Baik Dr Mahathir mahu pun Muhyiddin, selagi UMNO masih lagi kukuh bertapak, selagi itu mereka tidak akan senang duduk dan merasakan kedudukan mereka tidak selamat.
22 bulan Dr Mahathir berkuasa, berbagai cara telah dilakukan untuk melemahkan UMNO menemui jalan buntu.
Malah UMNO dilihat semakin hari semakin mendapat sokongan orang Melayu, teruramanya di peringkat akar umbi UMNO.
Dr Mahathir dan Muhyiddin semakin cemas bila UMNO menjalinkan kerjasama politik dengan PAS dalam Muafakat Nasional.
Akibatnya, di era Pakatan Harapan memerintah, Muafakat Nasional berjaya memenangi 7 Pilihanraya Kecil berturut-turut, walau pun ketika itu parti UMNO dan PAS adalah pembangkang.
Dr Mahathir dan Muhyiddin sedar, sekiranya Muafakat Nasional dibiarkan semakin kukuh, PPBM akan menjadi ibarat parti melukut di tepi gantang di dalam Pakatan Harapan apabila jawatan Perdana Menteri diserahkan kepada Anwar Ibrahim dari PKR seperti yang telah dipersetujui sebelum PRU 14 lagi.
Mungkin ada yang mengatakan teori ini adalah mengarut, tetapi cuba fikirkan semula, tanpa campurtangan dan pengaruh Dr Mahathir, apakah UMNO dan PAS bersetuju untuk melantik Muhyiddin yang mewakili PPBM (parti minoriti dalam Perikatan Nasional) sebagai Perdana Menteri?
Pengaruh Muhyiddin tidak sekuat mana untuk mempengaruhi Presiden UMNO dan Presiden PAS untuk menerima Muhyiddin sebagai Perdana Menteri!!!
Mengapa tidak dinamakan Dr Mahathir sahaja untuk menjadi Perdana Menteri ketika itu?
Kerana ketika itu, sentimen anti Dr Mahathir sangat kuat di kalangan akar umbi UMNO, walau pun kita mengetahui Ahli Parlimen sudah bersetuju untuk menamakan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Ahli Parlimen UMNO sedar, pada Pemilihan UMNO yang akan datang, karier politik mereka pasti akan berakhir apabila ditolak oleh akar umbi UMNO kerana telah bersetuju untuk menerima Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Jalan yang terbaik adalah menamakan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
PKR dan Anwar Ibrahim boleh dilemahkan apabila sudah kehilangan kuasa.
Inilah yang telah berlaku di awal pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional.
UMNO yang mempunyai bilangan Ahli Parlimen teramai telah dipinggirkan dengan diberikan jawatan-jawatan picisan sementara PAS dibelai dengan dengan beberapa jawatan penting.
Presiden UMNO tidak diberikan tempat dalam kabinet Muhyiddin, Timbalan Presiden UMNO pula cuma ditawarkan jawatan CEO dalam GLC, manakala Presiden PAS diberikan jawatan Duta bertaraf menteri penuh dan Timbalan Presiden PAS diberikan jawatan menteri penuh.
PAS yang seronok mendapat laba selepas menjadi kerajaan, dilihat sudah lupa dengan peluh dan airmata yang gugur ke bumi ketika membangunkan Muafakat Nasional dengan UMNO.
Benar, PAS pernah menjadi sebahagian dari kerajaan pusat tetapi pemimpin PAS sekarang TIDAK PERNAH menjawat apa-apa jawatan di dalam kerajaan pusat.
Dodoian Muhyiddin itu telah membuatkan pemimpin PAS terlena dan dengan momokan penyatuan ummah, PAS berusaha supaya pemimpin UMNO turut sama terlena dengan dodoian Muhyiddin.
Tidak cukup dengan itu, nama-nama yang dicalunkan oleh UMNO tidak dihiraukan tetapi Muhyiddin melantik pemimpin UMNO yang telah dikenal pasti akan tunduk kepada beliau.
