Wednesday, May 15, 2019

Siapa Sebenarnya Yang Bodoh, Mahathir Atau TMJ?

SUARA TMJ ADALAH SUARA RAKYAT


Krisis antara Mahathir dengan TMJ, YTM Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail...

Perselisihan bermula dari tindakan TMJ, mengkritik kerajaan PH kerana meratifikasi Statut Rom tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya...

TMJ juga secara bersendirian (BACA DI SIN) mengadap dan memberi keterangan kepada SPB YDP Agong serta Majlis Raja Raja mengenai kesan2 yang akan berlaku kepada Institusi Raja Raja bila kerajaan PH meratifikasi Statut Rom (BACA DI SINI)...

Merasakan tertipu dengan tindakan kerajaan PH, Majlis Raja Raja serta SPB YDP Agong memberikan tekanan kepada kerajaan PH untuk menarik balik persetujuan Malaysia meratifikasi Statut Rom...

TMJ juga membuat keterangan terbuka untuk menerangkan kepada rakyat marhaen mengenai fakta2 sebenar Statut Rom yang cuba di sembunyikan oleh kerajaan PH (BACA DI SINI)...


Merasakan tertipu dengan kerajaan PH, kira2 10,000 rakyat berhimpun dalam Perhimpunan Pertahan Kedaulatan Islam pada 4 Mei 2019 yang lalu (BACA DI SINI)...

Menyedari segala penipuan yang di lakukan telah terbongkar dan di bongkar oleh TMJ, serangan demi serangan peribadi telah Mahathir lakukan ke atas TMJ...


Berbagai kata biadap dan penghinaan Mahathir lontarkan kepada TMJ...

Dan seperti biasa, macai2 yang tak berotak, perjuangan yang cuma berlandaskan emosi dan akal yang cetek, juga terikut2 kebiadapan Mahathir terhadap istana...

Penghinaan Pengikut Mahathir Terhadap TMJ


Antara kata2 penghinaan, sindiran dan fitnah yang bertujuan untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat kepada Institusi Raja Raja :

》Rumah TMJ berpuluh2 buah kereta mewah...
- Rumah kau berpuluh2 buah kereta mainan          jer...

》TMJ bawa Ferrari...
-  Kau bawa kapcai jer...

》TMJ naik jet peribadi...
-  Kau naik Air Asia jer...

》TMJ naik kapal mewah...
-  Kau naik sampan jer...

》TMJ tinggal dalam mahligai...
-  Kau sewa rumah belum tentu mampu bayar...

》TMJ round satu dunia tengok bola...
-  Kau duduk kedai mamak tengok bola...

》TMJ billionaire...
-  Kau papa kedana...

》TMJ duduk ruang air cond tengok kau bodoh...
-  Kau berdiri di bawah hujan melalak macam anjing gila...

》TMJ mampu...
-  Kau tidak mampu...

Tapi kau yang tidak mampu beria2 membela TMJ yang mampu...

Sudah2lah jadi Melayu bodoh...

Hujah Untuk Mematahkan Penghinaan, Sindiran Dan Fitnah Pengikut Mahathir Ke Atas TMJ


Melayu macam ko jenis pengkhianat, jenis dengki tak bertempat...

Jenis yang sanggup tengok bangsa lain kaya, asalkan adik beradik, saudara mara ko papa kedana macam ko...

Raja, Pemimpin, Ulama atau siapa sahaja yang boleh dan layak memimpin silakan selagi buat kerja dengan baik, selagi tak ganggu rakyat...

Jauh lebih baik dari dapat pemimpin yang nama Melayu agama Islam tapi bela bukan Melayu dan bukan Islam hanya sebab marah dan dendam...

Apatah lagi dapat pemimpin kafir yang nampak baik, pandai ekonomi, adil, amanah walhal dalam diam membenci Islam dan Melayu...

Zaman para Nabi pun ada raja, ada ke Nabi hasut rakyat gulingkan raja Islam?

Yang ada pun raja Firaun sebab dia mengaku Tuhan dan cabar Nabi Musa...

Ada Sultan Johor, TMJ, DSN atau mana2 pemimpin UMNO pernah mengaku Tuhan?

