Wednesday, April 1, 2020

RM250,000 : Tindakan Pra Matang aka Bangang Mat Tisu Mengundang Masaalah


Tak tahulah, mungkin sebab 'sangap' publisiti atau pun sebab kurang kasih sayang, Ketua Armada PPBM Malaysia, Syed Saddiq, yang terkenal dengan lawak-lawak bodoh, sekali lagi mengemis perhatian.

Kalau sebelum ini Syed Saddiq dikecam dengan aksi panjat pagar kerana mendakwa beliau diserang oleh sekumpulan pemuda yang beliau tuduh dari UMNO.

Tapi bila disiasat, jelas sekumpulan pemuda tersebut langsung tidak melakukan 'physical contact' malah berada jauh beberapa meter dari pentas beliau berucap.

Malah kumpulan pemuda tersebut bukan dari UMNO malah PPBM, sumber mengatakan mereka diupah...🤷‍♂️🤷‍♂️🤷‍♂️


Lebih memusykilkan lagi, dalam saat 'kecemasan', sempat pula beliau mengarahkan pembantu beliau untuk mengambil gambar beliau memanjat pagar, cuma mungkin beliau tidak sempat menunjukkan 'peace' atau 'thumbs up'...🤣🤣🤣


Terkini, Syed Saddiq sekali lagi mengemis perhatian bila mendakwa beliau kehilangan duit tunai, admin ulang, duit tunai sebanyak RM250,000 yang berada dalam peti simpanan beliau.

Beliau juga mendakwa tidak ada siapa pun tahu laluan ke peti simpanan tersebut, cuma orang tertentu sahaja.

Dakwa beliau lagi, peti simpanan itu perlukan kombinasi kata laluan yang tidak ada siapa pun tahu kecuali beliau sahaja.

Dan yang paling menarik, tidak ada kesan umpil atau kesan peti simpanan tersebut dipecahkan, maksudnya, peti simpanan tersebut berada dalam keadaan elok, cuma duitnya sudah hilang.

Admin tertarik dengan telenovela Syed Saddiq kali ini.

Cuba kita teliti balik skrip telenovela Syed Saddiq :

Adakah Ini Peti Simpanan Misteri Yang Di Maksudkan?

》Syed Saddiq mendakwa tidak ada siapa pun yang tahu kedudukan peti simpanan tersebut, tapi dalam tidak ada siapa yang tahu, ada pula beberapa orang tertentu yang tahu...🤔🤔🤔

- Bunyi macam hendak 'frame' orang tertentu yang dimaksudkan tu jer...

》Syed Saddiq juga mendakwa peti simpanan tersebut mempunyai kata laluan untuk membukanya dan kata laluan tersebut cuma beliau saja yang tahu.

Biar admin teka, kata laluan tu mungkin 'TISU', kalau tak pun mesti 'PAGAR'...🤣🤣🤣

- Maksudnya, Syed Saddiq saja lah yang boleh buka peti simpanan tu, orang lain tak boleh...

Tak Faham Duduk Dendiam...😉😉😉

》Tidak ada kesan umpil atau kesan pecah pada peti simpanan tersebut dan ianya berada dalam keadaan baik.

Ini lagi menarik, secara logiknya, kalau pencuri datang untuk mencuri peti simpanan tersebut yang dikunci dengan kata laluan, sudah pasti dia akan umpil atau pecahkan peti simpanan tersebut, pencuri bodoh mana pula yang hendak habiskan masa berjam-jam untuk cari kata laluan yang hanya Syed Saddiq saja yang tahu.

Kalau sudah tidak ada kesan umpil atau dipecahkan, itu bermaksud peti simpanan itu dibuka menggunakan kata laluan yang hanya Syed Saddiq saja yang tahu...😲😲😲

Sebenarnya banyak lagi tandatanya dari telenovela Syed Saddiq kali ini, seperti adakah RM250,000 itu sudah diisytiharkan punca pendapatannya?


Sebab Syed Saddiq ketija mengisytiharkan harta cuma mengisytiharkan beliau mempunyai RM50,258.88 tapi tiba-tiba kehilangan RM250,000!!!


Wang yang dikatakan hilang didakwa bukan milik parti PPBM dan ianya ialah milik Syed Saddiq.


Betullah tu, Syed Saddiq menabung dari kecil untuk simpan sebanyak RM250,000.


Kalau bukan hasil menabung sejak lahir, mungkin inilah yang Mujahid maksudkan, pencuri mencuri duit PENCURI!!!

Banyak lagi persoalan berbentuk teknikal yang menjadi tandatanya (BACA DI SINI).

Apa pun, satu nasihat kepada Syed Saddiq, ketika rakyat tertekan kehidupan mereka akibat Covid-19, janganlah meroyan dengan cerita-cerita bangang macam nie, sebab Malaysian are not stupid as you are!!!

Sebab itu admin pilih 1 April untuk siarkan 'posting' ini, anggaplah ianya sebagai April Fool dari Syed Saddiq.

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.