Tujuannya supaya rakyat dan akar umbi marah dan meluat dengan sikap pemimpin UMNO.
Peringkat permulaan, strategi itu nampak berjaya, namun selepas sikap Muhyiddin sendiri yang tamak dan mahu merampas Sabah dari Warisan ketika wabak Covid-19 sedang memuncak, membuatkan rakyat menyedari keadaan yang sebenarnya.
Apabila pemimpin UMNO bertindak tegas memperjuangkan nasib rakyat dalam isu pengeluaran KWSP dan moratorium pinjaman bank, Muhyiddin sekali lagi mempermainkan dan menipu UMNO dan kali ini tanpa beliau sedari, beliau sebenarnya telah mempermainkan dan menipu rakyat.
Ini mengundang kemarahan yang sangat besar ke atas Muhyiddin dan beberapa pemimpin UMNO pula bertindak tegas dengan membuat pengumuman rasmi menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.
Setelah menyedari telah kehilangan majoriti dalam Dewan Rakyat, Muhyiddin berselindung di dalam istana untuk menyelamatkan diri dengan pengisytiharan Perintah Darurat.
Gula-gula pilihanraya yang cuba Muhyiddin taburkan kepada rakyat dengan janji akan memansuhkan syarat pengeluaran Akaun 1 KWSP juga gagal mengembalikan sokongan rakyat kepada beliau, walau pun pasukan media Muhyiddin cuba memberikan gambaran kononnya atas keperihatinan Muhyiddin, maka syarat-syarat pengeluaran Aakaun 1 KWSP dapat dimansuhkan.
Lebih memaualkan lagi, bila beberapa menteri kabinet Muhyiddin sendiri melanggaar SOP PKP terlepas begitu sahaja selepas memberikan alasan bodoh, sedangkan bila kesalahan yang sama dilakukan oleh rakyat, tindakan tegas akan diambil!!!
Muhyiddin tahu perancangan beliau untuk meruntuhkan UMNO hanya berjaya sekitar 10% sahaja, lalu perhatian Muhyiddin sekarang ialah untuk meruntuhkan pula Barisan Nasional.
Tanpa UMNO, pemimpin dan akar umbi UMNO masih boleh bernaung di bawah Barisan Nasional, tetapi tanpa Barisan Nasional, sekiranya UMNO berjaya diharamkan, akar umbi dan pemimpin UMNO akan menjadi anak ayam yang kehilangan ibu.
Kalau pun Barisan Nasional wujud tetapi wujud dalam keadaan yang lemah, maka pada sangkaan Muhyiddin, maka akan mudahlah beliau benamkan UMNO.
Satu persatu parti yang pernah menjadi parti komponen Barisan Nasional telah berjaya beliau gula-gulakan supaya menyertai Perikatan Nasional.
PBRS yang dahulunya menjadi parti ke 4 terbesar dalam Barisan Nasional kini sudah berjaya Muhyiddin gula-gulakan supaya menyertai Perikatan Nasional.
Terkini, parti Gerakan juga telah berjaya digula-gulakan Muhyiddin untuk menyertai Perikatan Nasional.
Bukanlah menjadi isu yang besar bagi Barisan Nasional sekiranya Gerakan mahu menyertai Perikatan Nasional kerana Gerakan bukanlah parti yang mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan pengundi Cina, tetapi MCA perlu berkerja keras memenangi hati pengundi Cina, sekiranya mahu mengimbangi keadaan itu.
Namun Muhyiddin harus ingat, bukan akar umbi UMNO sahaja yang telah menolak beliau dan PPBM, tetapi kebanyakan rakyat marhaen telah menunjukkan jalan keluar kepada beliau dan PPBM.
Sementara masih berkuasa, Muhyiddin boleh lakukan apa sahaja, termasuk mengharamkan UMNO dan cuba melemahkan Barisan Nasional, tetapi mampukah Muhyiddin membeli undi 15 juta pengundi yang layak mengundi pada Pilihanraya Umum ke 15?
0 comments:
Post a Comment