Masa dapat video klip nie, terlopong mulut aku derr...
Seyes aku terkejut derr...😲😲😲
Mcm P. Remlee cakap, "Sumpah... makan satey 40 cucukkk"...
Tetiba jer, Tan Sri Rais Yatim muncul dlm perhimpunan Kebangkitan Ummah baru2 nie!!!
Ayat pertama yg keluar dari mulut aku, "Dia nie sesumpah ker!!!"...
Sebab apa aku cakap cam tu, jom kita edisi siasat sikit...
Apa Alasan Sebenar Rais Yatim Hadir - Untuk Melayu Atau Memperalatkan Melayu
Rais Yatim sebelum nie mmg sangat2 kita kenali sebagai seorang penjilat tegar Mahathir...
Dalam bahasa lembut, macai Mahathir!!!
Nie apa yg Rais Yatim cakap tahun 2015...
Ini apa yg berlaku bila Pakatan Harapan berjaya tumbangkan BN dan Mahathir jadi perdana menteri...
Kenapa Rais Yatim melompat dari Umno ke PPBM...🤔🤔🤔
Ada ker sebab perjuangan agama, bangsa dan tanahair...
Nanti dulu...🤚🤚🤚
Hakikatnya Isu UEC Sengaja Di Hangatkan, Kehadiran Rais Yatim Ke Padang KSS Adalah Arahan
Semua orang tahu, Mahathir hanyalah sekadar boneka kepada DAP...
Walau pun sekarang Mahathir berada di puncak kuasa tapi jawatan perdana menteri yg Mahathir pegang sekarang tak memberikan dia apa2 kuasa...
Apa jadi dgn idea kereta nasional kedua Mahathir???
Apa jadi dengan idea 'Menara M' Mahathir???
Buta jer kena renjis dgn DAP...ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Setiap kenyataan, perbuatan dan keputusan mestilah mendapat restu dari DAP...
Kenapa???
Sebab PPBM hanyalah ibarat melukut di tepi gantang dalam Pakatan Harapan...
Sebagai seorang yg dah pernah memimpin Malaysia mcm negara nie mak bapak dia punya apatah lagi sebagai seorang yg keras kepala dan angkuh, keadaan nie sememangnya tak dapat di terima Mahathir...
PPBM WAJIB ada suara majoriti dalam PH kalau Mahathir nak berkuasa sepenuhnya mcm dulu...
Tanam Pisang Rapat2, Biar Senang Puyuh Berlari, Ku Pinang2 Tak Dapat, Aku Pujuk Bawa Lari
Tapi macam mana caranya???
Mahathir tahu Umno walau pun di blok pembangkang tapi Umno masih lagi parti tunggal yg ada paling banyak kerusi dlm parlimen...
Lagi cantik kalau Mahathir dapat tarik semua ahli parlimen Umno dgn PAN ke dalam PPBM...
Confirm Mahathir akan dapat balik kuasa mutlak...
Tapi sebagai seorang yg sombong, Mahathir sama sekali tak mengakui yg PPBM perlukan Umno...
Dia cuba pujuk Zahid dalam pertemuan selepas PRU 14 yg lepas tapi gagal...
Utk cover malu, Mahathir 'spin' kononnya Zahid yg bergolek2 nak jumpa dia...
Bila Zahid kata dia ada rakam perbualan antara dia dgn Mahathir, terus macai2 Mahathir senyap...😛😛😛
Tak boleh cara pujuk, Mahathir cuba cara lain...
Blogger The Third Force berikan gambaran apa yg telah, sedang dan akan di lakukan Mahathir...
Perlantikan Dr. Mazlee Ialah Langkah Pertama Dalam Perancangan Mahathir
Mahathir sebenarnya memang dah merancang utk gunakan isu UEC...
Sebab tu Mahathir sendiri nakkan jawatan Menteri Pendidikan...
Tapi di bantah, jadinya Mahathir lantik Mazlee utk jalankan perancangan dia...
Bila Mazlee dah jadi menteri pendidikan, Mahathir arahkan supaya isu UEC di panaskan balik dgn pengumuman kementerian pendidikan akan iktiraf UEC...
