Friday, April 17, 2020

Keghairahan Dan Kegelojohan Anwar Untuk Jadi PM Tidak Pernah Berubah

|0 comments

Keghairahan dan kegelojohan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan terpadam selagi dia masih bernyawa.

Berkali-kali rakyat suarakan rasa tidak senang dengan perangai Anwar dan Pakatan Harapan yang sering mengganggu fokus kerajaan untuk menangani wabak Covid-19, tapi tetap tidak diambil peduli.

Pakatan Harapan tetap mempolitikkan setiap tindakan yang kerajaan ambil dalam menangani wabak Covid-19.

Tidak mendapat perhatian dari setiap tindakan mereka, Anwar membuat keputusan untuk bertemu Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin, kononnya untuk membincangkan masaalah Covid-19 yang sedang dihadapi (BACA DI SINI).

Selepas pertemuan tersebut, Anwar memuatnaik status di dalam Facebook (BACA DI SINI) beliau mengenai perkara yang dibincangkan bersama Perdana Menteri :


》Menyatakan penghargaan kepada beberapa jentera kerajaan, NGO dan masyarakat yang bersama-sama berusaha menangani masaalah wabak Covid-19.

- Baguslah kalau ucapan penghargaan itu ikhlas, cuma admin hendak tanya apa pula peranan yang telah dimainkan oleh Pakatan Harapan dalam masaalah Covid-19?

Betullah, Pakatan Harapan ada turut sama memberikan bantuan makanan kepada rakyat tapi apakah setakat itu sahaja yang Pakatan Harapan mampu lakukan?

Kalau begitu, jelas kepada kita, level Pakatan Harapan sama seperti level NGO sahaja.


》Anwar dakwa beliau juga meminta supaya sumber penyampaian maklumat yang telus dan keupayaan ujian dipertingkatkan.

- Bagi admin, yang ini memang lawak.

Apakah selama arahan PKP diadakan sejak 18 Mac 2020 yang lalu, Anwar tidak pernah mengikuti sidang media Menteri Kanan kluster Keselamatan, DS Ismail Sabri dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang diadakan setiap hari pukul 2.00 petang dan 5.00 petang?

Setiap hari maklumat terkini dikemaskini kepada rakyat dan maklumat yang sama (keadaan Covid-19), akan dihantar kepada WHO.

Tidak cukup dengan itu, MKN dan CPRC Kementerian Kesihatan turut memuatnaik setiap perkembangan Covid-19 dan keputusan-keputusan kerajaan mengenai arahan PKP untuk makluman rakyat.

Hendak telus macam mana lagi...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Mengenai peningkatan keupayaan ujian, Dr. Noor Hisham sudah maklumkan yang menjadi kekangan ialah bilangan makmal dan proses mendapatkan keputusan yang mengambil masa yang agak panjang.

Bagaimana pun, Kementerian Kesihatan sudah mengambil langkah untuk menambahkan lagi jumlah makmal ujian yang sedia ada dan mengubah kaedah saringan supaya yang benar-benar diysaki mempunyai virus Covid-19 sahaja akan dibuat ujian lanjut.

Terkini maksima kapasiti ujian yang mampu dilakukan oleh Kementerian Kesihatan sudah sampai tahap 15,000 ujian setiap hari dan ianya adalah antara yang terbaik di Asia kalau pun tidak di dunia.

Tidak tahulah kalau Pakatan Harapan ada cadangan lain untuk menambah baik kapasiti ujian tersebut, bukankah diwar-warkan, mantan Menteri Kesihatan Pakatan Harapan, Dr. Dzulkifli adalah orang yang paling sesuai dan layak mengetuai pasukan Covid-19 negara dan terbukti bila beliau mengetuai pasukan Covid-19 Selangor, negeri Selangor adalah negeri yang paling banyak mempunyai kes Covid-19...😂😂😂

Biar Gambar Berbicara

》Anwar juga menyatakan beliau menyambut baik Pakej Rangsangan Ekonomi yang kerajaan umumkan dan tidak mahu ianya dipolitikkan di peringkat akar umbi...😂😂😂

- Admin 'kagum' dengan kenyataan Anwar ini.

Cuma admin hendak tanya, siapa sebenarnya yang mempolitikkan Pakej Rangsangan Ekonomi ini?

Bukankah Pakatan Harapan sendiri yang mendakwa, dana RM250 bilion itu adalah hasil dari usaha dan perbelanjaan jimat cermat Pakatan Harapan semasa menjadi kerajaan selama 22 bulan dahulu?

Hebat sungguh Pakatan Harapan menipu dan mempolitikkan isu ini!!!

Bukankah Pakatan Harapan juga yang menyalak siang malam, pagi petang meminta supaya sidang Parlimen khas diadakan untuk memperincikan Pakej Rangsangan Ekonomi ini?

Buat kata TS Annuar Musa, kalau rumah terbakar, takkan hendak mesyuarat dahulu baru hendak panggil Bomba...😂😂😂


》Terakhir sekali, baharulah Anwar menyatakan niat sebenar beliau bertemu Muhyiddin, mahu sidang Parlimen diadakan...😛😛😛

- Tujuannya supaya dapat dilakukan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dengan harapan undi tersebut berjaya dan dapatlah mereka kembali menguasai Putrajaya.

Itulah sebenarnya nawaitu Anwar bertemu Muhyiddin.

Anwar tidak peduli sama ada pada pertengahan Mei nanti wabak Covid-19 sudah dapat dibendung atau tidak.

Anwar tidak peduli apa-apa pun, yang penting beliau dapat membuka peluang untuk menjadi Perdana Menteri.

Sikap Anwar makin terserlah, bila di hadapan Muhyiddin, Anwar seakan-akan setuju sekiranya sidang Parlimen ditangguhkan sehingga wabak Covid-19 benar-benar dapat dikawal tetapi bila bersama-sama dengan pemimpin Pakatan Harapan, Anwar keluarkan pula kenyataan mendesak supaya sidang parlimen diadakan (BACA DI SINI).

Rupa-rupanya, bukan Dr. Mahathir sahaja yang ada rekod lidah bercabang, Anwar pun sama nampaknya lidah bercabang dan mungkin lebih banyak cabangnya dari Dr. Mahathir dan kegelojohan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan terpadam selagi beliau masih bernafas!!!

