Friday, July 27, 2018

KASUT HITAM Ibarat 'One Stone Kill All Birds' Oleh Menteri Pendidikan!!!

KASUT HITAM PENYELESAIAN DR. MAZLEE PADA SEMUA MASAALAH BERKAITAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Siswazah Terpaksa Jadi Pencuci Lantai

Nur Haklimatun
Nur Halimatun Ab. Mueei, 25, terpaksa bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah dewan makan asrama...

Beliau yang merupakan gra­du­an ISMP Pengajian Malaysia dengan Pendidikan UPSI...

Saya terpaksa mendapatkan apa sahaja pekerjaan untuk membantu keluarga, terutamanya adik2  yang masih bersekolah, kata anak sulung daripada tujuh beradik itu...

Apa penyelesaian dari Menteri Pendidikan!!!



KASUT HITAM...😂😂😂

Siswazah Terpaksa Jadi Pekerja Pembersihan Di Singapura


Muhammad Adlan

Muhammad Adlan Noor Khafiz, 25, seorang graduan pendidikan sanggup berkelana ke Singapura demi mendapatkan pekerjaan bagi menampung kehidupan selepas gagal dalam temuduga untuk menjadi guru...

Dia nekad untuk be­kerja di Singapura sebagai pekerja pem­bersihan...

Adlan ialah peme­gang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Pendidikan Moral dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)...

Apa penyelesaian dari Menteri Pendidikan!!!



KASUT HITAM...😂😂😂

Siswazah Terpaksa Menoreh Getah

Seorang graduan, Mohd. Idzham Md. Nor, 25, pula memilih untuk memban­tu bapanya sebagai penoreh getah sementara me­nunggu keputusan penempatan... 


Namun, agak malang baginya kerana harga getah yang jatuh teruk kini menyebabkan pendapatannya semakin berkurangan...


"Sedih juga kerana selepas graduasi, saya tidak pernah mendapat panggilan temuduga, apatah lagi saya sebagai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) perlu membayar pinjaman," katanya...


Apa penyelesaian dari Menteri Pendidikan!!!


KASUT HITAM...😂😂😂

Kementerian Pendidikan Kata Sekiranya Gagal Bayar PTPTN, Tindakan Isytihar Bankrap Lebih Bertimbangrasa



Kerajaan akan mengisytiharkan bankrap kepada rakyat Malaysia yang gagal membayar semula pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum tindakan menyenarai hitamkan mereka dan di halang meninggalkan negara...

Berdasarkan kebebasan rakyat maka nama peminjam tidak akan di senarai hitamkan sahingga mereka di gelar muflis...

Timbalan Menteri Pelajaran, Teo Nie Ching berkata janji Pakatan Harapan (PH) menarik larangan sekatan perjalanan pemimjam adalah berdasarkan kepercayaannya bahawa setiap warganegara mempunyai hak untuk menikmati kebebasan...

Rasa2nyalah, siswazah mcm Nur Haklimatun, Muhammad Adlan, Mohd. Idzham dan beribu siswazah yg teraba2 cari kerja tu, dia orang ada duit ker nak melancong @ bercuti ke luar negara...

Elok2 ada kerja sementara, bila dah di isytihar muflis dah kena berhenti kerja...


Bila muflis, akaun bank dah tak boleh buka...


Mana ada majikan yang bayar gaji cara tunai sekarang nie...


Siswazah mcm dia org tu, tak kesah pun kalau nama senarai hitam dan tak boleh ke luar negara!!!


Apa penyelesaian dari Menteri Pendidikan!!!




KASUT HITAM...😂😂😂

Guru Dukalara Dan Guru Murung


Isu Guru Murung


Antara penyebab yg beri tekanan pada guru2 yg mengajar di bandar2 besar datangnya dari bebanan kerja, sikap ibubapa pelajar dan juga tekanan dan himpitan kos sara hidup di bandar2 besar...


Keadaan nie menjadi semakin serius dan kalau tak di selesaikan segera akan menjejaskan kualiti pendidikan murid2...


Kementerian Pendidikan di katakan mengambil maklum dan mengakui masalah kemurungan yang kini serius di alami oleh para guru yang bertugas di bandar-bandar besar...


Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, "bagi kementerian kaji dahulu, memang saya tahu dan sedar tentang isu ini"...


Isu Guru Duka Lara




Tu cerita di bandar besar tapi bagi yg bertugas di pendalaman pula terutamanya yg terpisah dgn anak dan isteri juga memberikan tekanan pd guru2 dlm menjalankan tugas harian mereka...

Masa bawah pemerintahan kerajaan BN, mantan Menteri Pendidikan dah berjaya menyelesaikan 16,000 permohonan dari 30,000 permohonan yang di terima...


Menteri Pendidikan bawah kerajaan PH pula macam mana...


Takkan tak sampai separuh lagi permohonan tak boleh selesaikan!!!


Apa penyelesaian dari Menteri Pendidikan!!!




KASUT HITAM...😂😂😂


Apa relevannya menukarkan kasut sekolah putih ke kasut sekolah hitam dengan masaalah2 di atas...

Kalau omputeh ada ONE STONE KILL TWO BIRDS tapi Menteri Kasut Hitam kita ada ONE STONE KILL ALL THE BIRDS!!!

0 comments:

fda

Archives