Saturday, December 29, 2018

Azwanuddin Di Dakwa Kerana Membela Adib, AG Tolak Bukti Siasatan Di Bunuh?

Adakah Salah Di Sisi Undang2 Malaysia Bila Kita Menuntut Keadilan Terhadap Penjawat Awam Yang Telah Di Pukul Hingga Mati Ketika Menjalankan Tugas?


Di manakah Kedaulatan Undang-Undang atau Rule Of Law yang sering di laung2kan oleh pihak kerajaan Pakatan bila rakyat yang menuntut keadilan untuk Allahyarham Mohd. Adib bin Mohd. Kassim, seorang anggota bomba yang menjalankan tugas, jelas telah di pukul beramai2 dalam kejadian rusuhan di Kuil Seri Maha Mariamman, Subang Jaya tempoh hari, di tangkap dan di dakwa di mahkamah!!!

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Haji Azwanddin bin Hamzah di tangkap oleh pihak PDRM pada 26hb Disember 2018 dan di dakwa di Mahlamah Klang pada keesokan harinya di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (kerana mengugut) dan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (kerana menghina seseorang)...

Apa Asasnya Azwanddin Di Tangkap


Dalam ucapannya, Dato’ Azwanddin Hamzah telah membuat kenyataan berikut :

i) Mendakwa Senator P. Waythamoorthy sebagai 'Paria Waythamoorthy'...

Berikutan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap Dato’ Azwanddin di bawah seksyen 504 KK kerana menghina seseorang...

Dato’ Azwanddin telah di tahan reman empat (4) hari bermula 27/12/2018...

Klasifikasi Kes

Seksyen 504 Kanun Keseksaan

Dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan...

Hukuman : Penjara tidak lebih dari dua (2) tahun atau denda atau kedua2nya...

Elemen kesalahan :

i) Maksud paria menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka ialah golongan orang atau kasta yang paling rendah martabatnya dalam masyarakat Hindu...

ii) Maksud ucapan tersebut bukan bermaksud penghinaan dengan kata2 jijik, kesat atau jelik kerana ia hanyalah salah satu golongan/ suku/ kasta dalam masyarakat Hindu sahaja...

Sekiranya perkataan paria membawa maksud hina/ jelik, sudah tentulah dari zaman dahulu lagi golongan2 yang berkasta paria ini yang sepatutnya terkesan dan menukar nama kasta (paria) mereka kepada nama yang lain...

iii) Adakah pengadu dalam kes ini ialah Senator P. Waythamoorthy?

Ini kerana ucapan Dato’ Azwanddin secara jelas menyebut nama beliau sebagai Paria Waythamoorthy...

Oleh itu, beliaulah yang patut berasa sakit hati dan berasa aib dengan ucapan tersebut, bukannya orang lain yang tidak sepatutnya terkesan dengan perkara tersebut...

iv) Ucapan Dato’ Azwanddin yang mengatakan Paria Waythamoorthy bukanlah untuk memecahkan keamanan kerana hanya ucapan Paria Waythamoorthy tidak akan menjejaskan keamanan di negara ini...

Tiada juga apa2 insiden yang berlaku selepas dari ucapan tersebut...

Berbanding tindakan P. Waythamoorthy yang telah memburukkan imej negara Malaysia di peringkat antarabangsa dalam wawancara beliau dengan stesen televisyen di Belanda 10 tahun yang telah memecahkan keamanan...

v) Oleh itu, ucapan Paria Waythamoorthy hanyalah manifestasi kemarahan ke atas segala perbuatan P. Waythamoorthy dalam wawancaranya di Belanda, tindakan Menteri itu ingin meratifikasi ICERD dan membuat kenyataan mengkritik polis susulan respon lambat dan tidak tidak efektif polis Subang Jaya dalam mengendalikan isu serangan kuil di Subang Jaya....


Dalam ucapannya pada hari dan waktu yang sama, Dato’ Azwanddin Hamzah juga telah membuat kenyataan berikut :

i) Akan serang balai polis jika polis tidak menangkap pemaju & peguam dalam kes kuil;

Berikutan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap Dato’ Azwanddin di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah...

Dato’ Azwanddin telah ditahan reman empat (4) hari bermula 27/12/2018.

Klasifikasi Kes

Seksyen 506 Kanun Keseksaan

Melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah dan jika ugutannya itu ialah ugutan hendak menyebabkan kematian atau cedera parah atau hendak menyebabkan kebinasaan apa2 harta dengan api...

Hukuman : Penjara tidak lebih dari dua (2) tahun atau denda atau kedua2nya....

Elemen kesalahan :

i) samada ucapan kita serang balai polis yang di ucapkan Dato’ Azwanddin bermaksud serang balai polis dengan kekerasan, senjata, kebakaran, kebinasaan?

ii) menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, serang mempunyai pelbagai maksud iaitu :

a) langgar, serbuan, menyerang dengan niat mendatangi untuk melawan (mengalahkan, menaklukkan, dll), me­langgar, menyerbu...

b) menentang (sepeeti mengkritik dll), mencela, mencerca...

c) kecaman keras secara lisan atau bertulis...

iii) Oleh yang demikian, konteks ucapan Dato’ Azwanddin perlu di lihat secara keseluruhan dan subject matter ucapan tersebut hanyalah bertujuan supaya mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian yang menyebabkan kematian arwah Muhammad Adib di bawa ke muka pengadilan dengan segera termasuk terhadap pemaju & peguam...

iv) Perhimpunan tersebut berlaku dalam keadaan aman dan tiada mana2 individu/ pihak yang terkesan dengan ucapan Dato’ Azwanddin lalu membuat serangan ke atas balai polis...

