Wednesday, August 1, 2018

Minta Speaker Benarkan Kak Wan Bawa Kipas Dalam Parlimen


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail 'terkantoi' bila tak dapat jawab soalan yang di ajukan semasa sesi penggulungan usul titah di raja bagi Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga di Dewan Rakyat, Selasa...


Isu perkahwinan di antara kanak2 berumur 11 tahun dengan lelaki 41 tahun di tanya oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said... 


Wan Azizah di lihat seolah2 'mati akal' untuk menjawab...

"Saya faham pandangan menteri tentang isu bukti dan sebagainya, tapi kes kanak2 berlainan"....

"Sebab tu kita ada 'statutory rape' dalam penal code"...

"Sebab kanak2 bila memberi kebenaran tidak sama seperti kebenaran orang dewasa"...

"Itu sebabnya dalam kes statutory rape, beban bukti bukan ke atas kanak-kanak tersebut"... 

"Tapi dalam perkara ini, (kanak-kanak berusia 11 tahun) ada akta yang boleh pergi kepada lelaki ini yang sekarang bergelar suami dan juga ibu bapa yang menggalak"...

"Jadi isunya adalah kalau akta di penal code ada, kerajaan sebelum ini mewujudkan Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak 2017 kerana mengetahui bahawa penambahbaikan untuk melindungi kanak2 di perlukan, maka undang2 ini telah di luluskan dalam sidang Parlimen"...

"Jadi soalan saya ialah kenapa kita tidak boleh kreatif untuk membantu kanak-kanak ini?" soal Azalina...

Bila Tak Boleh Jawab, Kak Wan Kipas Divert Pada AG


Wan Azizah yang jelas tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan tersebut meminta Azalina mengajukan soalan tersebut kepada Peguam Negara (AG)...😂😂😂

"Itu soalan untuk AG"...


"Bukan untuk kementerian saya"... 


"Ini yang pentingnya sebab bila dah masukkan akta dan mahkamah, you have to go to the AG" katanya...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Kali Nie Divert Pada Bekas Kerajaan BN Pula

Apabila Azalina mengajukan satu lagi soalan, Wan Azizah memberikan jawapan yang mengelirukan serta mula menggunakan alasan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional...

Kecewa dengan jawapan yang di berikan, Azalina meminta supaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersikap profesional dan tidak berterusan menjadikan BN sebagai alasan...

"Kerajaan baru, harapan baru"... 

"Jadi buatlah cara baru"... 

"Menuduh kepada kerajaan lama saya rasa satu pendekatan yang tidak begitu professional"...

"Tak mengapalah menteri, kalau tak boleh jawab tak mengapa" sindir Azalina...😛😛😛

0 comments:

fda

Archives