Thursday, April 16, 2020

Fitnah 1MDB PH Terhadap DS Najib Di Jawab Sendiri Oleh DOJ Amerika Syarikat

|0 comments

Selepas Kerajaan Pakatan Harapan tumbang, baharu Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat pulangkan duit USD300 juta.

Kenapa?

Kerana baharu mereka sedar dan terdedah bahawa banyak tuduhan ke atas 1MBD adalah palsu dan fitnah belaka.

Ini menjawab dakwaan Dr. Mahathir bahawa beliau tidak boleh berkerjasama dengan DS Najib kerana kononnya berpegang pada prinsip...😉😉😉

Kepada penjilat tegar Dr. Mahathir yang masih lagi mengharapkan kebenaran cerita DS Najib terlibat secara langsung dalam skandal 1MDB, hadamkan penjelasan dari DS Najib.

Media Singapura melaporkan bahawa hubungan antara kerajaan Pakatan Harapan dengan DOJ Amerika Syarikat sudah merosot sebelum Kerajaan Gagalkrasi Pakatan Harapan tumbang.


Berita ini juga dilaporkan dalam beberapa media tempatan.

Antara sebab utama kenapa hubungan menjadi teruk ialah kerana Gagalkrasi Pakatan Harapan tolak sekali lagi perjanjian penyelesaian IPIC untuk membayar balik semua wang yang didakwa hilang dari 1MDB.

Ini adalah kali kedua, Kerajaan Gagalkrasi Pakatan Harapan tolak penyelesaian dari IPIC setelah mereka batalkan perjanjian asal yang diselesaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada awal tahun 2017, di mana IPIC berjanji membayar balik sebelum 30 Disember 2020.

Kali ini perjanjian penyelesaian kedua disyorkan oleh DOJ kerana memang benar bahawa IPIC telah menjamin sebanyak US$6.5 bilion (RM28 bilion) dana 1MDB, termasuk bon yang diterbitkan 1MDB serta unit-unit BSI yang Pakatan Harapan tuduh tidak bernilai.

Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi.

Siapa yang ikut penulisan serta perbahasan saya sejak PRU 14 akan tahu bahawa saya konsisten dengan fakta ini.

Dan kenapa Pakatan Harapan dua kali menolak untuk dibayar balik semua wang yang didakwa hilang?


Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka Najib tak rompak apa-apa.

Itu bercanggah dengan propaganda dan fitnah Pakatan Harapan.

Merugikan negara dan merosakkan hubungan Malaysia dengan negara-negara lain itu tak apa, asalkan Najib kena dan terus dicop perompak dan penyamun.

Sebab itu, Pakatan Harapan tolak penyelesaian itu dua kali.

Ini penjelasan saya dari dulu lagi (BACA DI SINI).

Saya konsisten.

Tonton video 11 Nov 2018 ini, apabila saya tanya tentang perjanjian itu dalam Parlimen.

Tidak seorang dari Pakatan Harapan berani sangkal saya.

Semua terdiam, termasuk Jelutong dan Guan Eng yang ada dalam dewan masa itu (TONTON DI SINI).

Dan ini apa yang kita dapat dengan 1MDB (BACA DI SINI).

Ada juga yang tanya kenapa saya tidak jelaskan ini sebelum PRU14.

Tapi patutkah saya sebagai Perdana Menteri dedahkan secara umum masa itu bahawa pegawai-pegawai tertinggi kerajaan negara lain yang bersalah sedangkan keutamaan saya ialah untuk memelihara hubungan diplomatik negara serta medapat kembali semua wang yang didakwa hilang?

Saya telah tunggu 2 hari untuk pemimpin Pakatan Harapan serta bekas peguam negara dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM lantikan politik Pakatan Harapan untuk menafikan artikel minggu lepas ini tapi sehingga kini mereka pilih untuk kunci mulut (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Kalau Pakatan Harapan mengunci mulut, mungkin Dr. Mahathir boleh menjawab apa yang didakwa oleh media Singapura tersebut.

Sekurang-kurangnya suruhlah hantu raya belaan Dr. Mahathir dari Sarawak Report tu jawab...🤭🤭🤭

Dan kepada penjilat-penjilat tegar Dr. Mahathir, telitikanlah dengan mendalam tentang isu 1MDB ini.

Segala penjelasan dari DS Najib, beliau kemukakan dengan fakta dan data yang lengkap tapi pernahkah dakwaan yang keluar dari Dr. Mahathir and The Gang dulu kemukakan bukti dan fakta yang sahih?

Kalau masih lagi tidak boleh hadam, teruskanlah menjilat Dr. Mahathir dan duduk dalam gua tu dendiam.



Sumber :

Fb Salahuddin Hisham

Wednesday, April 15, 2020

Pakatan Harapan Akan Menghadapi Masaalah Yang Besar Selepas Wabak Covid-19 Selesai

|0 comments

Sebaik sahaja Kerajaan Pakatan Harapan tumbang akibat dari sikap rakus dan tamakkan kuasa pemimpin-pemimpin utama mereka, kerajaan baharu di bawah pimpinan TS Muhyiddin menghadapi tugas yang amat berat untuk menangani wabak Covid-19 yang telah diisytiharkan sebagai wabak epidemik dan pendemik dunia.


Sikap sambil lewa Kerajaan Pakatan Harapan telah membuka pintu penularan Covid-19.

Walau pun pemimpin Pakatan Harapan cuba sedaya upaya menuding jari dan meletakkan kesalahan tersebut pada kerajaan baharu, namun rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Menyedari situasi itu, pemimpin Pakatan Harapan cuba pula untuk menghasut rakyat dengan menggelar kerajaan baharu adalah kerajaan pintu belakang yang tidak sah.

Namun dakwaan Pakatan Harapan disambut sinis oleh rakyat.


Hasutan Pakatan Harapan terhenti bila DYMM Sultan Selangor bertitah bahawa kerajaan baharu yang ditubuhkan adalah kerajaan yabg sah mengikut Perlembagaan Malaysia dan baginda mahu segala tohmahan mengenai wujudnya kerajaan pintu belakang dihentikan segera.

Tidak pasti sama ada Pakatan Harapan memang tidak pandai berpolitik atau kewarasan mereka telah dibutakan dengan dendam kejatuhan mereka.

Di saat rakyat mula resah dan bimbang dengan penularan Covid-19, Pakatan Harapan tetap sibuk bermain politik sehingga rakyat menjadi semakin mual dengan cara Pakatan Harapan.

