Wednesday, December 5, 2018

Jangan Takut Untuk Datang Ke Perhimpunan Ummah 812 Kerana Tidak Menyalahi Undang2

Undang2 Berkaitan Akta Perhimpunan Aman (APA)


HAK untuk berhimpun dengan aman di lindungi oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA)...

Semua rakyat Malaysia mempunyai HAK untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata...

HAK ini juga merupakan hak asasi manusia...

Seksyen 27 Akta Polis Di Mansuhkan Dan Di Gantikan Dengan Akta Perhimpunan Awam Di Era Datuk Seri Najib


Sebelum ini di bawah undang2 Seksyen 27 Akta Polis, penganjur perhimpunan MESTI mendapatkan lesen atau permit daripada Ketua Polis Daerah (OCPD) bagi daerah tersebut sebelum apa2 perhimpunan di adakan...

Sekiranya perhimpunan di adakan SEBELUM mendapat permit, perhimpunan itu adalah suatu perhimpunan haram dan sesiapa yang menyertai perhimpunan tersebut melakukan kesalahan di bawah akta tersebut...

Maka, tiada perhimpunan boleh di adakan tanpa mendapatkan permit terlebih dahulu...

Walau bagaimana pun, Seksyen 27 Akta Polis seperti di atas sudah di mansuhkan...

Selepas 2012, Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) menggantikan Seksyen 27 Akta Polis tersebut...

APA ini di gubal untuk memastikan hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata dapat di amalkan dengan lebih bebas...

Di bawah APA, tidak ada keperluan lagi untuk mendapatkan permit...

Sebaliknya, penganjur perhimpunan hanya mempunyai tanggungjawab untuk memberitahu OCPD secara bertulis 10 hari sebelum mana2 perhimpunan di adakan...

MEMBERITAHU POLIS BUKAN BERMAKSUD MEMINTA KEBENARAN POLIS...


Selepas pemberitahuan di berikan, OCPD boleh mengenakan syarat atau sekatan yang wajar ke atas beberapa lerkara berkaitan perhimpunan tersebut, tetapi tidak punya kuasa untuk menghalang atau menafikan hak untuk perhimpunan itu...

Suatu perhimpunan tanpa pemberitahuan kpd polis bukanlah perhimpunan haram...

Penganjur mungkin melakukan kesalahan, tetapi pihak polis tidak boleh menghalang perhimpunan tersebut hanya kerana pemberitahuan tidak di lakukan...

Keputusan Mahkamah Terhadap Kes Nik Nazmi vs Pendakwaraya Adalah Bukti Perhimpunan Aman Adalah Hak Rakyat Malaysia


Dalam kes Nik Nazmi bin Nik Ahmad vs Pendakwaraya, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa peruntukan yang menjenayahkan penganjur perhimpunan kerana tidak memberitahu OCPD adalah tidak berperlembagaan...


Oleh itu, walaupun penganjur masih punya tanggungjawab untuk memberi notifikasi kepada polis, namun kegagalan berbuat demikian bukanlah suatu kesalahan jenayah...

Malangnya, polis masih beranggapan bahawa mereka masih punya kuasa untuk membenarkan atau menafikan kelulusan untuk mengadakan perhimpunan aman...

Polis masih berkata tentang 'perhimpunan haram' dan 'tidak memberi kelulusan', walaupun mengikut Akta Perhimpunan Aman mereka tidak lagi mempunyai kuasa seperti ini...

Oleh itu jangan takut dan jangan bimbang untuk turun beramai2 menyertai Perhimpunan Perpaduan Ummah 812 pada 8 Disember 2018 ini di Dataran Merdeka...


Melainkan anda datang membawa senjata merbahaya ketika perhimpunan atau anda terlibat mencetuskan kekacauan atau terlibat dengan pergaduhan ketika perhimpunan, barulah anda boleh di dakwa atas jenayah berkaitan, bukannya kerana menyertai satu perhimpunan!!!

Mesej dari Kekanda Tan Sri Apandi Ali, mantan Peguam Negara...

"In Sya Allah pada 8 Disember ini, pejabat peguam saya, Apandi Ali & Co di PWTC akan beroperasi, untuk memberi khidmat guaman kepada peserta Perhimpunan 812...

Sumbangan saya kpd perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair...

Contact number: 03  40506606 atau 03 40507606

Tiada apa yang perlu di gusarkan lagi...

Mantan Ketua Hakim Negara bersama kita...

Mantan Peguam Negara bersama kita...

Ayuh!!!

Tunjukkan semangat yang akan lahir dari perpaduan ummah dengan datang beramai2 di PERHIMPUNAN UMMAH 812 dan bukan sekadar di media sosial...

Demi Islam!!!

Demi Melayu!!!

AYUH KUTA BERHIMPUN DI PERHIMPUNAN PERPADUAN UMMAH 812 DENGAN AMAN!!!

ALLAH HU AKBAR!!!
ALLAH HU AKBAR!!!
ALLAH HU AKBAR!!!

0 comments:

fda

Archives