Saturday, July 14, 2018

Kesan UEC (Unified Examination Certificate) Pada Generasi Akan Datang

APA DIA UEC (UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE)?

Sebelum ini terdapat segelintir masyarakat Cina yang sering menuntut supaya kerajaan mengiktiraf peperiksaan UEC...

Dan setiap kali timbul isu ini akan terjadi ketegangan kaum...

UEC di gunakan secara meluas di sekolah persendirian Cina...

Mereka mempunyai sistem pendidikan tersendiri di bawah pengawasan Dong Zong (badan pendidikan Cina) berikutan keengganan mereka menggunakan sistem pendidikan kebangsaan...

Namun UEC di tolak dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi...

Bahkan ikon Cina seperti Tun Tan Cheng Lock dan Tun Tan Siew Sin turut menolak pengiktirafan UEC sampaikan mereka tidak di sukai dan di kecam teruk...

Cubaan Lim Lian Geok Menuntut Pengiktirafan UEC Di Malaysia


Lim Lian Geok, seorang guru dan aktivis yang lantang menuntut pendidikan “Chinese-centric” mendapat sokongan institusi Dong Zong untuk mendesak kerajaan supaya mengiktiraf bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi di Malaysia...

Di sebabkan itu kerajaan telah membuang kerakyatan Lim Lian Geok yang di anggap cuba mencetuskan ketidakharmonian antara kaum...

Namun terdapat segelintir masyarakat Cina yang menganggap Lim Lian Geok sebagai patriot sebenar yang mahu membawa agenda masyarakat Cina dan impian negara mereka.

Kesan UEC Kepada Perpaduan Kaum

Perkongsian Dari Pengalaman Sebenar Pelajar Melayu Yang Dapat Pendidikan UEC

Berikut perkongsian dari Mag Malaya Ahmad yang pernah bersekolah di sekolah persendirian Cina tentang UEC...


Anak Melayu yang pernah dapat didikan 4 tahun di Sekolah Menengah Persendirian Cina Chong Hwa, Jalan Ipoh Kuala Lumpur menceritakan...

Dalam Mandarin kita panggil (统一考试) atau (统考)....

Seingat aku, UEC ni di bahagikan kepada 2 fasa :

Fasa 1 kita ambil exam waktu form 3...
Fasa 2 kita ambil exam waktu form 5 atau form 6...

Dekat Malaysia, selain daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan yang kita sedia maklum, Sekolah Menengah Persendirian Cina macam sekolah Chong Hwa dalam tulisan penuh Cina, dia ada kurungan (独) yang bermaksud merdeka, asing, sendiri...


Untuk pencapaian UEC tahun 2017 seluruh negara dalam subjek bahasa, (华文) Bahasa Mandarin, (马来西亚文) Bahasa Malaysia dan (英文) English...

Bahasa Malaysia peratus gagal paling tinggi di antara ketiga-tiga bahasa...

Dulu aku agak bangga dan rasa gah bila berbahasa Mandarin di Malaysia...

Tapi semua bangga ni hilang bila aku jumpa Cina Thailand, Cina Indonesia dan Cina Madagascar di Guangzhou...

“Kenapa sesama engkorang tak bercakap dalam bahasa Malaysia eh?”

Aku ingat lagi Bun Chok Ling, kawan Cina aku dari Singkawang Indonesia, tegur aku dekat dalam dorm sebab dia perasan aku berhubung dengan Cina Malaysia pakai Mandarin...

"Aku takkan cakap aku ni Cina, aku akan cakap aku ni orang Thai, memang aku keturunan Cina, tapi bahasa pertama aku bahasa Thai, bukan Mandarin"...

Apirak Tee pernah terangkan ke aku waktu aku tanya dia pasal bangsa dan suku yang ada dekat Thailand...

Apirak ni antara kawan Thailand aku yang paling power tahap Mandarin dia waktu kolej, tapi sesama pelajar Thailand yang lain, dia akan berhubung pakai bahasa kebangsaan mereka, Thai...

Bila waktu habis main bola di padang kolej, cemburu betul aku tengok pelajar-pelajar dari negara lain berhubung sesama sendiri dalam bahasa kebangsaan diorang...

Yang Cina Thai dengan bahasa Thai dia, yang Cina Myanmar dengan bahasa Myanmar dia, yang Cina Ecuador dan Venenzuela dengan bahasa Latin dia...

Kau pergi ke hujung Indonesia yang nama tempat Makassar tu pun kau akan nampak dan dengar Cina dia bersembang dalam loghat tempatan...

Adakah Menolak Pengiktirafan UEC Menunjukkan Sikap Rasis?