Pertikai Islam pun tak pernah, yang ada bukti jelas dalam YouTube PM ko pertikai Hudud, kritik Ulama dan Hadis Nabi sama macam ko...

Ko rasa rakyat negara Brunei bangga dengan Sultan dia orang yang berani tegakkan hukum Syariah dan Hudud masa 2015?

Ko rasa kalau Brunei jadi negara republik macam Indonesia, Kesultanan di buang, dapat buat Hudud?

Dan ko rasa di Brunei tak der Cina dan bangsa lain?

Ramai tak tahu Melayu di Brunei hanya sekitar 67%, Cina 11%, Pribumi bukan Melayu 3% dan Warganegara Luar yang menjadi penduduk tetap setinggi 19%?

Satu2nya negara Warisan Kesultanan Melayu Melaka yang Rajanya masih mempunyai kuasa Monarki Mutlak dan begitu masih ramai ekspatrat dari Australia dan British mahu menetap disana?

Adakah kerana Brunei ialah negara keempat terbesar kuasa beli dunia dan di iktiraf negara maju di Asia Tenggara setaraf Singapura oleh IMF?

Ada rakyat Brunei dengki dengan Sultan dia orang yang bukan sahaja kaya tetapi yang paling kaya dalam dunia?

Istana dia saja paling besar dalam dunia, koleksi kereta paling banyak dalam dunia, ada rakyat dia dengki macam ko?

Kalau Sultan Brunei jenis bacul macam ko, takkan dia berani buat Hudud sepenuhnya kalau takut kecaman dari Barat siap ugut nak pulau semua perniagaan keluarga Sultan Brunei seperti Harold's dan banyak lagi...

Pemimpin ko bukan sahaja tak kaya mana pun, tapi menentang Islam dalam diam, angkat kafir pegang jawatan utama dan paling sadis menipu rakyat canang sana sini menang je Putrajaya, besok juga minyak turun RM1.50?

Brunei yang kaya raya pun terpaksa letak harga RM1.65 sen seliter...

Dan rakan politik kafir ko pun byk kali mencampuri urusan agama Islam dari sebelum merdeka sampai sekarang...

Sejak berjaya tukar, negara jiran dari milik Sultan Melayu ke milik cina PAP sampai sekarang...

Yang ni ko takut komen plak?

Ko hasut orang jatuhkan pemimpin dan Raja Islam, lepas tu ko naikkan bukan Islam jadi Menteri Kewangan?

Kalau PRU 15  menang, ko nak bagi dia jadi Timbalan Perdana Menteri?

PRU 16 jadi PM?

Modus operandi ni sama je skrip dan jalan cerita dengan sejarah Singapura, mula2 pakai songkok, berbuka puasa, pakai baju Melayu, buat baik dengan Tunku Abdul Rahman...

Bila dah dapat sokongan Melayu jenis pengkhianat dan tamak kuasa, buat pilihanraya dan menang dengan parti campuran Melayu dan Cina, konon nak tubuh kerajaan majmuk berbilang bangsa...

PM pertama dapat la kat Melayu, PM kedua sampai sekarang?

Bila kuasa Raja dah di buang, tukar jadi negara republik dan lantik Presiden, punya tamak sampai sekarang pegang rekod PM paling lama dalam dunia kalah PM kau 22 tahun tu...

Nasib baik Tunku bijak tak termakan lakonan Lee Kuan Yew itu sampai media menganggap bersahabat berdua ni, alih2 Tunku arah Singapura keluar dari Persekutuan Tanah Melayu, menangis Lee Kuan Yew tak percaya, google sendiri, dalam YouTube pun ada...

Tunku sampai kena penyakit kayap di sebabkan stress  dengan LKY yang kuat membodek, bahkan media meramalkan LKY bakal di lantik TPM melangkau pengaruh MCA dalam UMNO...

Keputusan Tunku pun di buat semasa beliau di dalam wad hospital, jauh dari sesiapa pun hatta LKY...

Keputusan yang amat tak di jangka...

Di sebabkan kebijaksanaan Tunku membuang Singapura, maka UMNO dan BN dengan gah memacu Malaysia selama 60 tahun tanpa ada masalah perpaduan, apatah lagi krisis antara kaum...

