Wednesday, July 25, 2018

Tabung Harapan : Wayang Kerajaan Buat Hutang


30hb Mei yg lepas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir lancarkan Tabung Harapan...

Tujuan tabung nie di lancarkan sbb 'kununnya' hutang luar negara dah sampai ke tahap RM1 bilion...

Ramai yg menganga, yg melopong sampai langau bertelur dalam mulut pun ada bila Ah Beng (Guan Eng) umumkan hutang luar Malaysia RM1 trilion...

Nak salahkan rakyat yg uneducated (dgn izin...😂😂😂) tak boleh gak...

Tapi kita bersangka baiklah pd puak2 yg percaya tu sbb mungkin puak2 tu terlupa yg Ah Beng pernah tersilap kira kos dlm isu 'tewolong'  Pulau Pinang...

Betulker Hutang Luar Malaysia RM1 Trilion



Mula2 Mahathir umumkan yg hutang negara dah melebihi RM1 trilion...

Kadar hutang negara dgn KDNK pulak dah mencecah 80.3%...

Kalau tak betul2 berjimat, negara akan bankrap...

Masa tu Mahathir umumkan semua projek mega warisan BN akan di batalkan serta merta!!!

Ek eleh, dalam dok cakap negara nak bankrap, projek yg kata batal tu tetiba pulak umum akan di teruskan, yg paling 'win' nak di teruskan dengan kos yang berlipat kali ganda tinggi dari kos yg BN umumkan masa jadi kerajaan dulu...

Cuba baca di sini :
Dalam Dok Cakap Negara Nak Bankrap, Kerajaan Teruskan Projek Mega Dengan Kos Lebih Tinggi

Paling syahdu bila sekarang nie Mahathir pula mengaku yg kadar hutang negara berbanding KDNK ialah 53%...

Maksudnya betullah hutang negara mcm yg kerajaan BN dulu umumkan RM686.8 bilion!!!

Kerajaan PH Tambah Hutang, Tabung Harapan Tolong Bayar

Kutipan Tabung Harapan kini mencecah RM156 juta sejak di lancarkan...

Tujuan Tabung Harapan di lancarkan adalah untuk membayar hutang negara yang di katakan membarah sehingga mencecah RM1 trilion di bawah Barisan Nasional...

Saja nak bagitau kepada penderma Tabung Harapan, sejak 9 Mei 2018 Kerajaan Pakatan Harapan menerbitkan hutang (bon) baru berjumlah RM22.5 bilion...

Hutang baru yang diterbitkan adalah :

1. RM3.0 bilion pada 15 Mei 2018
2. RM3.5 bilion pada 24 Mei 2018
3. RM4.0 bilion pada 31 Mei 2018
4. RM2.5 bilion pada 8 Jun 2018
5. RM3.5 bilion pada 29 Jun 2018
6. RM2.5 bilion pada 6 Julai 2018
7. RM4.0 bilion pada 16 Julai 2018

Dalam masa yang sama sejumlah RM8.3 bilion hutang baru ini di gunakan untuk membayar hutang lama yang telah matang (debt rollover)...

Jadi sejak Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, mereka telah menambah hutang negara sebanyak RM14.2 bilion bersih berbanding RM156 juta yang di kutip daripada rakyat yang di katakan bertujuan untuk membayar hutang negara...

Hutang negara dalam bentuk sekuriti Kerajaan meningkat daripada RM690.6 bilion pada Mei 2018 kepada RM702.6 bilion sehingga kini...

Anda derma RM156 juta, kerajaan pujaan anda menambah hutang hampir 100 kali ganda...

Jangan patah semangat...

Teruskan menderma...

Rakyat Malaysia terbaik!!!





Rujukan :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1772769769465337&id=822217207853936

0 comments:

fda

Archives