Thursday, January 2, 2020

Kami Rindu Zaman Najib...😢😢😢


Admin teringat pesan guru Bahasa Melayu masa admin masih lagi di bangku sekolah :

"Kita hanya akan nampak keindahan gunung bila kita dah berada jauh dari gunung yang kita daki".

Macam tu juga waktu DS Najib jadi Perdana Menteri ke 6, kebanyakan rakyat Malaysia langsung tidak menghargai usaha dan penat lelah DS Najib membantu rakyat dan negara.


Ramai terpedaya dan terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan ke atas DS Najib.

Ramai yang betul-betul yakin dengan slogan, 'Najib Turun, Ringgit Naik', 'PH Menang, Rakyat Senang'!!!

Dah hampir 2 tahun DS Najib dijatuhkan, dah hampir 2 tahun Barisan Nasional ditumbangkan, dah naik ker Ringgit dan dah senang ker rakyat?

Dr. Mahathir memerlukan masa lebih 20 tahun untuk mengubah landskap ekonomi negara tapi DS Najib cuma perlukan 9 tahun untuk menjadikan Malaysia sebagai tumpuan pelabur asing malah perkembangan ekonomi Malaysia di tahun-tahun terakhir mencatatkan perkembangan yang lebih baik dari beberapa negara yang di gelar Naga Asia.

Najibnomics


Dato Seri Najib Razak dalam isu-isu ekonomi bukan saja menunjukkan beliau mempunyai ilmu, tetapi yang paling penting beliau mempunyai 'a good grasp' dalam bidang ekonomi.

Orang boleh benci beliau banyak mana pun, tetapi kalau ada yang nafikan idea-idea beliau di dalam bidang ekonomi dan 'foreign diplomacy', bolehlah dianggap sebagai tidak memiliki pengetahuan mendalam dalam bidang ekonomi.

Orang boleh panggil DS Najib perompak, koruptor banyak mana pun, tetapi bolehkah dinafikan perompak inilah yang banyak memberi kembali kepada rakyat, infrastruktur dan pembangunan ekonomi negara.

Salah satu kelemahan DS Najib adalah beliau terlalu bagus dalam bidang ekonomi, sehingga rakyat tak pernah rasa berada di dalam krisis ekonomi yang dahsyat.


Bila tidak rasa terlalu susah dan tidak berada dalam krisis, mana boleh ada hero ya dak?

Ketika senang, BR1M RM2000 setahun pun rasa kecil.

Bila waktu susah, bagi RM100 pun rasa besar.

Just about almost 2 years ago, our economic outlook was at a good rating.

Countries around the world sees Malaysia as a good prospect for emerging market.

Pergi China secure pelaburan.

Pergi Arab secure pelaburan.

Pergi India secure pelaburan.

Pergi Amerika secure pelaburan.

Senang cerita, dunia antarabangsa yakinlah dengan Malaysia ni.


2008 ketika seluruh dunia terkena tempias subprime mortgage crisis, DS Najib dah awal-awal kemudi Malaysia keluar dari masalah nie.

DS Najib tengok SST nie buat banyak syarikat lari cukai dan sesuka hati naikkan harga, DS Najib perkenalkan GST.

Selamatkan Malaysia bukan saja dari syarikat lari cukai, malah selamatkan Malaysia dari kejatuhan harga minyak.

DS Najib tahu PTPTN ni membebankan graduan, DS Najib buat sistem yang meringankan beban peminjam.

Pada masa sama diwujudkan ADAM50 supaya ibu bapa mula menabung untuk pendidikan anak di masa hadapan.

DS Najib tahu dengan menaikkan gaji minumum akan menaikkan kos operasi dan harga barangan, beliau cover dalam bentuk BR1M.

Kalau naikkan gaji minimum RM100 sebulan akan besar melonjakkan kos pengeluaran, DS Najib bagi RM2000 setahun atau RM170 sebulan dalam bentuk BR1M supaya kos pengeluaran dan harga barangan tak meningkat.

DS Najib tahu nak hapuskan tol susah.

Secara perlahan-lahan DS Najib ambil alih saham lebuhraya melalui KWSP.

Kurang-kurang rakyat Malaysia bayar tol pun masuk poket rakyat balik menerusi dividen KWSP.

