Sejak Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang dinamakan Skim Prihatin Nasional berjumlah RM250 bilion, pemimpin Pakatan Harapan mendesak supaya diadakan sidang Parlimen tergempar kononnya untuk Pakej Rangsangan Ekonomi itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
Alasan yang diberikan Pakatan Harapan ialah jumlah dana yang begitu besar, mestilah mendapat kelulusan dari Parlimen dahulu sebelum ianya boleh dilaksanakan.
Berikut antara pemimpin Pakatan Harapan yang keluarkan kenyataan :
Anwar Ibrahim mahu supaya Skim Prihatin Nasional dibahaskan untuk diperincikan supaya ianya benar-benar sampai kepada golongan sasaran dan tidak berlaku ketirisan (BACA DI SINI).
Lim Kit Siang pula memberikan alasan Malaysia ialah negara demokratik dan setiap perbelanjaan dari khazanah negara mesti mendapat pandangan dan kelulusan dari Ahli Parlimen sebelum boleh dilakukan (BACA DI SINI).
Persoalannya, bukan sahaja Malaysia, malah hampir seluruh dunia berada dalam kecemasan akibat dari wabak Covid-19, jadi apakah kerajaan perlu mengadakan sidang parlimen khas untuk Ahli Parlimen bahas dan luluskan pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan?
Amerika Syarikat, Britain dan beberapa negara Eropah telah pin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi untuk membantu rakyat mereka dan merangsang ekonomi domestik mereka ketika pasca wabak Covid-19 bagi mengelakkan terjebak dalam kemelesetan ekonomi tanpa perlu mendapatkan kelulusan dari parlimen atau pun ahli senat (BACA DI SINI).
Kenapa?
Kerana sama ada kerajaan atau pun pihak pembangkang mereka sedar, dalam keadaan kecemasan seperti sekarang, rakyat dan negara perlu diberi keutamaan dan bukannya terus bermain politik.
Ini berbeza dengan sikap pembangkang yang ada di Malaysia.
Bukanlah tujuan sebenar mereka mahu Sidang Khas Parlimen diadakan untuk membahaskan Pakej Rangsangan Ekonomi atau mendaulatkan amalan demokrasi di Malaysia.
Tetapi tujuan utama mereka ialah untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang (BACA DI SINI).
Benar, Lim Kit Siang kata perkara lain seperti isu menukar Speaker Dewan Rakyat, usul undi tidak percaya tidak boleh dimasukkan dalam perbahasan Sidang Khas Parlimen tersebut.
Tetapi sekiranya, Pakej Rangsangan Ekonomi tidak mendapat sokongan majoriti, maka dengan secara tidak langsung, Pakatan Harapan dapat membuktikan bahawa Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Ini dengan sendirinya akan membawa kepada usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Apa akan berlaku seterusnya?
Maka proses perletakan jawatan Dr. Mahathir sehingga perlantikan Perdana Menteri baru akan berulang sekali lagi dan campurtangan SPB YDP Agong akan sekali lagi diperlukan.
Apa akan terjadi kepada Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan?
Dengan sendirinya ia akan terbatal.
Siapa yang akan menjadi mangsa?
Sudah terang lagi bersuluh, sudah pasti rakyat yang kini memang berada dalam kesusahan dan baru mahu menarik nafas lega, akan menjadi lebih susah kerana bantuan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.
Tapi sekiranya Pakej Rangsangan Ekonomi itu diluluskan, apa akan jadi pada Pakatan Harapan?
Mereka tidak rugi apa-apa kerana sekarang ini mereka sememangnya pembangkang tetapi sekurang-kurangnya mereka telah mencuba untuk menumbangkan kerajaan dan yang akan terkesan ialah rakyat kerana bantuan akan memakan masa yang lebih panjang sebelum sampai ke tangan rakyat.
Itulah wajah sebenar Pakatan Harapan.
Mereka tidak peduli dengan kesusahan rakyat, mereka tidak peduli berapa ramai telah dijangkiti dan mungkin akan dijangkiti, mereka tidak peduli dengan angka kematian Covid-19 yang semakin meningkat.
Yang mereka peduli ialah mahu berkuasa kembali di Putrajaya, walau pun bayarannya ialah penderitaan rakyat!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.