Sunday, August 19, 2018

Selepas 100 Hari Pakatan Harapan

100 FAKTA DAN AUTA SELEPAS 100 HARI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH

10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan Era Pra PRU 14


Itu janji2 yg di buat oleh Pakatan Harapan sebelum PRU 14, 09hb Mei, 2018...

Masa tu, semua pemimpin Pakatan Harapan dakwa yang mereka yakin nasib rakyat akan berubah menjadi lebih baik selepas tertunainya 10 Janji 100 Hari...

Sebab terpesona dengan 10 Janji 100 Hari, rakyat berbondong2 balik kampung untuk mengundi dalam PRU 14 sebab nak jatuhkan kerajaan BN...

Yang buta datang bertongkat, yang pekak dan bisu terhangak2...

Jauh dekat, tua muda, miskin kaya semua keluar mengundi Pakatan Harapan...

Yang ada dalam fikiran rakyat masa tu kalau Pakatan Harapan menang, hidup jadi senang...

Betul ker bila Pakatan Harapan menang hidup jadi senang???

10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan Era Pasca PRU 14


Awal2 lagi ahli akedemi dah ingatkan, mustahil utk kerajaan Pakatan Harapan tunaikan 10 Janji 100 Hari...

Tapi tak tahulah, mungkin kerana malu sebab dah 'ter'over percaya atau ghairah nak hidup senang atau sebab saja nak sedapkan hati sendiri, ramai kata mereka yakin kerajaan Pajatan Harapan akan tunaikan 10 Janji 100 Hari...

Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari dari sehari sampailah ke 100 hari, tetiba ramai pulak yang teringat balik lagu Janji Manismu nyanyian Aisyah...😂😂😂


Apa lagi bila Tun Mahathir sendiri keluarkan kata2 yang menyentap jantung pengundi Pakatan Harapan dalam PRU 14 yang lepas...


Apa lagi bila dalam Dewan Rakyat, Tun Mahathir cakap, "kalau kami berdosa, kami tanggunglah"...

Masa tu, pengundi2 Pakatan Harapan melopong mulut...

Suara Tun Mahathir yang sebelum nie sangat2 lunak dan merdu kat telinga dia, tetiba bertukar jadi macam suara malaikat maut!!!

Mustahil Pakatan Harapan Tunaikan 10 Janji 100 Hari


Hakikatnya, manifesto yang Pakatan Harapan taburkan hanya untuk memancing undi...

Selepas berjaya tawan Putrajaya, dalam satu perjumpaan tertutup, Tun Mahathir minta semua ahli parlimen supaya mencari alasan kerana gagal tunaikan 10 Janji 100 Hari!!!


Kalau korang dengar radio, mesti korang tahu lagu kat atas nie sebab lagu nie dalam carta teratas dalam semua stesen radio kat Malaysia sejak 18hb Ogos 2018 yang lepas...😂😂😂

Fakta Dan Auta 10 Janji 100 Hari

Abdul Muein Abadi
Pensyarah Sains Politik
Universiti Kebangsaan Malaysia

Cuba korang baca dan hayati analisa yang pensyarah ni buat...


Muga jadi panduan dan pedoman dalam mana2 PRK atau PRU 15 nanti...

1. Harga Minyak tidak di turunkan walau satu sen sedangkan harga minyak dunia menurun...

2. Satu tol pun masih tidak di mansuhkan malah masih tiada rancangan pemansuhan...

3. Hutang yang di paksa ke atas peneroka FELDA masih tidak di hapuskan sama sekali...

4. Harga ubat tidak di turunkan dengan signifikan...

5. Tarif elektrik di rancang untuk dinaikkan...

6. Gaji kakitangan awam enggan di naikkan...

7. Gaji minimum tidak serius di perkasakan...

8. Tiada Inisiatif Peduli Sihat...

9. Cukai SST 10% campur 6% bakal melonjakkan harga barang dan membebankan rakyat...

10. Klinik komuniti ada yang ditutup...

11. Dari segi fokus mengurangkan jurang antara kaya-miskin, tiadanya cukai ke atas orang kaya seperti 'higher income tax'...