Gagal menghasut rakyat mengenai kewujudan kerajaan pintu belakang, Pakatan Harapan menumpukan pula serangan mereka pada setiap usaha yang kerajaan baharu lakukan untuk membantu rakyat dalam menghadapi Covid-19.


Fana RM250 bilion yang kerajaan umumkan sebagai Pakej Rangsangan Ekonomi Khas Covid-19 dikritik hebat.

Pakatan Harapan mendesak supaya sidang parlimen khas diadakan untuk membentangkan dana RM250 bilion itu supaya tidak berlaku ketirisan kononnya.

Sebenarnya bukan dana RM250 bilion yang mahu dibahaskan oleh Pakatan Harapan tetapi sedaya upaya mereka mahu kembali berkuasa dengan cuba membuat undi tidak percaya di parlimen (BACA DI SINI).


Namun ketirisan yang kononnya dikhuatiri akan berlaku oleh Pakatan Harapan dijawab oleh Allah SWT dengan terbongkarnya kehilangan duit tunai RM250,000 Syed Saddiq mantan Menteri Belia dan Sukan di era Pakatan Harapan (BACA DI SINI).

Pakatan Harapan sedar, semakin lama kerajaan baharu memerintah, maka harapan mereka untuk kembali ke Putrajaya akan menjadi semakin sukar malah tidak keterlaluan kalau dikatakan hanya akan menjadi angan-angan.

Dalam usia kerajaan baharu yang baru menjangkau sebulan setengah, barisan menteri kabinet yang dilantik telah menunjukkan prestasi kerja yang mengkagumkan.

Baik dari segi kerja berpasukan di dalam menangani Covid-19 hinggalah kepada menyelesaikan masaalah rakyat.

Walau pun beberapa pemimpin dan penyokong tegar Pakatan Harapan cuba mengkritik setiap tindakan yang diambil oleh kerajaan baharu dalam menghadapi Covid-19 dengan mendakwa kerajaan baharu lambat bertindak, gerak kerja tidak tersusun, namun melalui perbandingan data-data yang berkaitan dengan Covid-19, rakyat malah dunia dapat menyaksikan Malaysia adalah antara negara terbaik di dunia dalam menangani krisis Covid-19.


Malah mantan Menteri Kesihatan Pakatan Harapan, Dr. Dzulkifli yang dikatakan kononnya lebih berkebolehan dari Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba, untuk menangani Covid-19, beliau dan pasukan yang beliau ketuai telah gagal mengawal penularan Covid-19 di Selangor dan telah menjadikan Selangor menjadi negeri yang paling parah dijangkiti Covid-19!!!


Lebih mengujakan lagi, bila Menteri Wilayah Persekutuan, TS Annuar Musa membuat perancangan yang akan dapat menyelesaikan masaalah gelandangan di ibukota pasca Covid-19 bila mengumumkan, golongan gelandangan tidak lagi akan terbiar bila kementerian beliau akan berkerjasama dengan beberapa pihak terutamanya DBKL untuk menyediakan tempat tinggal dan perkerjaan untuk golongan gelandangan (BACA DI SINI).

Kita ternanti-nanti apa respon Khalid Samad mengenai pengumuman ini antara jasa Khalid Samad semasa menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan ialah menyalahgunakan penguatkuasa DBKL sebagai 'out rider' beliau dan yang tersohor ialah mahu menjual Kg. Baru.


Mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Pakatan Harapan, Fuziah Lynas, pula sekarang terjerat dengan fitnah kekecohan yang berlaku di Tambak Johor bila pihak PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) telah membuka kertas siasatan terhadap beliau di bawah Akta Hasutan dan telah merampas talipon serta Simkad beliau.

Admin hairan, bagaimana seorang Ahli Parlimen boleh membuat fitnah sebegitu di saat Malaysia dan Singapura sedang berbincang untuk menyelesaikan masaalah nasib 300,000 perkerja Malaysia di Singapura!!!

Bukankah itu akan memburukkan keadaan!!!

Tapi itulah sikap sebenar Pakatan Harapan, apa pun sanggup mereka lakukan demi untuk mendapat kredit politik supaya dapat dilihat sebagai hero.

Patutlah dahulu sewaktu Pakatan Harapan menjadi kerajaan, mereka bersungguh-sungguh mahu menghapuskan Akta Anti Berita Palsu dan mereka berjaya melakukannya.

Namun, sekiranya Fuziah Lynas disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan, berkemungkinan besar beliau akan hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen.

Serangan demi serangan, fitnah demi fitnah dilakukan oleh Pakatan Harapan terhadap usaha kerajaan baharu yang berganding bahu dengan rakyat dalam menangani Covid-19 dilihat menemui kegagalan.

Ini amat membimbangkan Pakatan Harapan kerana mereka sedar, dari sudut prestasi kerja, mereka tidak akan dapat menandingi barisan kabinet kerajaan baharu yang sebahagiannya adalah menteri dari UMNO yang berpengalaman.


Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin sendiri dilentur budaya kerja beliau oleh UMNO sebab itu beliau tidak merasa kekok untuk berkerja dengan pemimpin-pemimpin UMNO.

Pilihan yang ada pada Pakatan Harapan ialah menghilangkan fokus kabinet kerajaan baharu dari masaalah Covid-19 supaya keadaan menjadi tidak terkawal dan rakyat akan marah.

Namun, keadaan dan masa tidak menyebelahi mereka, kerana rakyat dilihat semakin yakin dengan kerajaan baharu

Ianya menjadi mimpi ngeri kepada Pakatan Harapan kerana mereka sedar, semakin lama keadaan ini dibiarkan, maka impian untuk kembali ke Putrajaya akan terkubur, malah tidak mustahil Pakatan Harapan akan terkubur sekali sebagaimana yang berlaku pada Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.

Pelakon dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat adalah pelakon yang sama berada dalam Pakatan Harapan sekarang dan sudah pasti skrip serta kesudahan ceritanya adalah sama, In Sya Allah dan Alhamdulillah.

Tuesday, April 14, 2020

Singapura Mungkir Janji, Malaysia Hadapi Risiko Gelombang Kluster Pekerja Singapura

|0 comments

Hampir 300,000 rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura akan kembali ke Malaysia ketika wabak Covid-19 semakin membarah di Singapura.

