Wednesday, August 29, 2018

Arahan Kadir Jasin Jadikan NST Sampah!!!

BILA PULA MUSA AMAN DI CARI INTERPOL???


Apabila pertukaran kuasa di antara kerajaan BN dan kerajaan PH pada 09hb Mei lepas, banyak media cetak perdana juga berubah arah...

Media Arus Perdana Melapurkan Berita Palsu

Akhbar NST keluaran 25hb Ogos melaporkan bahawa mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, telah di senaraikan di dalam senarai 'red flag' INTERPOL...

Carian Dalam Talian Senarai Penjenayah
Yang Di Kehendaki Oleh INTERPOL

Senarai 'red flag' ini adalah merupakan senarai mereka yang di kehendaki untuk di ekstradisi...

Pemeriksaan di laman web senarai mereka yang di kehendaki mendedahkan bahawa Michael Soosai yang hilang setelah memalsukan sijil kematian beliau 14 tahun lepas dan Sirul Azhar yang telah di dapati bersalah membunuh Altantuya Shaaribu masih berada dalam senarai 'red flag'...

Michael Soosai masih menghilangkan diri dan tidak dapat di kesan...

Manakala Sirul Azhar masih berada dalam senarai tersebut kerana pihak berkuasa Australia enggan melepaskan beliau...

Walau bagaimanapun nama Musa Aman tidak terdapat dalam senarai 'red flag' INTERPOL...

Sekiranya benar nama beliau wujud dalam sistem tersebut maka sudah tentu pihak Scotland Yard telah menangkap beliau semasa berada dalam hospital di England dan beliau akan di iring oleh Scotland Yard sehingga ke Malaysia untuk di serahkan sendiri kepada PDRM...

Pihak Media WAJIB Mengutamakan Etika Kewartawanan Dan Integriti Dalam Setiap Berita Yang Di Lapurkan


Kita memahami kemungkinan tekanan dari pihak2 tertentu kepada beberapa media cetak dan elektronik...

NST sebagai media arus perdana, etika kewartawanan mestilah di patuhi di dalam memastikan kesahihan berita yang di lapurkan...

Amat memalukan bila akhbar perdana seperti NST 'rela' melapurkan berita palsu seolah2 lupa dengan perkembangan dan kecanggihan teknologi maklumat terkini semata2 kerana tunduk kepada 'tekanan dari pihak tertentu' atau takut kehilangan pembeli!!!

Jalankan tanggungjawab sosial dengan beretika untuk memelihara integriti pemain media sosial...

Kami bukan pekerja Utusan Malaysia tetapi kami hanya mahukan fakta dan kebenaran!!!

Contohilah Utusan Malaysia yang tidak pernah berganjak dari pendiriannya...


Kredit :

Julia ABT...

0 comments:

fda

Archives