Saturday, January 12, 2019

Fatwa Kerajaan PH : Hina YDP Agong 'Halal', Usik 'Kerabat PH Dan DAP' HARAM

Bila 'KERABAT PH' Di Kritik, Perintah Tangkapan WAJIB Di Keluarkan


Pada pukul 2.00 petang, 10 Januari 2019 (Khamis) Dato' Lokman di minta hadir ke JSJ Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung satu video live bertajuk : Kerajaan PH Cuba Melindungi Pembunuh Muhammad Adib

Setelah selesai, Dato' Lokman Adam telah di beritahu bahawa beliau perlu di tahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan...

Beliau akur dengan penahanan tersebut dan berjanji akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak PDRM bagi membantu siasatan...

Susulan dari penahanan tersebut beliau telah di bawa ke beberapa tempat dan beberapa individu turut di soal oleh pihak PDRM dengan bertujuan untuk melengkapkan kertas siasatan...

Pada sekitar jam 10.00 malam, beliau telah di bawa ke IPD Dang Wangi dan di arahkan bermalam di lokap IPD Dang Wangi...


Dato' Lokman membuat live pada 1 Januari 2019, dan kerajaan Pakatan cuma memerlukan 10 hari untuk mengarahkan PDRM mengambil tindakan terhadap Dato' Lokman...

Dalam video yang berdurasi 5.02 minit tu, Dato' Lokman mengkritik beberapa 'KERABAT PH', antaranya 'Tengku' Dr. Mahathir, 'Tengku' Muhyiddin, 'Tengku' Waythamoorty dan 'Tengku' Tommy Thomas...

Bila kaum 'KERABAT PH' di kritik maka 'titah' pun di keluarkan untuk menangkap Dato' Lokman!!!

Bila SPB YDP Agong Di Fitnah, 'KERABAT PH' Tak Rasa Gundah Gelana


Bila 'Tengku' Kadir Jasin dengan jelas mengkritik malah ada unsur ugutan dan hasutan supaya mengkaji semula peranan SPB YDP Agong dan Institusi Raja2 dalam tulisan beliau pada 27 May 2018 dalam Sinar Harian yang bertajuk Masukkan Institusi Raja Raja Dalam Reformasi tiada sebarang tindakan di ambil hingga sekarang...

Tidak cukup menghasut dan mengugut Institusi Raja Raja, 'Tengku' Kadir Jasin sekali lagi dengan biadab telah menghina SPB YDP Agong tulisan beliau yang menuduh kononnya mantan SPB YDP Sultan Muhammad V telah membelanjakan sebanyak RM 257 juta sejak 16 bulan di tabalkan sebagai YDP Agong...


Kalau nak kata 'KERABAT PH' terlepas pandang dalam kes menghina SPB YDP Agong, rasanya sangat2 tak masuk akal sebab selain dari 'Tengku' Kadir Jasin yang di lihat seronok mengeluarkan kenyataan2 menghina SPB YDP Agong, seorang lagi 'KERABAT PH', 'Tengku' Hishamudin Rais juga tak ketinggalan seronok melakukan aktiviti yang sama, malah dengan cara yang jauh lebih biadab!!!

Dan beliau masih lagi bebas dari di ambil sebarang tindakan!!!




Di sebabkan sikap menutup sebelah mata, aktiviti menghina SPB YDP Agong dan Institusi Raja Raja semakin berleluasa...

Cina, India malah Benggali pun turut sama rasa 'seronok' menghina SPB YDP Agong tanpa sedikit pun rasa bersalah...

Sebab apa?

Asalkan ada ayat yang menyokong 'Institusi Beraja Di Mata, Bersultan Di Hati Pakatan Harapan' maka segala2nya menjadi halal dan suci...

Tapi kalau mereka keluarkan ayat2 bukan menghina tapi cukup sekadar mengkritik 'KERABAT PH' maka atas titah perintah, tunggulah PDRM datang kutip!!!

Dato' Lokman Pejuang Sejati Yang Tidak Akan Tunduk Dalam Menegakkan Keadilan


Jika penahanan tersebut berniat melemahkan semangat Dato' Lokman, 'KERABAT PH' silap kerana pemimpin seperti Dato' Lokman tidak akan mudah tunduk dalam perjuangan beliau...

Meminjam kata2 beliau :

"Jika penahanan ini adalah harga yang perlu di bayar untuk menegakkan keadilan buat Wira Negara yang terkorban semasa bertugas dalam menjaga keamanan negara, saya akur dengan apa yang terjadi"... 

"Doakan saya!!!"

Dato' Lokman di tahan PDRM kerana memperjuangkan keadilan demi untuk kebaikan kita semua...

Mari kita sama2 mendoakan muga Allah swt akan permudahkan serta memberi kekuatan kepada Dato' Lokman dalam perjuangan beliau menegakkan keadilan...

0 comments:

fda

Archives