Kalau Tunku jenis Melayu pengkhianat dan bacul macam ko, dah lama PAP perintah Malaysia dengan PM Melayu boneka macam Presiden perempuan Melayu pertama di lantik di Singapura, walhal kuasa Perdana Menteri jauh lagi besar dari Presiden...

Malaysia menyesal buang Singapura?

Biarlah tak hebat macam Singapura, tapi bangsa Melayu hidup bahagia tak perlu stress, kos hidup tinggi setaraf Hong Kong dan Jepun...

Maju?

Kemajuan sebenar bukan dari material bhai, apa guna kemajuan kalau nak beranak pun tak boleh lebih dari 2 orang?

Tanah tak cukup asyik kena tambak jer bergaduh pulak dengan jiran?

Yang bekerja di Singapura, majoritinya tinggal di Johor di sebabkan kos, sanggup bangun jam 4 pagi setiap hari meredah kesesakan yang hanya beberapa kilometer sahaja, ada kerajaan Singapura nak buat apa2?

Bila DSN nak buat HSR, di tangguh pula, kononnya hutang tinggi...

Tanah Melayu ialah tanah bertuah sebagaimana tanah-tanah Islam yang lain, dilimpahi 'Emas Hitam' yang tak putus2, maka apa nak hairan dengan negara kerdil itu walau ekonominya di canang terbesar di Asia Tenggara?

Apa perlunya kerjasama politik dengan bangsa mereka jika kita tahu akhirnya mereka akan merampas negara ini sedikit demi sedikit?

Dan semua berkaitan agama Islam akan di ganggu apabila kerusi Parlimen dikuasai dengan majoriti 2/3 setelah kerusi dari Singapura yang banyak akan digabungkan dengan kerusi Parlimen Malaysia.

Strategi yang sama akan di gunakan oleh DAP untuk mengarahkan PM boneka dan SPR boneka untuk memecahkan sempadan kawasan penduduk bandar kononnya berkapasiti tinggi, lihat saja bilangan undi majoriti di bandar besar terutamanya di Kuala Lumpur, ada yang mencegah majoriti ratusan ribu undi dan kebanyakannya puluhan ribu...

Bayangkan satu kerusi Parlimen di bandar yang di menangi DAP sekarang di pecahkan 2 atau 3?

Dari 42 kerusi PRU 14, akan berganda menjadi 80 atau 120 kerusi di PRU 15 yang di wakili oleh bangsa Cina sahaja, anda tahu jumlah bilangan kerusi di Parlimen Singapura?

Menghampiri 100 kerusi dengan hanya mewakili pengundi seramai tak sampai 3 juta dari jumlah penduduk hanya 5 juta?

Alasannya Singapura negara kedua terpadat dalam dunia selepas Monaco...

Tidak ada satu pun pemimpin parti politik di Singapura di pegang bangsa Melayu walau jumlah penduduk Melayu di Singapura seramai 13%...

Ini di sebabkan polisi negara Singapura yang memecahkan sempadan pilihanraya kepada kepadatan penduduk dan bukannya keluasan kawasan, akibatnya kaum Melayu tidak dapat melantik wakil rakyat kerana setiap kawasan jumlah pengundi yang rendah, tidak seperti kaum Cina yang berkumpul di bandar besar...

Baru nampak kenapa kaum Cina sanggup bersesak berkumpul tinggal dalam kawasan bandar walaupun kos hidup tinggi?

Mereka ini bukan bodoh nak tengok jer Melayu UMNO cantas perniagaan dia orang walhal majoriti pendapatan negara datangnya dari cukai GLC dan kakitangan kerajaan dan bukannya dari perniagaan oleh kaum Cina...

Mereka mula membenci UMNO dan DSN bila GST di perkenalkan, habis semua perniagaan hatta kedai runcit pun terpaksa membayar cukai yang sepatutnya mereka bayar sekian lama, berapa banyak kedai runcit Cina yang guna sistem GST walau terpaksa membeli sistem yang berharga lima angka?

