Monday, January 13, 2020

Implikasi Pendedahan Audio SPRM, 2 DKK Yang Akan Menghancurkan Malaysia!!!


Pendedahan rakaman audio yang dibuat oleh Laeheefa Bibi Koya, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapat kecaman pelbagai pihak dari dalam dan luar negara.


Bila diminta untuk beri respon oleh wartawan, Dr. Mahathir dengan muka selamba badak beritahu tak ada apa-apa masalah pendedahan rakaman audio SPRM itu, malah beliau telah menyamakan isu tersebut dengan barang rampasan yang dipamerkan PDRM selepas serbuan ke atas kediaman DS Najib (BACA DI SINI).

Tidak pasti atas dasar apa Dr. Mahathir keluarkan kenyataan macam tu, tapi orang awam tanpa pengetahuan undang-undang pun boleh bezakan antara pendedahan rakaman audio DS Najib dengan pameran barang rampasan di rumah DS Najib.

PDRM pamerkan barang rampasan kes yang belum lagi dijalankan di mahkamah tetapi pendedahan audio yang didedahkan adalah ke atas kes yang sedang dibicarakan di mahkamah malah ketika mahkamah akan membuat keputusan sama ada DS Najib akan diputuskan bersalah atau pun tidak!!!


Barang rampasan yang dipamerkan itu TIDAK melibatkan atau mendedahkan kerahsiaan negara pada umum tetapi pendedahan audio itu telah menelanjangkan kerahsiaan negara dan keselamatan negara kerana antara rakaman audio yang didedahkan ialah perbualan antara DS Najib yang ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia dengan Sheikh Muhammed Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota negara Emeriyah Arab Bersatu.


Lebih mengerikan lagi, UAE boleh bawa isu ini ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan Malaysia boleh dikenakan tindakan sekatan diplomatik kerana setakat ini Wisma Putra belum membuat apa-apa kenyataan maaf kepada UAE.

Menjatuhkan maruah keluarga kerabat UAE, di atas kapasiti mereka sebagai individu atau ketua kerajaan atau sebagai kerajaan atau di atas kapasiti ketiga-tiga sekali, mereka boleh membuat saman malu terhadap Malaysia. (BACA DI SINI).


Portal berita antarabangsa Al Jazeera telah membuat kecaman ke atas Malaysia ekoran dari pendedahan audio tersebut.

Ini telah menambahkan lagi kebencian dan kemarahan negara luar terhadap Malaysia!!!

Apakah Benar Tiada Masalah Dari Sudut Perundangan?


Apakah benar pendedahan rakaman audio itu tiada masalah dari undang-undang negara seperti yang didakwa?

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Abdul Fareed Abdul Gafoor menjelaskan, tindakan Latheefa Koya jelas menimbulkan subjudis atas kes yang masih dalam perbicaraan dan ianya adalah satu penghinaan kepada mahkamah kerana telah mendahului mahkamah dalam menjatuhkan hukuman bersalah ke atas DS Najib dan ianya juga telah melanggar Akta Rahsia Rasmi (BACA DI SINI).

Persoalan yang bermain di fikiram admin ialah apakah motif sebenar pendedahan audio tersebut?

Dan mengapakah Dr. Mahathir dilihat mempertahankan tindakan Latheefa Koya?

Ramai yang berpendapat ianya adalah untuk memalukan DS Najib dan juga untuk menimbulkan kemarahan pengundi Kimanis sempena PRK Kimanis.

Bagi admin, ada kebenarannya anggapan tersebut tetapi pendapat peribadi admin ialah ada agenda yang lebih besar lagi hinggakan Dr. Mahathir sanggup merisikokan kecaman dan kemarahan dunia ke atas Malaysia.

Memang benar, DS Najib sudah diarahkan membela diri dalam kes SRC tetapi pihak pendakwaraya hanya membenarkan saksi-saksi tertentu dipanggil oleh pihak peguam bela.

Kalau kita mengikuti prosiding bela diri DS Najub dalam kes SRC, Tomny Thomas sendiri telah beberapa kali terperangkap dengan soalan beliau kepada DS Najib.

Semua soalan dan jawapan, yang bermula dari perbicaraan di peringkat Mahkamah Tinggi akan direkod dan disemak oleh panel hakim di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Walau pun sekiranya Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman bersalah, panel hakim di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan akan meneliti segala fakta kes di dalam perbicaraan.

Sekiranya Mahkamah Rayuan membatalkan hukuman Mahkamah Tinggi, penghujahan penghakiman akan dikeluarkan dan inilah yang ditakuti oleh Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan kerana segala keraguan mengenai keputusan sabitan bersalah oleh Hakim Mahkamah Tinggi akan diketahui umum.

Sekiranya ini berlaku, maka akan berakhirlah riwayat politik Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan.

Maka pendedahan rakaman audio yang telah disunting didedahkan pada umum.

Cuma persoalan paling besar pada rakyat, kenapa rakaman audio talipon antara DS Najib dan Jho Lo tidak didedahkan, sedangkan nama Jho Lo adalah amat sinonim dengan kes SRC dan 1MDB!!!


Politik menghalalkan cara, demi kelangsungan kuasa, Dr. Mahathir dan Latheefa Bibi Koya sanggup ketepikan masa depan rakyat dan negara!!!

Sesungguhnya kedua-dua keturunan dari Kerala, India ini adalah 2 DKK yang sedang hancurkan masa depan rakyat dan negara Malaysia.

0 comments:

fda

Archives