Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin, mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang menelan belanja RM250 bilion untuk membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia ketika wabak Covid-19 masih lagi mengganas di Malaysia (BACA DI SINI).
Rata-rata rakyat bersyukur dan menarik nafas lega dengan pengumuman Muhyiddin.
Seperti yang dijanjikan oleh Muhyiddin sebelum ini, Pakej Rangsangan Ekonomi yang sekali ini akan lebih menyeluruh dan tiada seorang atau mana-mana golongan yang tidak mendapat menafaat.
Bila Perdana Menteri mengunumkan satu Pakej Rangsangan Ekonomi segera yang menelan perbelanjaan RM250 bilion tanpa meminjam dari mana-mana negara luar, jelas bagi kita, kedudukan kewangan negara masih kukuh dan tidak seperti yang dikatakan oleh Pakatan Harapan bahawa Malaysia sudah hampir bankrap di bawah pentadbiran DS Najib Razak.
Tentu kita masih ingat lagi Dr. Mahathir juga pernah mengumumkan kerajaan bersedia untuk membelanjakan RM2 trilion untuk Pakej Rangsangan Ekonomi, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Interim dahulu (BACA DI SINI).
Terbukti sudah keadaan kewangan dan ekonomi negara sewaktu ditinggalkan Barisan Nasional sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat baik dan sekali gus menangkis fitnah Pakatan Harapan.
Ianya juga sekali gus menjawab segala kritikan Pakatan Harapan bahawa kerajaan sekarang tidak membantu rakyat malah membebankan rakyat dengan menyuruh rakyat mengeluarkan simpanan Akaun 2 KWSP.
Antara Pakej Rangsangan Ekonomi Yang Perdana Menteri Umumkan :
》Bantuan RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.
Bayaran pertamanakan dibuat pada bulan April 2020 sebanyak RM1,000 dan bakinya RM600 akan dibuat pada bulan Mei 2020.
》Bantuan RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.
》Bantuan RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
》Bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan.
》Bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak.
Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020
》Bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara kerajaan juga pada bulan April 2020
》Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020.
Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam.
》Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.
》Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).
》Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan.
》TNB akan menambah peruntukan RM530 juta untuk diskaun berperingkat :
- Diskaun 50 peratus kepada penggunaan bawah 200 kilowatt sebulan.
- Diskaun 25 peratus antara 201 hingga 300 kilowatt.
- Diskaun 15 peratus bagi 301 hingga 600 kilowatt.
》Internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP.
Itu cuma sebahagian Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah Perdana Menteri umumkan semalam.
Untuk ucapan penuh Perdana Menteri, (BACA DI SINI).
Terbukti kerajaan sekarang ialah kerajaan yang benar-benar berkerja untuk rakyat dan bukannya kerajaan yang hanya berpolitik untuk menipu rakyat seperti Pakatan Harapan dahulu.
Sekali lagi, rakyat Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri dan barisan kabinet beliau yang prihatin dengan kesusahan rakyat sekarang.
Barulah Makcik Kiah boleh menarik nafas lega...😁😁😁
Kredit :
Fb Abas Saad
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.