Ketika Malaysia mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia akan dikuatkuasakan bermula 18 Mac 2020, Singapura mengkritik dengan mengatakan ianya adalah tindakan yang ekstrem dan kawalan ini tidak akan mampu untuk bertahan lama.

Antara isu utama yang berbangkit dalam kritikan Singapura ialah mengenai 300,000 pekerja Malaysia yang berulang-alik dari Johor ke Singapura (BACA DI SINI).

Singapura berkeras mahu rakyat Malaysia dibenarkan bekerja.

Rundingan diadakan antara Menteri Kanan Kluster Keselamatan, DS Ismail Sabri rakan sejawatan beliau dari Singapura, Teo Chee Hean.

Beberapa syarat dan perjanjian telah dipersetujui antara Malaysis dan Singapura :


》Menyediakan tempat tinggal sementara dengan kemudahan asas.

》Insentif sehari SGD50 kerana berkerja di waktu berisiko tinggi.

》Setiap pekerja Malaysia yang mahu masuk semula ke Malaysia selepas waktu berkerja, mesti menjalani saringan kesihatan yang akan ditanggung oleh Kerajaan Singapura (BACA DI SINI).

Tetapi, sebaliknya yang berlaku bukan semua rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura diberi tempat tinggal sementara seperti yang dijanjikan.

Malah, dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Malay Mail bertarikh 31 Mac 2020, Menteri Sumber Manusia Singapura, Josephine Teo,  umumkan program penempatan sementara kepada pekerja Malaysia di Singapura tidak akan diteruskan (BACA DI SINI).

Kemudian, Singapura pula umumkan arahan PKP di negaranya (dikenali sebagai circuit breaker - CB) bermula 7 April 2020.

Apa nasib pekerja Malaysia?

Untuk terus menetap di Singapura pasti tidak mampu akan kerana mereka telah kehilangan sumber pendapatan akibat dari arahan PKP di Singapura.

Untuk mereka kembali ke Malaysia, ianya akan mendedahkan kepada ahli rumah mereka kepada jangkitan Covid-19 kerana mereka datang dari tempat wabak sedang merebak dsn mereka belum menjalani apa-apa saringan kesihatan.


Dalam satu kenyataan pada 6 April 2020, Ismail Sabri mengingatkan kembali kerajaan Singapura perjanjian asal yang telah dipersetujui (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor juga telah menguatkuasakan arahan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan perjanjian asal yang dipersetujui antara Malaysia dan Singapura (BACA DI SINI).


Tetapi pada 9 April 2020, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata tiada keperluan buat kerajaannya untuk mengadakan ujian saringan Covid-19 kepada pekerja Malaysia.

Menteri Kesihatan Singapura turut keluarkan kenyataan yang sama, tiada 'swab test' untuk pekerja asing (termasuk Malaysia) yang mahu keluar dari negara itu (BACA DI SINI).

Sikap berdolak dalih dan mungkir janji Kerajaan Singapura sangat-sangat dikesali dan ianya merisikokan keselamatan nyawa rakyat Malaysia.

Singapura sendiri yang asalnya beria mahu bertanggungjawab atas pekerja Malaysia (atas kepentingan ekonomi), kini mahu berlepas tangan?

Hormatilah perjanjian antara dua negara yang berjiran dan sudah lama bersahabat!!!

Demi untuk menyelamatkan pekerja Malaysia di Singapura, Kerajaan Malaysia membuat keputusan mereka yang didapati negatif Covid-19 dibenarkan pulang dan perlu melakukan kuarantin diri selama 14 hari di kediaman masing-masing dengan pemeriksaan berkala akan dijalankan oleh pasukan kesihatan.

In Sya Allah besok, admin akan jelaskan mengapa Kerajaan Malaysia mengambil sikap tegas dan keras terhadap Fuziah Lynas kerana menyebarkan berita palsu tentang kekecohan di Tambak Johor.

Monday, April 13, 2020

Sangat Menjijikkan Politik PKR, Ambil Kesempatan Dari Krisis Covid-19

|0 comments

Hampir satu dunia berperang dengan wabak Covid-19.

Rakyat, ahli politik kerajaan dan ahli politik pembangkang berganding bahu untuk pastikan rakyat dan negara menang dalam peperangan melawan musuh yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar ini.

Kenapa?

Kerana mereka sedar, semakin lama berperang dengan Covid-19, semakin bertambah bilangan kematian di kalangan rakyat.


Covid-19 tidak memilih bulu, sama ada mangsanya ialah ketua dalam kerajaan seperti Perdana Menteri Britsin, Boris Johnson (BACA DI SINI).


Atau pun doktor pakar yang melawan virus Covid-19 seperti Dr. Li Wenliang di China (BACA DI SINI).

Kehilangan mereka ini merupakan satu kerugian yang amat besar kepada negara kerana sekiranya mereka pergi, mereka akan membawa bersama-sama mereka ilmu dan kepakaran mereka.

Di samping itu, kerajaan-kerajaan yang sedang berperang dengan wabak Covid-19 ini juga sedar, semakin lama peperangan itu berlaku, semakin tinggi dana yang diperlukan dalam apa cara sekali pun.

Perut rakyat perlu diisi setiap hari sedangkan rakyat kehilangan sumber pendapatan kerana mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan negara masing-masing.


Pusat rawatan serta pusat kuarantin segera perlu dibina untuk menampung mangsa Covid-19 yang bertambah setiap hari dan ini perlukan dana yang bukan sedikit (BACA DI SINI).

Aktiviti ekonomi luar negara dan domestik yang menjana pendapatan kerajaan hampir lumpuh kerana walau pun ada permintaan, namun tiada siapa yang mahu atau rela keluar berkerja akibat bimbang dijangkiti virus pembunuh ini.

Atas kesedaran ini, rakyat, ahli politik kerajaan dan ahli politik pembangkang berganding bahu melawan wabak Covid-19 dan bagi ahli politik, kepentingan politik diketepikan dahulu kerana tiada maknanya mengambil alih kuasa pemerintahan ke atas sebuah negara yang berada di ambang kehancuran dari pelbagai sudut.


Tetapi keadaan yang berbeza dengan ahli dan parti politik pembangkang.

Dalam rakyat dan kerajaan sibuk melawan wabak Covid-19, pembangkang di Malaysia pula sibuk mempolitikkan apa juga isu, walau pun ianya berkaitan keputusan dan tindakan kerajaan menyelamatkan rakyat dan negara dari musnah dilanda wabak Covid-19.


