Saturday, December 22, 2018

Justice 4 Adib, Dr. Mahathir What Say You...🤔🤔🤔


17hb Disember 2018, tepat jam 9.41 malam, Institut Jantung Negara, mengesahkan Allahyarham Mohd. Adib bin Mohd. Kassim telah pergi meninggalkan kuta buat selama2nya...

Bukan saja keluarga Allahyarham Mohd. Adib bersedih, malah rakyat Malaysia juga turut bersedih sama dengan pemergian wira negara yang sangat dekat di hati kita...

Mengapa...

Allahyarham Mohd. Adib, adalah salah seorang dari sepasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang di arahkan untuk memberikan bantuan ketika rusuhan sedang memuncak di kuil Seri Maha Mariamman pada 27hb November 2018...

Tapi kedatangan mereka yang bertujuan untuk memberikan bantuan telah di sambut dengan ganas oleh sekumpulan perusuh India yang bagaikan telah hilang kewarasan...

Malah Allahyarham Mohd. Adib telah di tarik keluar dari kenderaan ambulan pasukan Bomba dan Penyelamat dan di pukul oleh sekumpulan empat orang perusuh India sehingga mendapat kecedaraan parah...

Setelah menanggung penderitaan, kesakitan dan bertarung nyawa selama 21 hari, akhirnya, Allahyarham Mohd. Adib tewas dan telah di jemput menemui Allah swt...

Justice 4 Adib


Cerita mengenai Allahyarham Mohd. Adib tidak berakhir setakat di situ, malah pemergiannya telah menimbulkan gelombang menuntut keadilan terhadap beliau...

Kenapa Gelombang Menuntut Keadilan Untuk Allahyarham Mohd. Adib Berlaku


》Senator Waythamoorty, Menteri Perpaduan di Jabatan Perdana Menteri adalah watak utama yang di katakan sebagai pencetus pada keganasan rusuhan tersebut...

Waythamoorthy mengetuai sidang media yang di buat oleh sekumpulan menteri2 India pada pagi 28hb November 2018 telah menyebabkan keadaan rusuhan di kuil tersebut menjadi semakin ganas...

Tanpa asas yang kukuh, Waythamoorthy menyalahkan pihak berkuasa terutamanya PDRM, yang di dakwa lambat bertindak...

Ini mengakibatkan kumpulan perusuh hilang rasa hormat kepada pihak berkuasa yang di arahkan bertugas untuk mengawal keadaan di situ...


》Exco kerajaan negeri Selangor, V. Ganabatirau, telah mengeluarkan kenyataan provokasi dan berbentu perkauman di dalam akaun Facebook beliau dengan menuduh sekumpulan orang Islam telah menyerang kuil Seri Maha Mariamman...


》Dakwaan S. Ramaji, Ketua Pasukan Khas Selamatkan Kuil Seri Maha Mariamman yang mengatakan bahawa kecederaan parah yang di alami oleh Allahyarham Mohd. Adib bukanlah kerana di pukul perusuh tetapi di langgar oleh kenderaan Bomba dan Penyelamat!!!


》Kenyataan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy yang mendakwa Waythamoorthy menjadi kambing hitam dalam isu kuil Seri Maha Mariamman di lihat sebagai cubaan untuk menutup kebenaran yang berlaku...


》Desakan dari beberapa ahli politik India kepada kerajaan Malaysia supaya mengendurkan ketegangan mengenai isu ini dengan menutup kes kematian Mohd. Adib kerana kononnya bimbang akan menjadi ketegangan antara kaum India dan Melayu...

Antar yang mereka lakukan ialah :


- Dengan kematian Allahyarham Mohd. Adib, pihak polis telah meminda pertuduhan awal kes ini dari Seksyen 307 (cubaan membunuh) Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 (membunuh) Kanun Keseksaan, tapi Peguam Negara, Tommy Thomas masih lagi enggan membenarkan pihak polis membuat tangkapan semula ke atas 4 orang suspek yang telah di bebaskan dengan ikat jamin sebelum ini...

Ketua Polis Negara di katakan sangat tidak berpuas hati dengan keadaan ini kerana kelewatan kebenaran dari Peguam Negara akan membolehkan ke empat2 suspek melarikan diri ke luarnegara...

- Punca kematian Allahyarham Mohd. Adib di katakan akan di ubah kepada 'kecederaan di dada' tanpa penjelasan spesifik kepada punca kepada kecederaan tersebut...

Ini akan membuka ruang kepada dakwaan punca kecederaan Allahyarham Mohd. Adib adalah kerana di langgar kenderaan Bomba dan Penyelamat dan bukannya di pukul, ini di kuatkan lagi dengan kenyataan seorang Timbalan Menteri bahawa punca sebenar kecederaan masih di siasat!!!

Ini adalah usaha untuk menafikan bahawa Allahyarham Mohd. Adib di pukul, walau pun pihak polis sendiri telah mengesahkan bahawa melalui siasatan dan rakaman percakapan saksi di tempat kejadian telah mengesahkan bahawa Allahyarham Mohd. Adib memang telah di pukul!!!

Apakah Yang Akan Dr. Mahathir Lakukan


Walau pun menerima tekanan dari pelbagai pihak, bukan saja dari rakyat Malaysia malah penasihat media dan komunikasi di Pejabat Perdana Menteri, Kadir Jassin serta Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, apakah Dr. Mahathir akan tetap tunduk dengan desakan dari beberapa kerat ahli parlimen India itu...

Apakah Dr. Mahathir akan tergamak menyembunyikan kebenaran dan mengenepikan keadilan?

Apakah bagi Dr. Mahathir, suara beberapa orang ahli politik India itu lebih lantang dari suara jutaan rakyat Malaysia!!!

Apakah bagi Dr. Mahathir, sokongan dari beberapa kerat ahli politik India itu lebih penting dari keadilan serta RULE OF LAW yang beliau sering laungkan!!!

0 comments:

fda

Archives