Monday, August 6, 2018

Pembelian SPLASH Oleh SAS, Usaha Merompak Dan Memperbodohkan Rakyat Selangor!!!


Pemberian Air Percuma Di Selangor Akan Di Berhentikan

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau percaya kerajaan Selangor akan mengkaji semula atau menghentikan program pemberian air percuma kepada isi rumah di negeri itu selepas mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH)...



Hari ini apabila pembelian SPLASH oleh Syarikat Air Selangor (Air Selangor) berjumlah RM2.55 bilion di muktamadkan, ianya menjadikan rakyat Selangor membayar lebih 10 kali ganda dari apa yang di tawarkan oleh kerajaan negeri pada 2013...



Kerajaan negeri Selangor hari ini memberi 'durian runtuh' kepada pemilik saham SPLASH dengan keuntungan dan pampasan yang berlebihan berikutan transaksi tersebut...



Pada masa yang sama, ianya akan meletakkan beban serta tanggungjawab untuk pembayaran tersebut ke atas rakyat dengan mengenakan tarif yang lebih tinggi...

Datuk Seri Najib Telah Memberi Peringatan

2 hari yang lepas bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa negeri itu akan membeli SPLASH pada harga RM2.7 bilion dalam urus niaga yang di dakwa menguntungkan seorang 'Tan Sri' yang memiliki 30% saham dalam syarikat itu...

Baca di sini :
Najib says, "I Told You So"

Siapa 'Tan Sri' Yang Di Maksudkan


Bukan menjadi rahsia besar, Tan Sri Wan Azmi ialah CEO SPLASH dan merupakan antara 'penyumbang' kewangan kepada beberapa ahli  politik muda PKR....

Dia juga merupakan lembaga pengarah kepada  'badan  pemikir' PKR iaitu Institut Rakyat...

Wan Azmi juga 'close associate' kepada Daim  Zainudin bekas menteri kewangan era Mahathir dan sekarang di lantik sebagai ahli Majlis Penasihat Ekonomi juga oleh Mahathir (Daim juga memiliki kepentingan dalam firma guaman  Daim Garmani & Co milik Sivarasa yang terlibat  dalam Skandal Tanah Ijok)...



Selain  itu SPLASH juga mewakili kepentingan  Gamuda Berhad...

Datuk Lin Yun Ling, Pengarah Urusan & CEO  GAMUDA  mempunyai kerjasama luar biasa  dengan Azmin Ali dalam skandal Paya Indah    Wetland...

Akhirnya Rakyat Selangor Yang Akan Menjadi Mangsa



Apakah alasan kerajaan negeri Selangor memuktamadkan pembelian SPLASH dengan harga RM2.55 bilion iaitu 10 kali ganda dari nilai sebenar syarikat tu...

Bukanlah satu keputusan yang bijak bila dengan sengaja membayar hingga 10 kali ganda dari nilai sebenar atas alasan kononnya mahu menamatkan krisis air di Selangor yang dah berlarutan dari 2013!!!

Baca di sini :
Nilai Sebenar SPLASH Cuma RM250 Juta Tapi Kenapa SAS Bayar RM2.55 Bilion?



Siapakah yang akan mendapat laba yang besar hasil dari persetujuan ini...



Dan siapakah yang akan menderita akibat terbeban dari persetujuan ini...



Walau pun YAB Menteri Besar Selangor, Aminudin Shari, cuba meyakinkan rakyat Selangor supaya tidak bimbang tentang kemungkinan kenaikan tarif air di negeri Selangor kerana persetujuan pada pembelian ini...



Tapi Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli kerajaan PH, YB Dr. Xavier Jayakumar, memberikan kenyataan yg berbeza nadanya...

Baca di sini :
Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli Berkata Bekalan Air Percuma Di Selangor Akan Di Kaji Semula Dan Tarif Air Di Selangor Akan Di Naikkan Akibat Pembelian SPLASH Oleh SAS

Juga di sini :
Dr. Xavier Jayakumar : Pemberian Air Percuma Di Kaji Semula Dan Tarif Air Di Selangor Akan Di Naikkan

Hakikatnya apa yg di katakan Xavier akan menjadi kenyataan...

Untuk menampung semula lebihan duit RM2.25 bilion yg di bayar kepada SPLASH, SAS akan pastikan setiap titisan air yang di bekalkan akan mendapat pulangan yang tinggi...

Ini bermakna setiap titisan air yg di berikan secara percuma sebelum ini, akan di kenakan bayara...

Setiap titisan air yg di gunakan oleh rakyat negeri Selangor MESTI di bayar dengan harga yang lebih tinggi...

Air ialah keperluan asas yang paling penting dalam kehidupan manusia...



Bagaimana rakyat Selangor ingin mendapatkan duit untuk bayar bil air yang di berikan percuma, bagaimana rakyat Selangor mahu dapatkan duit utk bayar bil yg lebih tinggi bukanlah masaalah SAS dan kerajaan negeri Selangor...

Yang ada dalam benak kepala SAS dan kerajaan negeri Selangor ialah duit RM2.25 bilion mesti di dapatkan segera...





Penderitaan rakyat Selangor bukan masaalah mereka!!!

0 comments:

fda

Archives