Wednesday, July 4, 2018

Pelbagai Penerimaan Rakyat Malaysia Mengenai Tangkapan Najib Oleh SPRM


Kira2 jam 2.35 petang,  3hb Julai 2018, sepasukan petugas khas 1MBD telah membuat tangkapan ke atas mantan Perdana Menteri Ke 6, Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak berkaitan siasatan SRC International Sdn. Bhd...

Dakwaan Dan Hukuman Yang Di Jangka Akan Di Tuduh Ke Atas Najib

Najib di jangka akan di dakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(b) Akta 613 Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 atau AMLA...

Jika sabit kesalahan Seksyen 23 ASPRM boleh di kenakan hukuman maksima 20 tahun penjara DAN denda TIDAK KURANG 5 kali ganda nilai suapan atau nilai aktiviti haram...

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaa boleh di kenakan hukuman maksima 5 tahun penjara DAN sebatan...

Untuk Seksyen 4(1)(b) Akta 613 AMLA, jika sabit kesalaham boleh di kenakan hukuman maksima 15 tahun penjara ATAU denda TIDAK KURANG 5 kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram ATAU denda maksima RM5 juta mengikut yang mana lebih tinggi...

Pelbagai Reaksi Dari Rakyat Malaysia

Seperti yang di jangkakan, berita tangkapan Najib oleh sepasukan petugas khas 1MDB mendapat pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia...

Reaksi Penyokong Kerajaan Pakatan Harapan



Bagi penyokong2 kerajaan Pakatan Harapan, berita penangkapan Najib merupakan satu berita yang sangat2 di tunggu selama ini...

Bila tular jer kenyataan rasmi yg mengesahkan penangkapan Najib oleh SPRM, penyokong kerajaan Pakatan Harapan bersorak gembira seolah terlupa bahawa yang di tangkap tu ialah mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 6...

Mungkin inilah klimaks pada penantian mereka selama nie!!!

Reaksi Penyokong Umno/BN


Bagi penyokong Umno, berita tangkapan ini di terima dengan hati terbuka mungkin kerana mereka dah menjangkan perkara nie PASTI akan berlaku...

Tak ada yg dapat di lakukan selain berdoa dan memberikan sokongan moral kepada Najib agar terus kuat dan tabah menghadapinya...

Reaksi Yang Berkecuali




Ada juga di kalangan rakyat Malaysia yg cuba berfikiran rasional...


Bagi mereka, penangkapan Najib bukanlah isu pokok yang harus di lihat tetapi keadilan dari setiap sudut bermula dari saat penyiasatan, cara tangkapan dan mereka juga akan memerhatikan perjalanan kes di mahkamah nanti...

Bagi mereka bukan isu penangkapan Najib yg menjadi agenda utama tetapi KEADILAN...

Biarlah Keadilan Yang Menjadi Agenda Utama Dan Bukannya Dendam


Apa Maksud Tun M Yang Najib Akan
Di Penjarakan Sedangkan Belum Di Bicarakan Pun...

Walau apa pun reaksi rakyat Malaysia terhadap berita tangkapan Najib, kita berharap agar kerajaan Pakatan Harapan melakukannya semata2 kerana ingin membersihkan pentadbiran kerajaan dari amalan rasuah seperti yang mereka janjikan sebelum PRU 14 dan bukannya bermotifkan dendam...


Sekiranya memang Najib bersalah maka sewajarnya bekiau menerima hukuman...


Tetapi memfitnah dan mencipta bukti serta memutar belit fakta untuk memenjarakan Najib kerana dendam kesumat yg sekian lama terpendam di dalam hati adalah kezaliman yang Maha Zalim...

Meminjam kata2 Rafizi, walau apa sekali pun, Najub wajar di beri layanan sebagai seorang bekas Perdana Menteri Malaysia...

Keadilan Untuk Semua

Bagi pihak Najib, sudah pasti perbicaraan di mahkamah akan menjadi peluang yg terbaik utk bela diri dan menjawab segala tuduhan ke atas beliau...

Bagi pihak kerajaan yg mendakwa, inilah masanya utk melihat sama ada segala dakwaan dan tuduhan ke atas Najib berasas atau tidak...

Bagi rakyat, inilah masanya utk kita menilai kesahihan segala tuduhan ke atas Najib dan kerajaan BN dahulu...

Najib Berhak Di Beri Peluang Untuk Membela Diri Tanpa Tekanan


Untuk keadilan semua pihak, kita perlu menunggu dengsn sabar perjalanan kes nie...

Janganlah kita terlalu emosi sampai mendahului mahkamah dalam membuat keputusan...

Najib berhak di beri peluang dan ruang secukupnya untuk membela diri tanpa tekanan...

Sekiranya Najib bersalah maka kita berdoa kepada Allah s.w.t. agar mengampunkan dosa2nya dgn hukuman yg akan di terimanya nanti...

Sekiranya Najib tidak bersalah maka kita doakan agar Allah s.w.t. menunjukkan kebenarannya...

Kuasa yg Allah s.w.t. pinjamkan ialah untuk menegakkan kebenaran dan bukannya dgn sengaja meletakkan kesalahan pd pihak2 tertentu semata2 kerana dendam...

Kepada Allah s.w.t. kita berserah kerana Dia Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Adil...

0 comments:

fda

Archives