Thursday, July 5, 2018

Pendakwaan Atas Najib Kerana Keadilan Atau Dendam ???


Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak menghadapi 4 pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa...

3 pertuduhan yang di dakwa di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan dan 1 pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 telah di bacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Zainal Abidin Kamarudin...

Apa Tujuan Sebenar Pendakwaan Ke Atas Najib


Macam yg Mahathir cakap waktu mula2 jadi Perdana Menteri utk kali kedua, kerajaan Pakatan Harapan tak akan membalas dendam...

Sebagai rakyat kita sangat2 mengharapkan agar apa yg Mahathir cakap akan dia kotakan...

Memang kita tahu, salah satu janji PH sewaktu kempen PRU 14 yg lalu ialah mendakwa Najib atas semua salah laku dan rasuah...

Cerita salah laku dan rasuah yg di jadikan bahan kempen utama oleh PH berjaya mengubah pendirian rakyat dan menumbangkan kerajaan BN yg dah memerintah lebih dari 6 dekad...

Apakah Hukuman Dah Tersedia Sedangkan Perbicaraan Belum Lagi Di Jalankan


Sebelum pertuduhan di buat di mahkamah malah sebelum Najib di tangkap, Mahathir dah mengumumkan bahawa Najib akan di penjarakan dalan jangka waktu yang lama...

Kita semua tahu, semua pertuduhan yg di dakwa atas Najib boleh membawa hukuman maksima 20 tahun penjara jika di sabitkan kesalahan...

Persoalannya, bila Mahathir mengumumkan Najib akan di penjarakan dalam waktu yang lama, apakah keputusan bersalah dan di sabitkan kesalahan telah di buat lebih awal dari mahkamah!!!

Pertuduhan yang di buat mesti melalui proses perbicaraan di mana ada pendakwaan dan pembelaan...

Dan di akhir perbicaraan, barulah mahkamah akan membuat keputusan sama ada orang kena tuduh di sabitkan dengan kesalahan yang di tuduh ke atasnya atau pun tidak...

Selepas itu, barulah hakim dan bukannya perdana menteri yg akan menjatuhkan hukuman mengikut peruntukan hukuman atas seksyen yang di dakwa...

Itulah perjalanan 'rule of law' yg di jamin oleh Mahathir sebagai ketua kerajaan sekarang...

Di Peringkat Pertuduhan Dah Menimbulkan Keraguan


Agak janggal malah sangat2 janggal bila tangkapan dah di buat...

Pertuduhan dah di buat...

Tapi pihak yg pendakwaan mengatakan bahawa mereka belum bersedia untuk menjalankan perbicaraan...

Mungkin seperti yg di katakan ketua panel pembela, Tan Sri Shafie, pihak pendakwa masih lagi tercari2 bukti utk mengukuhkan kes...


Atau pun mungkin tercari2 lagi di bawah seksyen mana atau pun akta mana pendakwaan akan di jalankan...

Kemonlah...

Nie bukan kes curi telur ayam bro...

Yang di dakwa ialah mantan perdana menteri dan bukannya penganggur jalanan!!!

Barisan pendakwaraya pula bukan calang2...

Peguam Negara yangbdi katakan antara peguam terbaik Malaysia...

Ada pulak bekas peguam negara dlm barisan pendakwaraya...

Apa kes belum bersedia pulak nie...

Lawak senario ker apa nie...

Kalau belum bersedia, yg korang kelam kabut ayam nak tangkap, dakwa Najib tu per kes...


Ker ada yg desak supaya kes di jalankan walau pun bukti tak kukuh!!!

Cer citer sikit...💆‍♂️💆‍♂️💆‍♂️

Beri Ruang Seluas2nya Pada Keadilan Untuk Membuat Keputusan


Seperti yg Mahathir beri jaminan bahawa 'rule of law' akan di laksanakan sepenuhnya...

Seperti komitmen yg Najib janjikan akan berikan kerjasama sepenuhnya utk undang2 dan keadilan di daulatkan...

Kita berharap, janganlah ada hukuman di jatuhkan sebelum perbicaraan di tamatkan...

Janganlah ada tangan2 ghaib yang akan menentukan keputusan mahkamah nanti...

Berilah ruang seluas2nya kepada 'rule of law' dan bukannya 'law of the jungle'...

0 comments:

fda

Archives