Wednesday, January 30, 2019

AG Tomato Benyek Di Perbodoh Bar Council


Pasukan peguam mewakili empat bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang di siasat oleh Tribunal Pilihan Raya hari ini berhubung dakwaan salah laku ketika mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, sedang mempertimbang untuk menyaman peguam negara, Tommy Thomas...

Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata tindakan itu adalah kerana penubuhan serta persidangan tribunal itu tidak perlu di teruskan memandangkan Tommy Thomas mengetahui anak guamnya telah menghantar surat perletakan jawatan sekitar November 2018 dan perletakan jawatan itu berkuatkuasa pada 1 Jan 2019...

Beliau turut menyifatkan penubuhan dan persidangan tribunal itu sebagai suatu pembaziran terhadap peruntukan perbelanjaan negara.


Pengerusi Tribunal Khas Pilihanraya, Tan Sri Steve Shim, mengatakan ada 'two terms of reference' yang di bangkitkan iaitu :

》Untuk mengenal pasti jika ada berlaku salah laku (oleh bekas anggota SPR pada PRU14)...

》Menyingkirkan mereka (daripada SPR)...

Bagaimanapun, dalam hal ini, anak2 guam saya telah meletakkan jawatan maka kedua2 'terms of reference' tidak terpakai...

"Keadaan mungkin berbeza jika tribunal ini bersidang sebelum 1 Januari 2019"... 

"Tujuan tribunal hanya satu iaitu untuk tamatkan khidmat mereka, namun, orang dah letak jawatan tidak boleh di pecat" katanya kepada pemberita selepas persidangan tribunal itu di Kompleks Mahkamah di Klang, hari ini...

Kata beliau, "Jika sekalipun anak guamnya masih berkhidmat dengan SPR, mereka mempunyai imuniti seperti mana yang tertakluk di bawah Seksyen 6 Akta SPR 1957 daripada di dakwa di mahkamah berkaitan salah laku melainkan ia hanya di bangkitkan menerusi tribunal seperti itu"...



Di sebabkan itu, menurut Mohd Khairul Azam, persidangan tribunal itu selepas anak guamnya meletakkan jawatan di sifatkan sebagai suatu kekhilafan di buat oleh Tommy Thomas dan beliau sepatutnya bertanggungjawab ke atas segala kos yang di belanjakan bagi menjalankan tribunal itu...

Terdahulu, peguam M. Puravalen dari Badan Peguam yang membantu 5 anggota tribunal itu berkata dapatan daripada tribunal tersebut yang di tubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh 6 anggota SPR terbabit semasa penyediaan dan pengendalian PRU14 tahun lepas, berkemungkinan di tafsir sebagai 'akademik' memandangkan ke semua mereka telah meletak jawatan...

Kronologi Penubuhan Tribunal Pilihanraya



Kronologi penubuhan Tribunal Pilihanraya yang terdiri dari hakim2 Mahkamah Persekutuan iaitu Steve Shim Lip Kiong (Pengerusi Tribunal), Zaleha Zahari,  Suriyadi Halim Omar, Jeffrey Tan Kok Wha dan Dr Prasad Sandosham Abraham dan mereka telah di lantik oleh Yang Di Pertuan Agong mengikut Perkara 114(3), 125(3) dan 125(4) Perlembagaan Persekutuan...

》SPR yang kendalikan PRU 14...

》BERSIH mengadu kepada Perdana Menteri bahawa wujud salah laku di pihak SPR ketika mengendalikan PRU 14...

》Perdana Menteri minitkan surat aduan BERSIH berkenaan kepada Peguam Negara (AG)...

》Peguam Negara (AG) menasihatkan Perdana Menteri untuk menubuhkan Tribunal Khas bagi memecat anggota SPR...

》Peguam Negara (AG) MERAHSIAKAN dari pengetahuan Perdana Menteri bahawa ke semua anggota SPR berkenaan telah meletakkan jawatan...

》Peguam Negara (AG) membiarkan Perdana Menteri mengadap Timbalan YDPA dan mempersembahkan representasi kepada Timbalan YDPA bahawa satu Tribunal Khas perlu di wujud kan untuk menyiasat salah laku dan jika benar wujud salah laku berkenaan maka kesemua 6 anggota SPR berkenaan harus di pecat...