Mahathir tahu orang Melayu akan marah bila isu UEC di bangkitkan...
Ibarat orang mengantuk di sorongkan bantal...
Untuk menambahkan kemarahan org Melayu, Mahathir sengaja membiarkan tok sami masuk ke parlimen!!!
Begitu juga dengan isu membuka MARA, MRSM dan UiTm kepada semua kaum...
Hampir pada kemuncak kemarahan orang Melayu bila Menteri Sumber Manusia, Kulasegaran mengatakan Melayu bangsa pendatang di Malaysia...
Perancangan Mahathir Berjalan Lancar
Hari Sabtu 28hb Julai 2018 bila orang Melayu mula bersuara, Mahathir menghantar Rais Yatim utk menghantar mesej yg kononnya pentadbiran tertinggi PPBM tak bersetuju dgn pengiktirafan UEC tapi tak mampu berbuat apa2 kerana PPBM hanyalah suara minoriti dlm kerajaan PH...
Tapi kita jangan lupa, Mazlee dari PPBM dan apakah Mazlee akan suka2 keluarkan kenyataan yg sensitif tanpa merujuk pada bosnya Mahathir???
Secara tersirat, Rais cuba menggambarkan Mahathir sebagai hero org Melayu dgn mengimbas balik apa yg ada dlm Wawasan 2020 walau pun hakikatnya tak ada kena mengena pun dgn isu pengiktirafan UEC...
Jelas Mahathir, Mazlee dan Rais menjadi perancang segala2nya...
Apa Perancangan Seterusnya
Bila org Melayu dah mula menyatakan bantahan, Mahathir akan arahkan Mazlee supaya menyatakan bahawa pihak Kementerian Pendidikan tak dapat mengiktiraf pensijilan UEC sebab tak selaras dgn Bahagian 4 Akta Pendidikan Negara 1996 yang mengkehendaki bahasa pengantarnya ialah bahasa kebangsaan...
DAP pasti akan marah dgn kenyataan u-turn Mazlee...
Inilah yg Mahathir nak, kemarahan org Melayu pd PPBM akan di alihkan pd DAP...
Kemarahan org Melayu pd kerajaan akan di tumpukan pd DAP...
Sebab DAP lah yg Rais maksudkan dgn perkataan 'mereka' dlm ucapan dia!!!
Mahathir Akan Di Lihat Sebagai Pejuang Bangsa Yang Menyatukan Orang Melayu
Mahathir akan minta semua ahli parlimen Melayu dari Umno, PAN, PKR dan mungkin juga PAS utk menyertai PPBM 'demi menyelamatkan maruah agama dan bangsa di Malaysia'...
Sama ada drama airmata ada atau tak, belum dapat di pastikan lagi...ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Rakyat di akar umbi parti pasti akan mendesak pemimpin parti supaya menyertai PPBM...
Rakyat pula akan terangguk2 setuju...
PPBM Jadi Parti Dominan Dan Mahathir Kembali Berkuasa
Itulah yg akan berlaku bila ahli parlimen Umno, PAN, PKR dan PAS melompat ke PPBM...
Sejarah kematian Semangat 46 akan berulang...
Selepas kematian Semangat 46 maka Mahathir dapat berkuasa dgn cukup selesa...
Kita cintakan ugama Islam...
Kita sayangkan budaya dan bangsa Melayu...
Kita akan berkorban apa saja, harta, tenaga malah nyawa sekali pun utk pertahankannya...
Tapi janganlah dlm perjuangan mempertahankan maruah ugama, negara dan bangsa, kita menjadi alat pada manusia yg tamak haloba dan berhati busuk...
PRK Sg. Kandis Umno dan PAS boleh berkerjasama, mari kita teruskan kerjasama...
Kita berkerjasam utk agama, tanahair dan bangsa...
Kita berkerjasama utk tawan balik Putrajaya...
Rais Yatim bukanlah orangnya yg boleh kita sandarkan harapan utk perjuang dan pertahankan maruah ugama, negara dan bangsa kita kerana dia hanyalah alat atau pun macai Mahathir dari dulu, kini dan selamanya...
0 comments:
Post a Comment