Sunday, May 5, 2019

Fitnah Terbaru PH, DS Najib Curi Duit KWAP Sebanyak RM4 Bilion

Macai Fitnah Dengan Auta, DS Najib Jawab Dengan Fakta


Penyokong PH sedang cuba menularkan tuduhan bahawa saya telah curi RM4 bilion dari KWAP melalui syarikat SRC International...

Propaganda mereka adalah berdasarkan tajuk berita sensasi yang berbunyi 'pihak bank mengesahkan dana RM4 bilion telah dipindahkan dari KWAP kepada SRC(BACA DI SINI)...

Biar saya jelaskan berdasarkan apa yang sudah di dedahkan dalam mahkamah sejak kes saya bermula...

SRC International adalah syarikat 100% milik kerajaan...

KWAP meminjam RM2 bilion pada tahun 2011 dan RM2 bilion lagi kepada SRC international pada tahun 2012...

Pinjaman ini di jamin oleh kerajaan dan adalah untuk tempoh 10 tahun...

Untuk 5 tahun pertama, SRC hanya membayar faedah antara 4.3% hingga 5.1% setahun kepada KWAP...

Pada tahun ke 6, iaitu pada tahun 2016 dan 2017, SRC mula membayar balik secara ansuran pokok (prinsipal) dengan faedah tahunan kepada KWAP...

Saya di dakwa menerima dana RM42 juta dari syarikat Ihsan Perdana pada akhir tahun 2014 dan permulaan tahun 2015 - iaitu TIGA tahun selepas KWAP meminjam kepada SRC...

Saya BUKAN di dakwa menggelapkan atau mencuri RM4 bilion dari SRC...




Lampiran ini adalah dari Laporan Tahunan 2017 KWAP yang di audit dan di keluarkan pada November 2018 iaitu selepas PH ambil alih kerajaan...

Laporan tahunan ini jelas menunjukkan KWAP tidak mengalami apa2 kerugian dari pinjaman mereka kepada SRC...

KWAP di bayar oleh SRC tepat pada masanya setiap 6 bulan mengikut jadual dan syarat pinjaman...

Malah, laporan tahunan 2017 untuk KWAP menunjukkan prestasi yang baik untuk tahun itu di mana pendapatan KWAP telah naik ke RM9 bilion berbanding purata RM6 bilion pada tahun2 yang lepas...

Saiz aset KWAP juga telah naik RM16 bilion ke RM141 bilion berbanding RM125 bilion untuk tahun 2016 dan RM100 bilion pada tahun 2013...

Macai kata DS Najib curi duit dari KWAP dan pindahkan ke akaun peribadi beliau, hakikatnya, duit yang keluar dari KWAP TIDAK pernah masuk ke akaun peribadi DS Najib tapi masuk ke akaun SRC...

Dan peralihan masuk nie adalah mengikut SOP yang betul serta dalam bentuk PINJAMAN (BACA DI SINI)...

SRC TIDAK PERNAH GAGAL membayar balik kadar faedah yang di kenakan...

Dalam ertikata lain, KWAP mendapat keuntungan hasil dari PINJAMAN dan SRC mendapat menafaat kerana duit yang di PINJAM di gunakan untuk menjana keuntungan kepada SRC...

Celah mana yang di katakan DS Najib curi duit dari KWAP...

Busuk betul fitnah kau cai!!!

Sila BACA DI SINI untuk mendapatkan makluman lanjut mengenai Lapuran Tahunan 2017 KWAP...



Dari FB Dato' Seri Najib Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

0 comments:

fda

Archives