Sunday, February 14, 2021

Muhyiddin Dah Makin Panik, Mula Tabur Gula-Gula Untuk PRU 15 Yang Di Jangka Ogos 2021


Waktu membacakan Proklomasi Darurat, Muhyiddin ada berjanji, sebaik sahaja penularan wabak Covid-19 dapat dikawal, beliau akan menasihatkan SPB YDP Agung untuk membubarkan Parlimen.

Persoalannya, selepas penularan wabak Covid-19 dikawal, berapa lama masa yang akan diambil Muhyiddin untuk menasihatkan SPB YDP Agung untuk membubarkan Parlimen.

Sekiranya Muhyiddin masih lagi mempunyai majoriti sokongan dalam Parlimen, Muhyiddin masih lagi mempunyai masa sehingga Mei 2023 untuk menjadi Perdana Menteri.

Tetapi masaalah yang dihadapi oleh Muhyiddin ialah beliau sedar, beliau sudah tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kerana sudah kehilangan majoriti sokongan dalam Parlimen.

Ini bererti, mahu atau tidak mahu, suka atau tidak suka, sebaik sahaja Perintah Darurat ini tamat, Muhyiddin mesti mengadap SPB YDP Agung untuk menasihati baginda supaya Parlimen dibubarkan.

Kalau Muhyiddin masih lagi berdegil, beliau akan menghadapi kemungkinan menjadi 'Perdana Menteri' pertama yang dijatuhkan melalui undi tidak percaya dalam Parlimen.

Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan :

"Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B)."

Inilah yang ditakuti oleh Muhyiddin!!!

KIta menjangkakan, Perintah Darurat tidak akan berlanjutan sehingga Ogos 2021.

Tetapi Pilihanraya Umum ke 15 akan diadakan selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2021.

Ini adalah kerana, menjelang Ogos 2021, semua warga negara Malaysia, sama ada sudah berdaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihanraya atau pun belum, termasuk warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, akan didaftarkan secara automatik sebagai pengundi berdaftar.

Ini akan menjadi mimpi ngeri kepada Muhyiddin.


Baru-baru ini, Muhyiddin dan Kementerian Pendidikan Malaysia mendapat kecaman dari pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Jangan lupa, adik-adik kita yang akan menduduki peperiksaan SPM sesi 2020 pada tahun ini akan berumur 18 tahun pada tahun 2021 ini.


Mereka mewakili 401,105 pengundi baru yang layak mengundi secara automatik menjelang Ogos 2021 nanti.

Kekecewaan dan kemarahan mereka pasti akan mempengaruhi emosi mengundi keluarga mereka dan ini akan menggandakan bilangan undi yang tidak akan memihak kepada Muhyiddin.

Ini belum lagi diambil kira dengan kemarahan rakyat terhadap Muhyiddin, sehinggakan rakyat melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan terhadap mana-mana pemimpin Malaysia sebelum ini.

Muhyiddin juga sedar, Perikatan Nasional TIDAK mendapat sokongan dari masyarakat Cina dan India.

Perikatan Nasional hanya bergantung kepada sokongan masyarakat Melayu dan Bumiputera sebagai talian hayat politik mereka.

Malangnya, masyarakat Melayu dan Bumiputera jelas menolak Perikatan Nasional dan memburukkan keadaan, golongan pengundi baru juga telah menunjukkan reaksi penolakan terhadap Perikatan Nasional.

Untuk mengelakkan golongan pengundi baru layak mengundi, maka Muhyiddin dijangka akan menamatkan Perintah Darurat pada bulan Jun 2021 dan pada masa yang sama menasihati SPB YDP Agung supaya membubarkan Parlimen untuk membolehkan PRU 15 diadakan pada bulan Ogos 2021.

Untuk pengundi-pengundi dewasa, Muhyiddin telah menaburkan gula-gula PRU 15 sebagai usaha mengembalikan sokongan rakyat dan populariti PPBM.

Pengeluaran Akaun Simpanan 1 melalui i-Sinar bagi permohonan Kategori 2 yang sebelum ini dipenuhi dengan pelbagai syarat-syarat yang mengarut, kini sudah dipermudahkan dengan menghapuskan syarat-syarat tersebut.


Sebagaimana sekarang ini Muhyiddin sanggup lakukan apa saja demi untuk terus berkuasa, ianya tetap akan menjadi amalan beliau selama-lamanya.


CEO KWSP, Tunku Alizakri, yang dahulunya menjunjung titah perintah Muhyiddin di atas batu jemala beliau, dikambing hitamkan untuk memberikan gambaran bahawa pemansuhan syarat-syarat mengarut i-Sinar sebenarnya adalah kerana sikap angkuh Tunku Alizakri.


Dan Muhyiddin adalah 'MOPIKO' yang datang seperti hero untuk menyelamatkan rakyat.

Kalau itu kurang berkesan, maka gelombang kedua gula-gula PRU 15 pula akan ditaburkan.


Gabenor BNM sudah mula membuat kenyataan untuk mengkaji semula moratorium pinjaman bank.

Kalau beliau enggan akur dengan perintah Muhyiddin, jalan keluar akan ditunjukkan dan beliau akan digantikan dengan orang yang sedia menjalankan apa saja perintah dari Muhyiddin.

Kalau ini juga tidak berkesan, tidak mustahil Muhyiddin akan menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat sekiranya beliau dan Perikatan Nasional dipilih semula selepas PRU 15 nanti.

Jangan lupa, DNA Muhyiddin dan PPBM adalah berasal dari DNA Pakatan Harapan yang telah banyak menipu dan membuatkan rakyat menderita.

Apakah rakyat mahu mengulangi kesilapan yang sama seperti di PRU 14 dan mengalami nasib yang sama selepas PRU 15 nanti?

Jangan jawab sekarang tetapi jawab di kertas undi waktu PRU 15 nanti.

0 comments:

fda

Archives