12. Tiada usaha untuk laksanakan 'Capital Gain Tax'...

13. Tiada usaha untuk laksanakan 'inheritance tax' ke atas orang kaya yang mewariskan kekayaan kepada anak mereka...
Yang kaya semakin kaya, yang miskin makin miskin...

14. Insurans wajib masih samar dan bakal bebankan golongan B40...

15. KPDNKK perlu lebih proaktif dengan mekanisme pencegahan inflasi terbaharu...

16. Harga rumah perlu di turunkan dengan agresif...

17. Menteri perlu berhenti mendedahkan situasi pertahanan dalaman negara seperti jumlah Sukhoi yang boleh beroperasi...

18. Menteri perlu berhenti merendahkan kedudukan semasa ketenteraan negara sebagai paling lemah di Asia Tenggara sedangkan fakta tidak sedemikian...

19. Pembocoran Surat MEIO kepada CIA tidak boleh di ulangi kerana beri kesan kepada perisik negara...

20. Kes P. Ramasamy dan pengganas LTTE perlu di tangani dengan lebih tegas...

21. Pendekatan Unilateral seperti menamatkan KSCIP tanpa rundingan dengan Arab Saudi perlu di elakkan pada masa hadapan...

22. Kemaraan China di Laut China Selatan wajib di ambil serius...
Tidak cukup sekadar nasihat kepada kuasa besar... 
Strategi yang ampuh perlu di rangka segera...

23. Menteri Luar tidak perlu buka ‘kotak Pandora’ dengan menandatangani semua Konvensyen Hak Asasi Manusia...

24. Visi baharu Malaysia dalam ASEAN dan OIC perlu di bentangkan...
Setakat ini tiada beza dengan kerajaan terdahulu...

25. Menteri MITI perlu cekap tangani Perang Perdagangan Amerika-China...
Setakat ini cuma tunggu dan lihat tidak proaktif...

26. Tindakan menyerah Pulau Batu Puteh begitu sahaja kepada Singapura jangan di ulangi dalam kes rundingan HSR dan semakan harga air...

27. Isu pengisytiharan Israel negara 'Bangsa Yahudi' tidak di hadapi dengan agresif oleh kerajaan...
Sekadar mengeluarkan kenyataan mengkritik...

28. Menteri perlu cermat dalam melontarkan pandangan seperti isu istilah 'Hifz Din'...

29. Menteri jangan apologetik dalam isu LGBT...

30. Dr. Ilyani yang jelas mengatakan kebenaran di berikan ingatan, tidak di jemput untuk sesi penerangan oleh mana2 menteri sama sekali... Golongan LGBT sebaliknya lebih di santuni menteri...

31. Menteri bukan Islam tidak sepatutnya perkecilkan usaha pakaian patuh Syariah...

32. Menteri perlu segera memohon maaf apabila ter'celupar' seperti dalam isu tuduhan Melayu pendatang...

33. Kenyataan akhbar tidak perlu lagi di edarkan dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil...

34. Tidak seharusnya Perdana Menteri arahkan PDRM menggunakan Bahasa Inggeris dalam taklimat...

35. Masih tiada pelan penghapusan monopoli Astro...

36. Kenyataan akhbar para menteri yang lemah dan bermasalah dari segi fokus dan penyampaian...

37. Tarik tali pengiktirafan Sijil UEC jangan lagi di ulangi...

38. Janji 30% wanita dalam kabinet seharusnya di tepati...

39. Pengurusan aset negara perlu di bebaskan daripada retorik politik seperti kes memburukkan Khazanah di bawah Tan Sri Azman Mokhtar...
Sedangkan beliau berjaya memacu Khazanah melonjakkan nilai kepada RM82 bilion sejak 2004...