Rakyat sendiri menguasai pelaburan KWSP.

One of brilliant idea by DS Najib Razak!!!

Dengan 1MDB, DS Najib menamatkan perjanjian sweet heart deal IPP kroni zaman PM ke 4 yang sekarang nie jadi PM ke 7, iaitu perjanjian bekalan tenaga kepada TNB yang berat sebelah yang memaksa rakyat membayar bil elektrik yang tinggi.

Jadi jangan pelik bila tahun 2020 nie bil letrik dan bil air melambong balik.

DS Najib tahu sektor perkilangan dan industri susah nak naikkan tangga gaji, DS Najib terus usaha mentransformasikan Malasia ke arah negara perkhidmatan.

DS Najib teruskan dengan cuba transformasi Kuala Lumpur sebahagian hub kewangan Asia Tenggara melalui Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange.

DS Najib tahu negara maju perlukan infrastruktur pengangkutan awam untuk menarik pelabur, DS Najib buat transformasi besar-besaran dalam bidang pengangkutan awam.

Maka lahirlah MRT, LRT 2 dan 3, ECRL, High Speed Rail dan lain-lain.

DS Najib tahu sooner or later krisis kewangan dunia akan kembali, DS Najib dah awal-awal perbaiki rizab negara dan GLC.

Tapi itulah..

DS Najib dijatuhkan dengan begitu mudah dengan PHitnah sebab kejahilan dan kekufuran nikmat sebilangan rakyat.


Pakatan Harapan pula sakan menjarah sesuka hati melelong aset negara hari nie.

Malaysia for lelong.

Pelik bin hairan jika masih ada yang tertipu dengan politik Pakatoon yang semakin hari makin membarahkan ekonomi negara dan menambah kesusahan rakyat.

Rakyat perlu berfikir secara wajar dan sokong pihak yang memberi faedah terbanyak kepada semua lapisan rakyat, kaum dan kekuatan ekonomi negara.

Justeru, sokongan kepada perpaduan rakyat terutama umat Islam kini amat diutamakan.


PRU15 undilah calon Muafakat Nasional.

Pilihlah BN.

Pilihlah kestabilan ekonomi negara kita.

Ayuh kita ambil semula negara kita.

Kita beri semula tanggungjawab memimpin negara ini kepada pemimpin yang layak menerajui negara ini demi rakyat bukan untuk kroni.

Kuburkan Pakatan Harapan penipu penjual aset negara dan rakyat.

Pada mereka yang masih lagi ragu-ragu, lihatlah sekeliling, bezakan kehidupan di zaman Pakatan Harapan sekarang dengan kehidupan zaman Barisan Nasional dahulu.

Benar, ketika krisis ekonomi dunia melanda, rakyat susah ketika itu, tapi bantuan dari kerajaan datang mencurah-curah.

BR1M, KR1M, Kad Siswa, bantuan untuk nelayan dan petani serta berbagai lagi.

Masa itu Pakatan Harapan fitnah kononnya Malaysia akan bankrap tapi tak ada pula aset negara dilelong sesuka hati, tak ada pula puluhan ribu penjawat awam dibuang kerja, tak ada pula puluhan ribu pekerja swasta dibuang kerja, malah peluang pekerjaan sentiasa ada untuk rakyat Malaysia, hendak dengan tak hendak berkerja jer.

Dan sekarang bila Pakatan Harapan yang laungkan Selamatkan Malaysia, aset dilelong, puluhan ribu penjawat awam dibuang kerja, belum termasuk yang swasta lagi, harga barang makin melambong.

Terbaru dengar cerita, waktu rakyat tengah menderita, menteri-menteri pada tahun 2020 nie akan bergaya dengan kereta MPV Vellfire.

Rakyat susah tu rakyat punya pasal, janji menteri boleh bermewah dan selesa tidur dalam Vellfire!!!


Allah SWT telah mengingatkan kita supaya jangan memilih orang kafir atau yang bersekongkol dengan orang kafir sebagai pemimpin kita supaya kita tidak ditimpa azab Allah SWT.

Apakah kita masih lagi tidak menyedari bahawa sekarang ini rakyat Malaysia sedang diazab oleh Allah SWT kerana mengingkari perintahNya dengan kesempitan hidup yang berterusan?

0 comments:

fda

Archives