Di sinilah bermulanya era penghijrahan sokongan kaum Cina dari MCA ke DAP...

Isu rasuah hanyalah retorik dan persepsi di canang DAP, di tambah pula dendam PM lama hanya sebab anaknya di pecat dari MB Kedah dan kroni2 seperti YTL, Berjaya Group, Astro, Maxis dan lain2 di sailang oleh DS Najib demi kepentingan rakyat...

Masih ingat zaman UMNO berkuasa, DAP pertikai Parlimen Putrajaya yang berkapasiti penduduk yang rendah kononnya tak layak di wakili satu kerusi Parlimen?

Tidak senang dan dendam kepada bangsa Melayu, PAP di tubuhkan di Malaysia untuk menyertai Pilihanraya Umum 1969 dan menang di bandar2 besar terutamanya Kuala Lumpur...

Sejurus menang, mereka membuat perarakan membawa bendera PAP dan sepanduk menghina Melayu, sila google koleksi gambar2 13 Mei 1969...

Selepas darurat tamat, PAP di haramkan dan di ganti dengan DAP sehinggalah sekarang...

Rasa korang lah, kebetulan atau tak skrip dan jalan cerita lebih kurang sama macam sekarang?

Pemimpin DAP buat baik dengan Melayu, bagi duit kat Melayu Penang, masuk masjid bagi cek besar kasi masuk berita, buka puasa, hatta bagi tazkirah dalam surau pun ada bai...

Siap keluar hadis Nabi lagi tu dia punya pandai berlakon, nasib x der lagi yang pakai songkok masuk kampung Melayu macam LKY kat Singapura...

Pandai LGE siap berhenti berucap masa azan, kebetulan pulak ada yang rakam, walhal bukan sidang media apa pun, agaknya kalau dia orang nie solat pun di puji melangit...

Lakonan ini semua bukannya semasa PAS berada dalam PR, masa itu DAP masih belum 'obvious' berlakon dan kerusi Parlimen mereka pun tak sampai 30 iaitu sama rata dengan PKR dan PAS...

Tapi bila kerusi DAP makin banyak, makin ramai Melayu sokong dan mula mencabar teguran PAS semasa 'Langkah Kajang' oleh DSAI, krisis MB Selangor dan rancangan 'Lompat Parti' anjuran DSAI, maka PAS pantas celik dan sedar siapa sebenarnya DAP...

Sekarang lihatlah liciknya DAP menggunakan Ahli Parlimen Melayu PKR dan Amanah berbahas dalam Parlimen isu ICERD, Statut Rom, Tabung Haji, FELDA, 1MDB, SMPC, Bajet Petani, Isu Adib, Isu Kuil, Isu Salib Besar, Isu Sebarkan Kristian di Pulau Pinang bahkan isu status agama dalam Kad Pengenalan pun di suruhnya orang lain yang bahas...

Tugas MP DAP dalam Parlimen, hanya mengusulkan isu2 sensitif supaya Melayu makin saling membenci dan berpecah belah, isu 1MDB, isu ICERD dan banyak lagi adalah di bangkitkan oleh Ahli Parlimen DAP...

Ramai masih tak tahu, atau buat tak tahu yang hakikat di Singapura semua masjid di larang azan menggunakan pembesar suara...

Hanya Masjid Sultan Johor sahaja terpaksa di benarkan azan melalui pembesar suara...

Masih mahu pertikai Sultan?

Dan ramai masih tak tahu dan buat2 tak tahu yang di Pulau Pinang telah di wartakan hanya azan sahaja dibenarkan melalui pembesar suara sejak tahun 2015, alasannya terdapat aduan dari orang Islam sendiri, betul atau tak, wallahua’lam...

Agak2 kalau parti DAP yang berasaskan kaum Cina Kristian menang PRU 16 atau 17 dan seterusnya dengan bilangan kerusi yang melebihi bilangan parti lain dalam PH, adakah mereka semakin sokong Islam atau benci Islam dalam diam?


Tidakkah mereka sedar, mengapa DAP sendiri membisu mengenai isu Statut Rom sedangkan telah jelas lagi bersuluh, Statut Rom adalah agenda DAP...

0 comments:

fda

Archives