Tersebar bagaimana parti PKR melalui Suara Keadilan menawarkan ganjaran kepada rakyat Malaysia untuk menghasilkan video klip pendek bagi tujuan menghasut rakyat Malaysia supaya menentang setiap usaha kerajaan memerangi wabak Covid-19 (BACA DI SINI).

Apakah PH dan PKR mahu menggagalkan usaha kerajaan menangani wabak Covid-19?

Tidakkah PKR fikir, apa akan terjadi kepada rakyat negara ini sekiranya kita gagal mengekang penularan wabak Covid-19?


Apakah PKR mahu, apa yang telah terjadi di Itali yang terpaksa menyerah kalah kepada virus Covid-19 (BACA DI SINI) dan melihat beribu-ribu kematian warga mereka berlaku di Malaysia?

Dari sikap PKR/Pakatan Harapan, sangat jelas bagi kita, apa yang menjadi keutamaan mereka ialah mendapatkan kuasa dengan apa cara sekali pun dan dengan apa pun bayarannya.

Bagi PKR/PH, rakyat hanyalah batu loncatan untuk mereka sekali lagi berada di Putrajaya dan selepas mereka berada di Putrajaya, rakyat akan di bakul sampahkan sebagaimana yang mereka lakukan selama 22 bulan berkuasa dahulu.

Begitulah jijiknya permainan politik PKR/PH!!!

Sunday, April 12, 2020

Petugas Kena Baling Dengan Air Kencing Oleh Warga Asing, Kerajaan Mesti Bertegas!!!

|0 comments

Semalam portal ini menyiarkan kebiadapan segelintir rakyat Malaysia yang balik dari luar negara terhadap 'frontliners' (BACA DI SINI).

Terkini, terbongkar pula berita sikap biadap warga asing terhadap 'frontliners' yang mengawal keadaan di bangunan Selangor Mansion, Masjid India, yang telah diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan atau PKPD/EMCO (BACA DI SINI).


Selangor Mansion adalah kawasan ke empat yang dikenakan arahan PKPD oleh Majlis Keselamatam Negara atau MKN.

97% dari penghuni Selangor Mansion terdiri dari warga asing yang menetap di Malaysia (BACA DI SINI).

Kebanyakan dari warga asing tersebut berasal dari Myanmar (Rohingya), India dan Pakistan.


Sepanjang tempoh PKPD selama 14 hari, mereka akan diberikan makanan tengahari dan malam secara percuma dan ianya ditaja oleh rakyat Malaysia (BACA DI SINI).

Manakala keperluan asas yang lain seperti perubatan akan ditanggung oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan.


Sedangkan kedutaan negara asal mereka dilihat sibuk melayani karenah birokrasi dengan memberikan alasan masih menunggu maklumat rasmi mengenai jumlah rakyat mereka dari Kementerian Kesihatan (BACA DI SINI).

Secara logiknya, rakyat Malaysia yang menanggung makan dan minum penghuni Selangor Mansion tidak pernah tahu berapa bilangan tepat penghuni Selangor Mansion.

Ini adalah misi kemanusiaan, hantarkan dulu bantuan san segala karenah birokrasi boleh diuruskan kemudian.

Kebajikan rakyat asing di negara ini, bukanlah tanggungjawab Kerajaan Malaysia tetapi ianya merupakan tanggungjawab kerajaan negara asal warga asing tersebut.

Dalam perkara ini, Kerajaan Malaysia dilihat terlalu berlembut.

Yang menimbulkan kemarahan sebahagian besar rakyat Malaysia ialah apabila 'frontliners' bertugas yang terdiri dari polis dan tentera bukan sahaja dibaling dengan sempah dan objek keras, malah dengan air kencing!!!

Kerajaan Malaysia perlu bersikap lebih tegas kepada kedutaan dan juga warga asing tersebut.

Kepada kedutaan asing, berikan kata dua, bersama-sama membantu atau PKPD akan tetap diteruskan dan rakyat mereka akan dibiarkan mati kebuluran.

Kepada warga asing yang biadap itu, tangkap dan dakwa mereka serta kenakan hukuman yang paling berat kerana mengganggu penjawat awam dari melaksanakan tugas.

Berikan kuasa yang lebih besar kepada 'frontliners', kalau perlu, berikan mereka kebenaran untuk menggunakan kekerasan untuk menangani sikap biadap warga asing tersebut.

Kita tidak boleh menggunakan pendekatan berhemah terhadap warga asing yang kurang ajar!!!

Saturday, April 11, 2020

Kluster Bajet 'Good Good' Yang Balik Dari Luar Negara Mahukan Layanan Istimewa

|0 comments

Tak boleh nak dihadamkan dengan perangai segelintir masyarakat tipikal Malaysia yang masih lagi mahukan layanan istimewa dari kerajaan dan petugas-petugas barisan hadapan (frontliners) yang bertungkus lumus berperang dengan wabak Covid-19 demi untuk selamatkan nyawa rakyat Malaysia.

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, bukan sahaja keselamatan nyawa rakyat yang berada dalam negara difikirkan, malah rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga turut difikirkan keselamatan mereka, terutamanya yang berada di negara yang kini mempunyai kes penularan Covid-19 yang tinggi seperti di Itali, Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom dan lain-lain.

Maka kerajaan mengumumkan, mulai 3 April 2020, rakyat Malaysia yang balik dari luar negara melalui pesawat yang ditempah khas (maksudnya kerajaan akan bayar kos pengangkutan) oleh kerajaan, WAJIB menjalani kuarantin selama 14 hari (BACA DI SINI).

Sepanjang tempoh kuarantin, segala kos penginapan dan makan minum akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.


Sumber memberitahu, kebanyakan mereka yang balik dari luar negara, ditempatkan di hotel-hotel 5 bintang sebagai pusat kuarantin, siap ada Wi Fi percuma lagi.

Tapi inilah perangai manusia yang tak sedar diri dan tak tahu nak bersyukur pada nikmat Allah SWT di saat rakyat marhaen bergelut dengan kesusahan dan kegelisahan akibat wabak Covid-19.

Bukan setakat tidak berterimakasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang membiayai kos penerbangan, tempat tinggal mewah dan makan minum mereka, malah mereka merungut dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal.

Hotel 5 bintang yang dilengkapi penyaman udara 24 jam, yang selama ini dipuji oleh pelancong luar negara kerana mempunyai kemudahan asas bertaraf dunia, dikatakan mereka panas!!!