Ada pendapat yang mengatakan sikap menolak pengiktirafan UEC menunjukkan sikap rasis seseorang atau lebih tepat di katakan sikap anti Cina...

Betulker...

Kenapa Dasar Pendidikan Kebangsaan Di Perkenalkan


Sejarah pendidikan secara formal negara bermula dari sebelum merdeka iaitu melalui Penyata Razak 1956...


Keperluan mengkaji semula sistem pendidikan di zaman penjajah ialah kerana sistem yang di perkenalkan oleh British akan membawa perpecahan kaum bagi negara...

British yang mengamalkan dasar Pecah dan Perintah memperkenalkan sistem tumpuan taat setia kaum pendatang kepada negara asal mereka...



Ianya bertujuan bagi menghalang perpaduan dan penyatuan pelbagai kaum di Tanah Melayu...

Sebab tu kerajaan memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk menyatupadukan semua kaum di Malaysia agar hidup dalam keadaan harmoni...

Salah Satu Sebab Kenapa Rakyat Sesebuah Negara Itu Bersatu Ialah Kerana Menggunakan Satu Bahasa

Dari perkongsian pengalaman sebenar Mag Malaya Ahmad dengan percampuran beliau dengan rakan2 berbangsa Cina dari negara2 lain, jelas menunjukkan penggunaan bahasa kebangsaan boleh menyatu padukan penduduk berbilang kaum...

Kerana mereka menggunakan dan mengutamakan bahasa kebangsaan yang sama dalam kehidupan seharian mereka, maka pergeseran antara kaum dapat di elakkan...

Tapi bagi di Malaysia, kesan pendidikan yang di perkenalkan oleh penjajah telah menyebabkan ujudnya ruang di antara kaum...


Kemuncak dari keujudan ruang antara kaum ialah tragedi berdarah 13 May 1969...


Ekoran itu Dasar Pendidikan Kebangsaan di berikan 3 tumpuan utama bagi mengelakkan tragedi yang sama berulang kembali...


Dengan menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang dapar menyatu padukan pelbagai bangsa di Malaysia...

Mengapa Sistem Pendidikan UEC Tidak Di Iktiraf

Medium pengajaran utama subjek untuk UEC adalah dalam bahasa Cina dan hanya ada satu subjek BM di sertakan (untuk cukup syarat dan lebih mudah dari BM/SPM).

Maka dengan sendirinya, sistem pendidikan kita akan melahirkan generasi yang prejudis dan cauvanis akibat ruang antara kaum di buka semula kerana setiap kaum hanya menggunakan bahasa ibunda masing2 dan kesampingkan bahasa perpaduan iaitu bahasa kebangsaan...

Jika UEC Di Iktiraf, Apa Kesannya

Kita akan jadi ada dua sijil yang langsung tidak selaras...

Pelajar yang ambil UEC tidak perlu lagi ambil SPM dan mengikuti silibus yang sama dengan pelajar Malaysia yang lain.

UEC di laksanakan di sekolah2 persendirian Cina yang berpopulasi majoriti besar 99% pelajar kaum Cina yang AMAT kurang pendedahan komunikasi dengan pelajar dari kaum lain...

Mengiktiraf UEC bermakna kita akan melahirkan generasi kaum Cina yang semakin terpisah daripada idea asimilasi dan pergaulan antara kaum dan kita akan menambahkan jarak hubungan antara kaum, sekaligus meletakkan angan2 Bangsa Malaysia itu jauh sekali di langit yang ketujuh...

Selain itu ialah kesan domino, selepas pengiktirafan UEC, sekolah2 SJKC yang semakin bertambah ini (yang menggunakan medium bahasa Cina) tidak mustahil untuk menukarkan silibus mereka daripada silibus kebangsaan kepada silabus UEC...

Selepas UEC diiktiraf dan bahasa mandarin digunakan meluas, apakah lagi alasan supaya bahasa Cina tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara Malaysia???

Inilah yang diperjuangkan oleh Dong Zong sejak pra kemerdekaan lagi...

Timbalan Menteri Pendidikan terkini adalah dari DAP dan dia sudahpun di desak oleh MCA hari ini untuk melaksanakan janjinya (dalam manifesto) untuk minta Malaysia iktiraf UEC dalam masa 30 hari...

Dengan pendirian perdana menteri yang endah tak endah, inilah peluang terbaik mereka untuk menjayakan idea ini...

Jika anda rasa saya tidak cukup kredibiliti, sila rujuk Prof Dato Teo Kok Seong, seorang Profesor dan seorang Cina...

Kesimpulannya, bukan pihak yang tidak mengiktiraf UEC tu rasis tetapi pihak yang memperjuangkan UEC tu sebenarnya yang rasis!!!

0 comments:

fda

Archives