v) Adalah tidak rasional untuk mana2 pihak terkesan dengan ucapan tersebut seterusnya melakukan serangan secara kekerasan terhadap balai polis yang di lengkapi dengan senjata dan kawalan keselamatan...

vi) Oleh itu, maksud kita serang dalam ucapan Dato’ Azwanddin bukan bersifat ugutan jenayah tetapi hanya besifat kecaman/ kritikan secara lisan sahaja lebih2 lagi Dato’ Azwanddin merupakan pemimpin masyarakat yang sering memberi ucapan/ pidato kepada orang ramai...

vii) Walau pun kenyataan kita serang balai polis dalam ucapan Dato’ Azwanddin di nyatakan dengan spesifik balai polis mana yang hendak di serang namu. ucapan tersebut tiada kecenderungan untuk melakukan kekerasan/ jenayah kerana sekiranya beliau berniat untuk mengajak serangan tersebut secara kekerasan, sudah tentulah beliau akan menyatakan bila dan bagaimana kaedah serangan akan di lakukan...

Rumusan/ Kesimpulan

Berdasarkan kepada elemen kesalahan di bawah seksyen 504 dan 506 Kanun Keseksaan, mendapati keterangan adalah lemah & longgar untuk membentuk suatu kes pendakwaan terhadap Dato’ Azwanddin Hamzah...

Sehubungan itu, di cadangkan agar pihak siasatan polis tidak meneruskan kes ini dan tiada tindakan lanjut (NFA)...

Perkara yang perlu di sentuh di sini ialah mengapa sehingga hari ini tiada sebarang tindakan tegas di ambil terhadap Waythoorthy yang jelas memfitnah dan berbohong mengenai keadaan Malaysia semasa membuat kenyataan di negara luar!!!

Malah tidak keterlaluan jika di katakan tindakan biadap Waythamoorthy adalah satu penderhakaan kepada Malaysia...

Bukan sahaja tiada sebarang tindakan di ambil, malah beliau di lantik menjadi menteri penuh kerajaan PH untuk menjaga perpaduan negara!!!

Punca Sebenar Kepada Keresahan Dan Ketegangan Masyarakat Di Abaikan


Punca sebenar yang menjadi keresahan dan kemarahan masyarakat ialah mengapakah pihak Peguam Negara masih lagi ENGGAN MELULUSKAN permohonan pindaan pertuduhan dari Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh) kepada Seksyen 303 Kanun Keseksaan (membunuh) terhadap 4 orang lelaki India yang menjadi suspek utama!!!

Dalam satu kenyataan dari Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, satu siasatan (inkues) akan di adakan untuk menyiasat punca kematian Allahyarham Mohd. Adib...


KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERI

Saya telah di maklumkan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia mengenai perkembangan siasatan kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib bin Kassim yang kini di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan...

Siasatan pihak polis melalui rakaman percakapan saksi-saksi, lakonan semula (re-enactment) dan juga hasil bedah siasat yang telah di lakukan oleh pihak forensik patalogi telah menemukan dapatan tertentu mengenai sebab kematian Allahyarham yang hanya boleh di dedahkan di mahkamah kelak...

Saya telah berbincang dengan Peguam Negara mengenai perkembangan kes ini... 

Peguam Negara telah memaklumkan kepada saya bahawa beliau selaku Pendakwa Raya, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah akan mengarahkan Majistret untuk membuat siasatan (inkues) di bawah Bab XXXII Kanun yang sama bagi menentukan sebab kematian Allahyarham...

Pihak Pendakwa Raya akan memohon kepada Mahkamah supaya di tetapkan tarikh pendengaran dengan segera dan akan membantu Majistret berkenaan dalam menjalankan inkues tersebut...

Di dalam prosiding inkues ini, Majistret akan mempunyai kuasa yang luas di bawah seksyen 328 Kanun Tatacara Jenayah yang memberi erti sebab kematian termasuk mempertimbangkan bagaimana Allahyarham menemui ajalnya dan sama ada kematiannya di sebabkan, atau di percepatkan oleh, apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang yang di lakukan oleh orang lain...

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Menteri Dalam Negeri

27 Disember 2018

Persoalannya, mengapakah perlu di adakan inkues terhadap punca kematian Allahyarham Mohd. Adib?

Inkues di adakan hanya bila siasatan polis tidak menemui bukti2 yangg cukup untuk menentukan bagaimana si mati itu mati dan siapakah yangg bertanggung jawab...

Maknanya AG tak menerima bukti2 yg di kemukakan polis itu mencukupi untuk menuduh sesiapa telah membunuh Adib...

Yang peliknya AG boleh menerima pula hakikatnya bahawa 4 orang di tuduh mencederakan Adib melalui pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan...

Malah pihak Persatuan Peguam-Peguam Muslim (PPPM) juga bersetuju, TIADA KEPERLUAN  melakukan inkues kerana kes ini hanyalah pindaan seksyen terhadap kes yang telah di buat pertuduhan di mahkamah akibat dari kematian mangsa...

Tak perlulah lagi mana2 pihak berdolak dalih atau cuba melengah2kan pindaan pertuduhan ke atas empat orang lelaki India yang telah memukul Allahyarham Mohd. Adib sehingga menyebabkan kematian beliau...

Semakin di tangguh, semakin membara kemarahan rakyat...

Kita bukannya bercakap tentang perkauman, tetapi kita bercakap tentang keadilan...

Insan2 tersayang telah pun kering airmata mereka kerana meratapi pemergian Allahyarham Mohd. Adib yang tidak berdosa...

Kepada kerajaan Pakatan, buktikanlah prinsip Rule Of Law yang di laung2kan selama ini memang benar2 menjadi pegangan dalam pentadbiran negara dan bukan sekadar retorik politik semata2...

Justice For Adib

0 comments:

fda

Archives