Monday, January 6, 2020

Shafie Shafie, Dah Habis Kau Bedal, Lepas Tu Kau Salahkan BN


Masa pengumuman calon Warisan untuk PRK Kimanis, Shafie Afdal, Presiden Warisan dalam ucapannya mengatakan Kimanis dan Sabah masih mundur dan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional.

Sejarah Tak Pernah Menipu


Shafie pernah menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar yang pertama berasal dari Sabah yang dilantik oleh DS Najib dengan harapan beliau dapat menyelesaikan masalah pembangunan luar bandar terutamanya di negeri Sabah.

Kementerian beliau juga diberi keistimewaan dan keutamaan lebih dari kebanyakkan kementerian-kementerian yang lain oleh DS Najib dalam mengendalikan proses kelulusan dan agihan bajet.

Kemunduran yang disebut dalam ucapan beliau, sebenarnya boleh jer diselesaikan dalam tempoh 7 tahun beliau menjadi menteri KKLW.

Kalau betul Shafie ambil berat tentang pembangunan atau kemajuan negeri Sabah dan itu pun kalau dia nak.

Shafie pernah memberi alasan, kononnya bajet KKLW tidak mencukupi.

Tapi realitinya, dengan bajet pembangunan berpuluh-puluh bilion ringgit selama beliau menjadi menteri KKLW, Sabah boleh saja menjadi keutamaan nombor satu masa beliau jadi Menteri KKLW.


Tapi mana perginya bajet berpuloh bilion ringgit yang diperuntukkan tu?

Lebih pelik lagi, parti Warisan menuntut 20% royalti minyak dengan harapan tambahan 15% royalti kononnya supaya dapat digunakan untuk membangunkan negeri Sabah.


Tapi masa pegang portfolio KKLW, dengan bajet pembangunan berpuluh-pulih bilion yang sudah pun tersedia, KKLW masih tidak dapat mengutamakan penyelesaian pembangunan Sabah.

Kalau Shafie dengan lantang boleh menuntut 20% royalti minyak yang belum tentu dapat ditunaikan oleh kerajaan pusat, kenapa tidak mahu menyelesaikan pembangunan infrastruktur Sabah masa jadi Menteri KKLW yang sudah ada bajet tersedia berjumlah berpuluh-puluh bilion ringgit?

Bercakap tu biarlah berfakta yer Piee!!!

Shafie Jadi Menteri KKLW Dari Tahun 2009 Sampai 2015


Jumlah perbelanjaan pembangunan KKLW (2009-2015) ialah RM34,818,000,000 (RM34.818 bilion).

Jumlah bajet pembangunan KKLW adalah kedua terbesar selepas Jabatan Perdana Menteri dari tahun 2012 hingga tahun 2015.

Bercakap pasal tuntutan royalti minyak 20% oleh Warisan, rakyat sekarang tertanya-tanya apa status terkini perkembangan tuntutan ini?

Bolehkah calon Warisan jawab sama ada tuntutan 20% ini sudah dicapai atau tidak  masa kempen di Kimanis nie?

Rakyat mau tahu bah...




Petikan dari :

Dato' Abdul Rahman Dahlan

0 comments:

fda

Archives