Selama nie, manusia yang bajet 'have have' duduk dalam peti sejuk ker apa???


Makanan pula 'mamat dengan minah-minah over' nie kata sangat tidak menyelerakan mereka...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️  (BACA DI SINI).

Habis tu, korang nak makan apa?

'Chicken chop', 'lamb chop' atau 'dizzling steak'?

Weyyy, 'frontliners' yang merisikokan nyawa mereka, tinggalkan anak bini mereka pun makan makanan yang tak jauh beza dari korang!!!


Yang paling menjengkelkan ialah manusia-manusia yang tidak sedar diri ini enggan memberikan kerjasama kepada 'frontliners' untuk membuat saringan dan pemeriksaan ke atas mereka (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Tetapi bukan semua yang berperangai begitu, cuma sebahagian sahaja dan dimaklumkan, kebanyakan pelajar kita yang baru balik dari luar negara serta rakyat Malaysia yang sudah bertahun-tahun berkerja di luar negara memberikan kerjasama sepenuhnya, malah turut menawarkan diri untuk membantu 'frontliners'.


Yang berperangai buruk ialah rakyat Malaysia yang balik melancong dari luar negara.

Mereka pergi melancong ke luar negara sebelum kerajaan mengumumkan arahan PKP kerana mengambil kesempatan tawaran tambang murah dari syarikat penerbangan dan ajen-ajen pelancongan.

Senang cerita, duduk luar negara tak sampai pun sebulan, pergi melancong pun dengan pakej bajet, balik ke Malaysia pula dengan tambang 'free' tapi dah bajet diri tu 'good good' yang 'have have', lalu 'demand' layanan istimewa.

Dicadangkan kerajaan hantar jer abam-abam polis atau abam-abam tentera untuk pastikan golongan tak sedar diri nie memberikan kerjasama sepenuhnya dengan 'frontliners' dan tak 'demand' yang bukan-bukan.

Kuaranti 14 hari jer pun, bukannya 14 tahun!!!

Friday, April 10, 2020

Dendam Projek RM200 Juta, Mantan KSU KPDNHEP Luluskan Operasi Kilang Arak Untuk Sabotaj Menteri

|0 comments

Ketika rakyat dan Kerajaan Malaysia berhempas pulas menangani wabak Covid-19, tiba-tiba kita dikejutkan dengan 2 keping surat kelulusan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang dikata membenarkan kilang arak Heineken dan Carlsberg meneruskan operasi biasa ketika arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.


Namun tidak lama selepas itu, tersebar pula 2 surat yang menunjukkan kelulusan yang diberi itu adalah atas arahan Ketua Setiausaha KPDNKK, Hasnol Zam Zam Ahmad tanpa pengetahuan Menteri KPDNHEP, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Persoalannya, siapa dan mengapakah Hasnol Zam Zam berani memberikan kelulusan tersebut tanpa mendapat persetujuan malah langsung tidak memaklumkan perkara tersebut kepada Menteri KPDNHEP?

Siapakah Dalang Konspirasi Dan Apakah Tujuan Mereka


Hasnol Zam Zam sebelum ini bersekongkol dengan mantan Menteri dan KPDNHEP, Muez Abd Aziz dan DS Saifuddin Nasution Menteri  berhubung satu tender Konsesi Perkhidmatan Penentusahan Alat Timbang dan Sukat di bawah Seksyen 26A(1) (b) Akta Timbang dan Sukat 1972 bernilai RM200 juta kepada syarikat kroni Menteri.



Saifuddin mahu dengan segala apa cara sekali pun, projek bernilai RM200 juta ini diberi kepada syarikat kroninya. 

Saifuddin mengarahkan Hasnol Zam Zam meluluskan dalam LPA syarikat kroninya sebelum beliau keluar.

Namun Menteri KPDNHEP yang baharu, Alexander Nanta Linggi mahu projek itu dinilai semula.

Hasnol Zam Zam marah bila 2 syarikat kroni Saifuddin, Metrology Corporation (M) Sdn Bhd dan De Metrology Sdn Bhd yang menjanjikan komisen berjuta ringgit serta telah disenarai pendek ditangguhkan oleh Menteri KPDNHEP yang baharu.

Walau pun Hasnol Zam Zam telah ditukarkan serta merta ke Surujanjaya Syarikat Malaysia (SSM), namun SPRM perlu membuka kertas siasatan terhadap konspirasi ini.

Jadi tidak payahlah Kadir Jasin mendakwa kerajaan baharu ini ibarat orang mabuk arak, sebab kelulusan operasi kilang arak sudah ditarik balik serta merta dan kelulusannya dikeluarkan oleh KSU, kroni PH sendiri.


Apa yang admin lihat, bukan kerajaan baharu macam orang mabuk arak, tapi Pakatan Harapan yang mabuk kuasa.

Mmm... bebas rasuahlah sangat Pakatan Harapan tu (BACA DI SINI).



Kredit :

Captain M

Thursday, April 9, 2020

SPRM Siasat Syed Saddiq, 'The 250,000 Hengget Boy'

|0 comments

Mantan Menteri Belia dan Sukan serta 2 lagi individu telah dipanggil SPRM untuk disoal siasat berkaitan duit tunai yang Syed Saddiq dakwa hilang dari simpanan beliau di kediaman beliau (BACA DI SINI).

Mereka disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM berkaitan penerimaan suapan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari 10 kali ganda nilai suapan atau RM1 juta (mana yang lebih tinggi) atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali (BACA DI SINI).

SPRM telah mengambil beberapa dokumen bank milik Syed Saddiq bagi tujuan siasatan tersebut.

Sumber dalaman memaklumkan kepada pihak FMT, SPRM menyoalsiasat mereka bertiga di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

Sumber itu juga menambah, pihak SPRM telah menghubungi pihak bank yang terbabit untuk meneruskan siasatan namun ianya terhenti kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Pihak SPRM membuka kertas siasatan atas beberapa lapuran yang meragui sumber wang tunai RM250,000 diperolehi oleh Syed Saddiq yang dilapurkan yang hilang dari simpanan beliau.

Syed Saddiq Masuk Dalam Perangkap Sendiri


Portal ini pernah mengulas dan meramalkan bagaimana tindakan pra matang Syed Saddiq ini bakal menjerut leher beliau sendiri (BACA DI SINI).

