Saturday, January 5, 2019

Skim Insuran Kesihatan Kerajaan Pakatan Menguntungkan Siapa Sebenarnya


Kita menyambut baik pengumuman Menteri Kewangan mengenai dana sebanyak RM2 billion untuk Skim Insuran Kesihatan bagi penyakit kronik untuk golongan B40...


Namun pada masa yang sama, rakyat agak terkejut bila kerajaan Pakatan merancang untuk menutup Klinik Rakyat 1Malaysia...

Memandangkan wang rakyat yang  akan di gunakan sangat besar untuk melaksanakan skim insuran kesihatan tersebut, ada beberapa kemusykilan yang perlu di jelaskan oleh Menteri Kewangan berkenaan hal ini :



1) Bunyinya sangat menarik kerana skim insuran ini adalah percuma kepada rakyat...

Maksudnya kerajaan yang akan membayar premium ini kepada syarikat insuran ini...

Persoalannya, syarikat insuran mana yang dapat kontrak ini?

Adakah syarikat kroni?

Atau open tender?

Jumlah RM2 billion itu banyak, mungkin lebih baik Kerajaan kekalkan Klinik Rakyat 1Malaysia yang lebih ramai rakyat memerlukan atau menambah baik hospital2 kerajaan sedia ada untuk memberi khidmat kesihatan secara terus dan langsung kepada rakyat daripada membayar syarikat insuran berbillion untuk beri perkhidmatan kesihatan secara tidak langsung kepada rakyat yang mungkin banyak ketirisan...

2) Adakah skim ini benar untuk B40 ataupun untuk kroni?

Siapa yang sebenarnya yang akan mendapat  keuntungan dari skim ini?



Sumber :

Fb Isham Jalil

0 comments:

fda

Archives