi di Malaysia, Majlis Peguam menggesa polis dan pegawai penguat kuasa tidak @ kurangkan membuat tangkapan sebaliknya beri amaran dan nasihat sahaja.

Ini berkaitan nyawa dan masa depan negara, anak cucu kita.

Di sebabkan tindakan tegas dan keras pihak berkuasa, kita yang berada di rumah merasa selamat dari dijangkiti virus pembunuh Covid-19.

Lebih 1 juta orang sudah dijangkiti diseluruh dunia dan angka kematian sudah melebihi 50,000 orang, apakah kita masih lagi mahu bercakap tentang hak asasi segelintir manusia-manusia biadap dan keras kepala ini!!!

Bagaimana pula hak kami yang mahu rasa selamat dengan akur pada perintah PKP?

Dicadangkan supaya Majlis Peguam turun padang sebelum bagi komen.


Ikut serta polis dan tentera buat sekatan jalanraya dan berhadapan dengan kerenah manusia biadap ini.

Tenguk berapa lama Majlis Peguam mampu bertahan secara fizikal mental.

Berapa banyak mampu diberi nasihat bila di balas caci maki hamun, perli hina.

Belum cerita lagi yang mulut jahat, muka ketat malah ada yang meludah.

Kalau rasa-rasa tidak mampu, elok duduk rumah diam-diam dan layan anak isteri.

Kalau tidak mampu menjadi garam, Majlis Peguam janganlah pula menjadi langau, bising dan menjijikkanlah!!!

Kredit :

Fb Nordin Malaya

0 comments:

fda

Archives