Terbukti apa yang diramalkan kini hampir menjadi kenyataan bila SPRM memulakan siasatan ke atas Syed Saddiq.

Ramalan admin adalah berdasarkan beberapa kenyataan yang tidak konsisten dari Syed Saddiq sendiri berkaitan isu ini.

Cuba kita imbas kembali kenyataan-kenyataan yang Syed Saddiq buat mengenai isu ini :


》Pada 28 Mac 2020, Syed Saddiq dakwa  wang tunai sebanyak RM250,000 yang berada dalam simpanan beliau hilang.


Maklumat awal mengatakan bahawa wang tunai tersebut adalah milik parti PPBM.


Tapi mungkin bila banyak pihak pertikaikan bagaimana Syed Saddiq yang cuma berjawatan Ketua Armada PPBM boleh menyimpan wang tunai sebegitu banyak, akhirnya pada 8 April 2020, Syed Saddiq membuat kenyataan bahawa wang tersebut adalah hasil simpanan beliau dan bukannya milik PPBM.

Bila sekali lagi dipersoalkan, bagaimana dalam masa hanya 21 bulan menjadi menteri beliau boleh mempunyai simpanan sebanyak itu, Syed Saddiq mengatahkan pula wang itu bukan simoanan beliau seorang tetapi juga adalah simpanan ayah dan ibu beliau.

Mungkin Syed Saddiq tidak ada akaun dengan mana-mana bank dan mungkin juga selama menjadi menteri, gaji dan elaun beliau selama ini dibayar secara tunai oleh Kerajaan Malaysia!!!

Apa pun, kalau Syed Saddiq nak bersilat ker, nak bertaichi ker atau nak berkuntau ker, eloklah dengan SPRM yer...

Sangat-sangat menjijikkan bila manusia seperti Syed Saddiq yang pernah mendakwa ditawarkan pernah disogok RM5 juta oleh penasihat kanan DS Najib ketika beliau menjadi Perdana Menteri supaya meninggalkan PPBM, kini disiasat SPRM dengan nilai suapan hanya RM200,000...🤣🤣🤣

Teringat admin kata-kata orang tua yang diubahsuai oleh orang muda :

Siakap Senohong...
Gelama Ikan Duri...
Mantan Menteri Bukan Saja Pembohong...
Malah Kuat Mencuri...

Wednesday, April 8, 2020

Apa Nasib Rakyat Malaysia Kalau PH Masih Berkuasa Ketika Covid-19?

|0 comments

Ada yang bertanya, agak-agaknyalah, kalau Pakatan Harapan masih jadi kerajaan, apa akan jadi pada nasib rakyat Malaysia sekarang ini?

Admin jawab, syukur Alhamdulillah, Allah SWT Maha Bijaksana dan Maha Penyayang, dicabut kuasa pemerintahan Pakatan Harapan betul-betul sebelum wabak Covid-19 menular.

Kawan admin tanya kenapa cakap macam itu?

Baca apa yang admin tuliskan.

RM20 Bilion VS RM250 Bilion Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi


27 Februari 2020, ketika menjadi Perdana Menteri Interim, Dr. Mahathir umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang memperuntukkan dana RM20 bilion bagi menghadapi Covid-19.

Fokus utama Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19 didakwa memberikan fokus kepada 3 perkara utama :

》Memperkukuhkan Keyakinan
》Merangsang Pertumbuhan
》Melindungi Perkerjaan

Sangat jelas, dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19 yang Dr. Mahathir umumkan itu, fokus beliau bukan terhadap kesusahan yang akan dihadapi rakyat di waktu wabak Covid-19 menular.

Fokus Dr. Mahathir hanyalah untuk menyelamatkan perniagaan dan syarikat toknokrat (BACA DI SINI).

Apa yang rakyat, terutamanya golongan B40 akan dapat?

Hanya RM100 dan RM50 yang akan dikreditkan dalam E-Tunai, itu saja.

Bayaran BSH yang diawalkan pembayarannya tidak termasuk dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19 kerana dana BSH memang sudah diluluskan, cuma pembayarannya akan dipercepatkan.

Manakala lebihan tunai dari penurunan kadar caruman KWSP dari 11% kepada 7%, adalah duit hasil titik peluh rakyat sendiri dan bukannya bantuan dari kerajaan.


Dr. Mahathir tidak kesah kalau ada penjaja yang menjual nasi lemak di tepi jalan akan kehilangan pendapatan mereka.

Dr. Mahathir juga tidak kesah kalau ada peniaga-peniaga kraftangan, pakaian, pengusaha bengkel kereta, bengkel motor, pekerja kilang yang akan kehilangan pendapatan mereka bila kerajaan terpaksa melaksanakan arahan PKP seperti sekarang ini.

Bagi Dr. Mahathir, RM100 dan dicampurkan dengan E-Tunai RM50, sudah lebih dari cukup untuk menampung keperluan rakyat B40 sepanjang tempuh wabak Covid-19 menular!!!

Mungkin ada yang kata, masa itu arahan PKP belum dikeluarkan, betul, tapi kita jangan lupa, ketika itu Covid-19 sudah menular ke sebahagian besar Asia Tenggara.

Ketika itu China sudah mengarahkan 'total lockdown' di hampir keseluruhan negara China dan kebanyakan negara Asia Tenggara sudah menutup pintu masuk mereka.

Malah ketika itu, WHO sendiri sudah memberikan amaran kepada Malaysia supaya bersedia.

Sebagai seorang yang berkelulusan perubatan serta pemimpin yang berpengalaman, Dr. Mahathir tidak mungkin tidak boleh nampak kesan yang bakal menimpa rakyat Malaysia?

Tetapi fokus Dr. Mahathir tetap kepada teknokrat dan bukannya untuk membantu rakyat!!!


Terbukti, selepas kehilangan jawatan Perdana Menteri, Dr. Mahathir masih lagi mahu rakyat mengikat perut supaya kerajaan dapat membantu dan menyelamatkan perniagaan teknokrat (BACA DI SINI).


Berbeza dengan kerajaan baharu sekarang, walau pun dana yang diperuntukkan melebihi 10 kali ganda lebih besar, iaitu RM250 bilion  namun fokus utama ialah kepada golongan rakyat B40 dan M40.

Dengan membantu setiap isirumah secara puratanya antara RM2,500 hingga RM3,000, ianya pasti akan dapat mengurangkan bebanan rakyat ketika Covid-19.