40. Jadikan pengajaran Khazanah hilang RM2 bilion dalam satu malam...
Jangan jadikan amalan memburukkan profesional dan pakar yang telah banyak menyumbang demi laba politik...

41. Reformasi institusi juga terencat dengan pelantikan Tun Mahathir sendiri menjadi Pengerusi Khazanah...

42. Tambah terencat dengan pelantikan Azmin Ali sebagai Pengarah Khazanah
Di tuduh 'kartel' oleh calon Timbalan Presiden PKR sendiri iaitu Rafizi Ramli...

43. Tiada rancangan pemerkasaan kontraktor kecil Bumiputera secara komprehensif setakat ini...

44. Kawasan parlimen pembangkang di anaktiri dengan peruntukan RM100k berbanding Pakatan (RM500k).  
Seluruh negeri Pantai Timur terkesan dengan agihan yang tidak adil ini...

45. Rancangan alternatif monopoli beras BERNAS masih perlahan...

46. 'Tarik tali royalti petroleum kepada 4 negeri yang memerlukan untuk memangkin pembangunan : 
Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelatan...

47. Penoreh getah belum di bantu dengan agresif dan komprehensif...

48. Dari sudut tadbir urus pula, keseluruhan kabinet kerajaan Pakatan perlu segera untuk isytiharkan harta secara terbuka...

49. Sesetengah timbalan menteri perlu berhenti daripada lebih sudu dari kuah berbanding menteri...

50. Anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak wajar memonopoli jawatan ekonomi politik...

51. Suruhanjaya Siasatan Diraja MARA, FELDA, Tabung Haji perlu di tubuhkan...

52. Reformasi struktur MARA, FELDA, dan Tabung Haji tidak perlu di lengahkan...

53. Amalan mengutus individu bukan eksekutif seperti Tun Daim ke China dengan mengetepikan menteri luar dan menteri kewangan perlu di hentikan...

54. Amalan 'bulldozer' di Parlimen seperti kes SST perlu dihentikan...

55. Dana kebajikan bekas atlet tidak di perkasa hingga tiada pendaftaran baharu boleh dibuat, hanya untuk menampung bekas atlet sedia ada sahaja...

56. A. Kadir Jasin yang di siasat kerana dedah perbelanjaan dan isteri YDPA di lantik Penasihat PM...

57. Dalam sektor pendidikan pula, mekanisme bagi menangani isu 'Guru Duka Lara' belum komprehensif...

58. MyBrain dan MyPhD perlu di hidupkan kembali untuk merancakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara...

59. Tarik tali peminjam2 PTPTN wajib di hentikan...

60. Pelan jangka panjang dan sederhana TVET masih kabur...

61. Reformasi Universiti Awam (UA) masih tidak kelihatan...

62. Tiada rancangan Revolusi Industri 4.0 Pakatan...

63. Isu 'Kiri' dan 'Komunisme'dalam silibus sejarah perlu di tangani dengan cermat oleh jawatankuasa pakar Sejarah, NGO dan intelektual awam...

64. U-Turn HSR jejas imej negara di Singapura...

65. U-Turn ECRL jejas kredibiliti kerajaan dalam mengimbangi kepentingan nasional dan hubungan dengan China...

66. Menteri Industri Utama masih tiada rancangan jangka panjang yang komprehensif...

67. Tidak telus soal pinjaman dari Jepun, rakyat wajar di maklumkan secara terperinci...

68. U-Turn MRT3 yang amat di perlukan di bandar...

69. Pengerusi DAP Tan Kok Wai jadi Duta Khas ke China sedangkan selama ini mengkritik amalan melantik Duta Khas atas dasar politik...

70. Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak bercakap benar tentang pertemuan dengan pegawai Singapura untuk rudingkan HSR...

