Saturday, July 28, 2018

Jangan Politikkan Khazanah Nasional Berhad

PELETAKAN JAWATAN AHLI LEMBAGA PENGARAH KHAZANAH NASIONAL BERHAD 


Peletakan jawatan semua sembilan ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad, patut di tangani oleh kerajaan agar tidak membantutkan pertumbuhannya serta GLC di bawah naungannya...


Peletakan jawatan secara beramai2 ini berlaku seminggu selepas kerajaan Pakatan Harapan menyelar Khazanah yang di sifatkannya gagal membantu perniagaan Bumiputera...

Campurtangan Dari Kerajaan Kepada Khazanah Nasional Akan Beri Kesan Pada GLC

Ekoran dari peletakan jawatan secara serentak kesemua ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional nie, kita bimbang dengan kedudukan portfolio pelaburan asingnya serta kedudukan puluhan GLC di bawahnya...

Kita juga bimbang jika penyusunan syarikat2 di bawah Khazanah akan mengalami kemelut berikutan langkah tegas memecat dan memaksa pegawai tinggi lantikan Kerajaan Barisan Nasional dahulu untuk meletak jawatan...

Walaupun ia di lihat akan membuka peluang kenaikan pangkat kepada kakitangan sekarang, kerajaan juga boleh melantik orang pilihan mereka sendiri untuk menggantikan yang sedia ada...

Kerajaan Sendiri Yang Akan Rugi Sekiranya Memilih Lembaga Pengarah Yang Tidak Berkemampuan


Apa yang menjadi persoalan ialah adakah peletakan jawatan kesemua ahli lembaga pengarah sebenarnya di sebabkan ada tekanan terhadap mereka kerana mereka ini di lihat benar2 berkhidmat dengan cemerlang dan menyumbang ke arah kejayaan syarikat...

Portfolio pelaburan Khazanah boleh terjejas jika lantikan ahli pengarah mereka di buat secara 'tangkap muat' dan berbaur politik tanpa mengutamakan prinsip korporat yang baik...

Jika di teliti kebolehan semua ahli lembaga pengarah, mereka ini benar2 menerajui Khazanah dengan pengalaman dunia korporat seperti bank perdagangan serta Bank Negara Malaysia...

Baca di sini :
Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Menggalas T/Jawab Yang Berat Menguruskan Saham Amanah

Kerajaan di harap dapat mencalonkan barisan yang setaraf ataupun lebih baik, agar iklim pelaburan tempatan dan pelabur asing khasnya, tidak terganggu dengannya...


Khazanah yang memiliki sejumlah pegangan dalam Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, Axiata Group, CIMB Group, Malaysia Airports Holdings, IHH Healthcare dan memiliki Malaysia Airlines, di khuatiri akan memberi impak negatif kepada kaunter di Bursa Malaysia...

Baca di sini :
Kerajaan Hilang RM2 Bilion Sehari Di Bursa Saham Malaysia Akibat Peletakan Jawatan Semua Lembaga Pengarah Khazanah Nasional

Khazanah juga terbabit dengan projek 'sovereign wealth fund' di Singapura melalui usahasama dengan Temasek Holdings dalam pembangunan enam fasa pembangunan hartanah di republik itu, termasuk Marina One and Duo...

Tatkala hubungan dengan Singapura terjejas berikutan pembatalan projek HSR, sebarang perkembangan dalam Khazanah akan memberi kesan lanjut kepada hubungan diplomatik Malaysia dengan republik itu...


Dan apakah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan akan terus membuat keputusan dan dasar yang akan membuat Malaysia di sisihkan oleh dunia!!!

Baca di sini :
Kerajaan PH Akan Membuatkan Malaysia Di Sisihkan Dunia

Pembangkang berharap kerajaan akan 'menyelamatkan' keadaan ini secepat mungkin agar portfolio pelaburan Khazanah tidak terjejas dan menipiskan keyakinan pelabur asing yang beransur2 pulih pada masa ini...



Petikan dari kenyataan media :

Ahmad Zahid Hamidi
Kuala Lumpur
26 Julai 2018

0 comments:

fda

Archives