Dengan kekukahan aset negara, tidak ada sebab mengapa kerajaan tidak boleh membantu rakyat (BACA DI SINI).

Ini tidak pula bermakna kerajaan mengabaikan golongan-golongan usahawan PKS.

Baru-baru ini Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bantuan RM10 bilion untuk usahawan PKS (BACA DI SINI).

Kesimpulannya, sekiranya Dr. Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri sekarang ini, maka akan ramai anak-anak di rumah yang kelaparan, akan ramai orang-orang tua yang berkerja sendiri di kampung terpaksa mengikat perut mereka dengan batu untuk menahan kelaparan...😢😢😢

Mengapa Dr. Mahathir terlalu zalim dengan golongan B40 ini?

Kerana dalam kehidupan, beliau tidak pernah merasa susah.

Jadi tidak usahlah terpedaya dengan cerita-cerita sendu Dr. Mahathir kononnya ketika kecil kehidupan beliau sangat daif, sampaikan nak makan mee goreng mamak pun tidak dapat kerana tidak cukup duit.

Gunakanlah rasional akal kita yang waras.

Bapa beliau merupakan seorang gurubesar di Penang Free School dan ketika itu, jawatan guru sudah boleh dikategorikan sebagai golongan yang agak senang, apa lagi kalau berjawatan gurubesar.

Kalau benar keluarga Dr. Mahathir dahulu susah, apakah mereka mampu untuk menampung pembiayaan bidang perubatan Dr. Mahathir di Universiti Malaya di Singapura.

Jadi bersyukurlah kita kerana Allah SWT telah mencabut kekuasaan Dr. Mahathir sebelum beliau terus menyiksa kehidupan rakyat ketika wabak Covid-19.

Tuesday, April 7, 2020

Apa Jadi Dengan Bon Samurai Dan Bon Panda, Kerajaan Mesti Tubuhkan RCI!!!

|0 comments

Dalam satu temubual dengan wartawan Berita Harian pada 30 Mac 2020, Menteri Kewangan, Senator DS Tengku Zafrul menjelaskan walau pun kerajaan memperuntukkan dana sebesar RM250 bilion dalam Skim Prihatin Nasional yang termasuk dalam Pakej Rangsangan Ekonomi khas sempena wabak Covid-19, namun aset atau aliran tunai kerajaan tidak akan terjejas kerana ianya masih kukuh.

Malah tiada keperluan untuk kerajaan membuat pinjaman luar dan kerajaan juga tidak akan menyentuh langsung rezab antarabangsa yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia dan serta tidak akan menggunakan sepenuhnya rizab keuntungan dari GLC seperti Petronas dan Khazanah (BACA DI SINI).


Sebelum itu, pada 27 Februari 2020, ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang bernilai RM20 bilion, Perdana Malaysia Interim ketika itu, Dr. Mahathir pula menyatakan, kerajaan mempunyai aliran tunai hampir RM2 trilion dalam simpanan Bank Negara Malaysia (BNM), Tabung Haji (TH), Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (BACA DI SINI).

Kedua-dua kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin dilihat senada walau pun kedua-duanya adalah dari kerajaan yang berbeza.

Kewangan Malaysia berada dalam keadaan yang kukuh, itu tidak dapat dinafikan.

Namun ianya menimbulkan berbagai persoalan kepada kita :

Apa Keperluan Membuat Pinjaman Bon Samurai Dan Bon Panda Dan Ke Mana Perginya Duit Tersebut?


Semasa pemerintahan Pakatan Harapan, Dr. Mahathir telah membuat pinjaman Bon Samurai bernilai RM7.4 bilion dari Jepun pada November 2018 (BACA DI SINI), malah menambah hutang negara lagi dengan pinjaman melalui Bon Samurai II yang bernilai RM7.3 bilion sekitar Mac 2019 (BACA DI SINI).

Ini menjadikan jumlah hutang negara terhadap Jepun melalui Bon Samurai I dan Bon Samurai II berjumlah RM14.7 bilion!!!

Tidak cukup dengan itu, Lim Guan Eng, Menteri Kewangan ketika itu merancang untuk menambahkan lagi hutang negara dengan menerbitkan pula Bon Panda dari China.

Namun admin tidak dapat pastikan sama ada Bon Panda yang diusahakan oleh Guan Eng berjaya diperolehi atau tidak.

Apa yang pasti, di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, beratus bilion hutang dari dalam dan luar negara sudah diperolehi oleh Pakatan Harapan (BACA DI SINI).

Bantuan Kepada Rakyat Di Mansuhkan, Ke Mana Duit Beratus Bilion Ringgit Itu Pergi?


Admin malas hendak mengupas tentang hutang langsung luar negara yabg didakwa oleh Pakatan Harapan mencecah RM1 trilion.

Rakyat Malaysia sedar, malah satu dunia tahu bahawa itu adalah pembohongan dan fitnah terbesar Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Barisan Nasional dalam PRU 14.

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah, ke manakah perginya duit beratus bilion yang Pakatan Harapan perolehi dengan terbitan bon dari dalam dan luar negara.

Bantuan dan subsidi yang rakyat perolehi sewaktu pemerintahan Barisan Nasional sebahagian besarnya telah dikurangkan seperti BR1M, bantuan kepada petani dan nelayan malah ada yang dimansuhkan terus.

Perbelanjaan pentadbiran kerajaan telah dapat dikurangkan dengan pembuangan belasan ribu kakitangan kerajaan.

Tiada pembangunan baru yang menelan belanja berbilion ringgit dilakukan oleh Pakatan Harapan sepanjang 21 bulan setengah mereka memerintah negara.

Beratus bilion dari terbitan bon tempatan dan luar negara yabg diperolehi itu, belum lagi termasuk dengan aset-aset strategik Khazanah, KWSP serta Tabung Haji yang telah dijual.

Dan ianya belum lagi dicampurkan dengan rezab keuntungan Petronas yang telah dijarah.

Ke mana perginya duit itu semua?

Kerajaan baharu di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin, MESTI menubuhkan RCI untuk menyiasat dan membongkar perkara ini sehingga ke akar umbi.

Hutang beratus bilion ringgit itu tidak akan dibayar oleh manusia yang bernama Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng tetapi ianya akan dibayar oleh rakyat Malaysia dan ianya akan menjangkau hingga ke anak cucu kita nanti.
fda