71. Tiada keberanian untuk saman kes tuduhan RM18 bilion tuntutan GST di curi...

72. Tiada perkembangan siasatan kes Taib Mahmud...

73. Tiada perkembangan kes rasuah Azmin yang di lapor Rafizi...

74. DAP Pulau Pinang teruskan projek PIL-1 di sebalik bantahan penduduk...

75. Tiada perkembangan jelas kes Banglo Lim Guan Eng...

76. KWSP Suri Rumah agak lewat di laksanakan...

77. Tidak telus dalam mendedahkan pegawai khas menteri untuk berurusan dengan rakyat...

78. Menteri dan timbalan menteri yang kurang wibawa...
Portfolio yang tidak padan dengan taraf pendidikan...

79. Menteri hanya umumkan agihan pembangunan luar bandar untuk negeri Pakatan sahaja...

80. Peruntukan khas RM10 juta kepada Kedah di tadbir Mukhriz Mahathir setiap tahun...
Bagaimana dengan negeri2 lain???

81. RM2 ~ 3 juta sebulan untuk selenggara kapal mewah Equanimity seharusnya di salurkan kepada lebih 50 ribu nelayan dan penoreh getah yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi...

82. RM500,000 untuk turunkan logo 1Malaysia seharusnya di salurkan kepada golongan lebih memerlukan seperti nelayan dan penoreh getah...

83. U-turn pengharaman tukang masak warga asing...

84. IRI Amerika di undang ke Pejabat PM tanpa ketelusan, tidak di maklum kepada rakyat...

85. Universiti Pertanian di cadang sedangkan UPM sudah lama wujud...

86. MBM dan GPMS di gelar macai politik sebelum menteri menarik balik kenyataan sedemikian...

87. Pemerkasaan mahkamah Syariah dan RUU355 masih belum di rundingkan secara komprehensif...

88. Kontroversi Pelantikan Ketua Hakim Negara perlu di elakkan...
Mengulangi persepsi campur tangan Mahathirisme dalam badan kehakiman...

89. Kontroversi pelantikan Peguam Negara tidak di tangani dengan cermat...

90. Lantik MB Selangor (Azmin Ali) jadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi...

91. Menteri Kewangan perlu berhenti bekerja seperti detektif semata-mata...

92. Alasan hutang RM1 trillion untuk kerajaan tidak menunaikan manifesto perlu di hentikan segera, bekerjalah dengan kreatif untuk buktikan kerajaan Pakatan mampu penuhi manifesto meskipun dalam keadaan yang mencabar...

93. Berhenti salahkan kerajaan terdahulu, fokus pada usaha menjana pendapatan baharu seperti tenaga solar, artifical intelligence @ AI, torium, mikrob, dan sebagainya...

94. Tiada koordinasi yang sinergi rentas kementerian seperti Pertanian, Industri Utama, Pengangkutan, MITI, dan Keusahawanan dalam merangka pelan keselamatan makanan negara (Food Security)...

95. Obses Tun M dengan Projek Kereta Ketiga walau di tentang ramai...

96. Lemah pengurusan eksport sawit negara ke China hinggakan China membeli sawit Indonesia secara tanpa had, dengan Kesatuan Eropah pula kaedah Kementerian Industri Utama masih klise...

97. Pelan pengangkutan awam bandar dan luar bandar Pakatan juga tenggelam dek projek kereta nasional ketiga...

98. Pelaburan asing masih perlu untuk di tingkatkan...

99. Mata wang Ringgit gagal untuk di perkasakan malah tiada perancangan sistematik seperti mana yang di janjikan di halaman 18 Manifesto Pakatan...

100. Amalan 'umum dulu kaji kemudian', 'tuduh dulu siasat kemudian', dan 'provok dulu, mohon maaf kemudian' amat menjejaskan kredibiliti kerajaan dan menghakis kepercayaan rakyat...

Semoga segala kritikan di terima positif untuk penambahbaikan kerajaan...

Kita tidak ingin negara kita menjadi negara lemah (Weak state)...

Kita tidak sanggup melihat negara kita menjadi negara bacul (Pariah state)...

Dan kita pastinya tidak reda negara kita menjadi negara gagal (Failed State)...

Kredit :

Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

0 comments:

fda

Archives