Rakyat perlu didahulukan dalam malapetaka Covid-19 dengan mendapatkan segala sumber kewangan yang boleh.
Memang betul, kerajaan yang baik ialah kerajaan yang mengutamakan rakyat dan tujuan ahli politik berpolitik ialah untuk membantu rakyat disamping membangunkan negara.
Akan tetapi, bunyinya jelek apabila ia disuarakan oleh pemimpin Pakatan Harapan :
Anwar Ibrahim :
"Gunalah rizab besar (negara) yang ada."
"Sama ada rizab kerajaan atau Petronas untuk menyelamatkan rakyat dalam keadaan sekarang." (LIHAT VIDEO DI SINI).
Lim Kit Siang :
"Saya setuju dengan dengan Anwar, gunakan rizab negara atau sumbangan Petronas." (BACA DI SINI).
Kenapa ianya menjijikkan bila Pakatan Harapan sebut tentang rizab Petronas?
Ini sebabnya :
》Kerajaan Barisan Nasional di bawah DS Najib Razak tinggalkan rizab kekayaan Petronas yang besar.
Kedudukan tunai bersih Kumpulan Petronas dalam pengumuman hasil kewangan pada suku kedua 2018 (sehingga 30 Jun 2018) ialah RM180 bilion (termasuk dana pelaburan).
》Selepas Pakatan Harapan ambil alih selama 19 bulan, kedudukan tunai bersih Petronas pada 31 Disember 2019 cuma tinggal RM81.6 bilion!!!
》Pada 18 Mac 2020 lalu, Bernama melaporkan, tunai bersih Petronas hanya berjumlah RM73 bilion (BACA DI SINI).
Berapa jumlah tunai bersih Petronas dijarah regim Pakatan Harapan kalau ikut laporan ini?
Lebih RM100 bilion!!!
》Berapa banyak pula duit Petronas di rompak oleh Kerajaan Pakatan Harapan melalui bayaran dividen tahunan dan dividen 'khas'?
Tahun 2018 : RM26 bilion
Tahun 2019 : RM24 bilion + RM30 bilion (dividen khas) (BACA DI SINI).
Pendapatan Petronas pada 2019 menyusut, tetapi terpaksa mengeluarkan dividen khas untuk kerajaan Pakatan Harapan (BACA DI SINI), (DI SINI - M/S 8) dan (DI SINI).
》Pada akhir 2017, kebergantungan negara terhadap pendapatan hasil minyak ialah 12.7%.
Tetapi pada 2019, Pakatan Harapan naikkan sehingga 33% (LIHAT VIDEO DI SINI).
》Pada Disember 2019, RM6 bilion pegangan saham dalam Petronas dalam 3 anak syarikatnya telah dijual :
- Petronas Dagangan Bhd
- Petronas Gas Bhd
- MISC (perkapalan)
Bloomberg lapor, ini merupakan antara penjualan saham terbesar di Malaysia (BACA DI SINI).
》Beberapa hari selepas itu, kerajaan Pakatan Harapan mahu jual lagi secara besar-besaran saham Petronas (secara IPO).
Anak syarikat mana yang terlibat?
- Petronas Carigali dengan nilai RM689.5 billion hingga RM980.9 billion, seperti laporan The Edge Markets (BACA DI SINI).
》Dulu, sebelum Pakatan Harapan jarah kekayaan Petronas, mereka tuduh Kerajaan Barisan Nasional dan DS Najib rompak harta negara.
Malaysia akan bankrap dan macam-macam.
》Kini, selepas Pakatan Harapan melahap kekayaan Petronas, mereka desak pula kerajaan sekarang supaya guna rizab Petronas.
Mungkin Pakatan Harapan memang berhasrat hendak jahanamkan terus Petronas.
Agenda yang tidak sempat mereka lakukan.
》Pakatan Harapan mahu dipandang sebagai hero dalam malapetaka Covid-19 ini.
Namun untuk pengetahuan, sebelum mereka sebut tentang Petronas, RM20 juta terlebih dahulu telah disumbangkan Petronas kepada hospital berupa ventilator, katil hospital dan tilam selain kamera pengimejan termal, termometer digital, kit ujian virus, pelindung hidung dan mulut serta peralatan perlindungan peribadi (PPE) (BACA DI SINI).
Cuma yang belum menyumbang ialah kroni-kroni Dr. Mahathir, kroni-kroni DAP yang menjadi 'instant billionair' selama 22 bulan Pakatan Harapan memerintah.
Di mana mereka?
Kalau benar Pakatan Harapan ambil kesah dan prihatin kepada kesusahan rakyat sekarang, kenapa mereka tidak mendesak kroni mereka untuk tampil hulurkan bantuan?
Kredit :
Fb Korek Korek
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.