》Selepas Perdana Menteri menasihati Timbalan YDPA untuk menubuhkan tribunal ini, Timbalan YDPA telah berkenan untuk bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri...

》Peguam Negara (AG) masih MERAHSIAKAN dari pengetahuan Perdana Menteri bahawa ke semua 6 orang Anggota berkenaan telah meletakkan jawatan...

》Peguam Negara (AG) GAGAL menasihatkan Perdana Menteri bahawa tribunal tidak boleh memecat mereka yang telah meletakkan jawatan...

Tribunal yang di tubuhkan di bawah Perkara 125(3) hanya mempunyai 1 kuasa iaitu kuasa memecat...

DI BAWAH PRINSIP RULE OF LAW, SESEORANG YANG TELAH MELETAKKAN JAWATAN TIDAK LAGI BOLEH DI PECAT!!!

DISEBABKAN TRIBUNAL INI TIDAK LAGI BOLEH MEMECAT JADI TIADA ASAS UNDANG2 UNTUK TRIBUNAL INI MENYIASAT SEBARANG ADUAN SALAH LAKU KERANA IANYA MEMBUANG MASA TRIBUNAL KERANA AKHIRNYA TAK BOLEH PECAT ORANG YANG TELAH MELETAK JAWATAN!!!

Peguam Negara (AG) sekali lagi GAGAL menjalankan tugas perlembagaan beliau untuk menasihati Timbalan YDPA dan memaklumkan kepada baginda bahawa sebenarnya pada tarikh perkenan tuanku itu, kesemua Anggota SPR berkenaan telah meletakkan jawatan...

Pertama Kali Dalam Sejarah Perundangan Malaysia, Tribunal Khas Di Tubuhkan Untuk MEMECAT Orang Yang Telah Letak Jawatan!!!


Sewaktu Tribunal Khas 5 orang bekas Hakim Mahkamah Persekutuan bersidang, pengerusi Tribunal, Tan Sri Steve Shim, membangkitkan pertanyaan kepada wakil Peguam Negara yang di wakili peguam kanan, M. Puravalen, bahawa panel di fahamkan kesemua 6 orang responden telah meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 Januari 2019 dan sama ada tribunal ini masih relevan...

Peguam M. Puruvalen bangun dan menyatakan bahawa terma rujukan yang di nyatakan telah menjadi akademik dan sememangnya TRIBUNAL INI TIDAK BOLEH DI TERUSKAN...

Peguam2 yang mewakili kesemua responden juga bangun dan turut menghujahkan bahawa tribunal ini tidak lagi boleh berfungsi mengikut terma rujukan...

Hakim2 yang menganggotai tribunal berkali2 bertanya kepada wakil Peguam Negara (AG) di dalam mahkamah "THEN WHY WE ARE HERE?"

Peguam M. Puruvalen dengan penuh kesipuan memohon maaf berkali2 kepada panel kerana telah membazirkan masa banyak pihak...

Mahkamah di tangguhkan jam 12 tengahari dan satu tarikh lain akan di tetapkan untuk keputusan...


Jika Peguam Negara (AG) menasihatkan Perdana Menteri dan Timbalan YDPA dan tidak menyembunyikan maklumat ini dari pengetahuan Perdana Menteri dan Timbalan YDPA maka besar kemungkinan tidak wujud KESIPUAN pada hari Persidangan Tribunal seperti yang telah berlaku...

Perjalanan Tribunal yang di anggota 5 orang Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan (Mahkamah tertinggi negara) telah berlangsung dengan keadaan penuh kesipuan kerana masing2 memahami bahawa prosiding ini adalah hasil dari KECUAIAN DAN KESILAPAN PEGUAM NEGARA (AG) yang gagal menjalankan tugas beliau...

Di sebabkan itu, yang melakukan salah laku sekarang adalah Peguam Negara (AG) dan suatu Tribunal Khas perlu di bentuk di bawah Perkara 125(3) Perlembagaan untuk memecat Peguam Negara (AG)...






Kredit :

》Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
0129770412


》https://m.malaysiakini.com/news/462042

0 comments:

fda

Archives