Thursday, December 20, 2018

Tahlil Sama2 Satu Malaysia Untuk Adib Malam Ini


26hb November 2018, tercetus rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya...


Akibat kenyataan awal dari 2 orang ahli politik, seorang bertaraf exco negeri Selangor dan seorang lagi bertaraf menteri di Jabatan Perdana Menteri, rusuhan yang pada awalnya cuma melibatkan sekumpulan kecil telah bertukar menjadi rusuhan yang ganas dan semakin sukar di kawal...

Sepasukan anggota bomba telah di arahkan ke tempat rusuhan untuk memberikan bantuan...

Antara anggota bomba yang di hantar ialah Allahyarham Mohd. Adib bin Mohd. Kassim...

Tujuan mereka pergi ke kuil Seri Maha Mariamman adalah untuk memberikan bantuan kepada yang memerlukan...

Niat Allahyarham dan rakan2nya ke sana hanya untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah di galaskan ke atas bahu mereka...

Tetapi kedatangan mereka, di sambut dengan kemarahan dan cacian para penganut Hindu di situ...


Apa kesalahan dan dosa yang telah mereka lakukan sehingga niat murni mereka langsung tidak di hargai...

Mereka bukannya perusuh yang memulakan rusuhan...

Tetapi mengapa mereka di sambut seperti musuh...

Allahyarham Mohd. Adib telah mengorbankan nyawa sewaktu ingin mencurahkan bakti...

Tak perlu lagi di pertikaikan atau di bahaskan sama ada pemergian beliau adalah kerana di langgar kenderaan Jabatan Bomba atau pun kerana di pukul perusuh...

Kerana itu akan hanya menambahkan luka di hati insan2 yang menyayanginya...


Berat hati kita untuk melepaskannya pergi, lebih berat hati keluarga mereka untuk menerima realiti...

Berikanlah kepercayaan sepenuhnya kepada pihak PDRM untuk melengkapkan siasatan...

Admin menyeru kepada semua warga Islam di Malaysia supaya bersama2 kita membaca surah Yassin dan bertahlil untuk di sedekahkan kepada Allahyarham Mohd. Adib...

Muga roh wira Malaysia ini, akan tenang dan damai di sana...

Ya Allah, beliau telah menerima kesakitan yang amat sangat sewaktu ingin mencurahkan bakti...

Beliau telah pergi meninggalkan keluarga dan insan2 tersayang semata2 kerana ingin melaksanakan tugas yang murni...

Terimalah rohnya ke dalam dakapan Rahmat dan RahimMu ya Allah...

0 comments:

fda

Archives