Sunday, July 29, 2018

Siapa Kata Tun M Jahat, Kalau Tak Percaya Cuba Baca...


Ingat lagi tak video klip Tun Mahathir sebelum PRU 14 lepas...

Ayat paling 'win' yg takkan aku lupa ialah, "Atoq perlu baiki kesilapan yang pernah Atoq lakukan dulu"...

Menitik airmata aku derrr...😭😭😭😭😭

Cara Mahathir 'Baiki' Kesilapan Yang Pernah Dia Lakukan Dulu

Baca dan nilaikan sendiri derrr...

Mahathir Akan Buang Tongkat Orang Melayu

Datuk Johan Merican
Johan Merican (dulu CEO Talent Corp) buat cadangan yg dah di persetujui Mahathir...

Skrg nie Mahathir dah lantik Johan utk jadi penasihat pada Majlis Penasihat Ekonomi @ nama glamornya Majlis Perompak Tua Negara dlm merangka bajet baru negara... 

Baca di sini :
Mahathir Serahkan Bajet Negara Ke Tangan Johan Merican

5hb Julai 2O18, Johan cadangkan penjimatan bajet tahap gaban pd Majlis Penasihat Ekonomi...

Nak tahu apa cadangan Johan...

MARA Bukan Hanya Untuk Melayu Tapi Untuk Semua

MARA di pecahkan pada 3 :

》Pendidikan - di serah pada Kementerian Pendidikan...

》Perniagaan - di serah pada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (Azmin)...

》Giat MARA - di serah pada Kementerian Pembangunan Usahawan...

MARA akan di gantikan dengan entiti baru dgn nama MARA Corporation...

Lepas Me'Malaysia Baru'kan MARA, Khazanah Nasional Pula

Ekoran perletakan jawatan kesemua lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad, Mahathir akan lantik 11 orang pengurusan tertinggi sebagai pengganti...

Atas persetujuan Azmin, Lim Guan Eng (Ah Beng) akan memasukkan nama2 baru dari pelbagai kaum (Malaysia Baru lah kan)...

Kemungkinan Cina akan lebih ramai di lantik ke dalam Khazanah Nasional bagi tujuan perniagaan strategik...

Dan 11 orang yang di lantik nie akan di pindahkan ke MARA Corp...



Ianya bagi merelevankan 'hasrat murni' Azmin Ali utk mencatur semula DEB, MEB berteraskan keperluan dan bukannya kaum...

Dalam ertikata lain, MARA dgn Khazanah Nasional bukan lagi tongkat utk org Melayu sbb Mahathir dah patahkan dgn perlaksanaan perancangan nie...


Kalau Dulu Anwar Cuba Nak Lawan Tokey (Mahathir) Tapi Sekarang Mahathir Pimpin Azmin Untuk Lawan Anwar

Khabarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim marah sangat2 dengan 'game' Azmin Ali & Ah Beng...

Tapi kumpulan otai reformasi yg kuat mendokong Anwar dah yakinkan beliau bahawa nie semua game Mahathir dgn Daim...

Jadi takkan Bang Non nak dok tenguk jer kan...

Jadi dlm diam, Anwar dah mula hidupkan networkingnya...

Anwar jumpa Tan Sri Muhyiddin kat Singapura sebelum berangkat ke Turki..

Muhyiddin waktu tu buat medical check up utk penyakit usus yg beliau hidapi sejak jadi MB Johor...

Tapi Mahathir dah tahu ttg pertemuan tu...

Serta merta Mahathir arahkan Muhyiddin cuti selama sebulan...

Mungkin mcm mantan peguam negara Apandi Ali dulu lah kut...

Sementara Anwar ke luar negara utk bertemu dgn wakil Likud di Ksennet Israel...

Pertemuan dgn wakil Likud tu di rancang di adakan di Turki...

Anwar perlu bukti utk hukum Azmin yg di arah Mahathir utk lawan beliau dlm pemilihan jawatan presiden PKR...

Sifir dia mudah, kalau Anwar kalah maka karier politik Anwar gerenti merudum...

Jadi Mahathir bolehlah menongkat langit jadi perdana menteri...

Sifir perdana menteri 2 tahun dah lama Mahathir padamkan kat Putrajaya tuu!!!

Sebab tu pelantikan Azmin sebagai Menteri Ekonomi di umumkan awal (walhal barisan kabinet tertangguh hampir 1 Bulan even lepas Hari Raya)...

Tujuannya supaya ramai hardcore Anwar & kem Kak Wan ubah kiblat mcm semut kejar gula...

Anwar Tunggu Masa Untuk Bertindak



Rahsia Azmin dah ada di tangan Anwar... 

Penipuan kes 1MDB Anwar dah tahu...

Dokumen Panama Listing pun dah ada di tangan Anwar...


Utk jadikan semua isu yg bakal Anwar letupkan nanti (dgn bukti2 yg ada) sebagai isu suam2 kuku, Mahathir pantas hantar Daim ke China kononnya nak uruskan pengampunan Jho Low yg di katakan ada di Macau...

Senarai Nama Dalam Panama Paper Listing Akan Jadi Senjata Utama Anwar


Claire Brown tahu, kalau Anwar memiliki Panama Listing rahsia sebenar dia buat portal Sarawak Report akan terbongkar...

Claire menggerakkan Sarawak Report utk dedahkan kes rasuah Tun Taib Mahmud...


Tapi bila Claire menulis Money Trails 1MDB pergi ke UBG, Daim dah terangkat...


UBG adalah Utama Banking Group Milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, anak Taib Mahmud yg sebelum nie menguasai RHB dari Rashid Hussin...

Umum tahu, di era Mahathir dulu, Rahshid Husin adalah kroni Daim dengan Mahathir...

Pertukaran saham dah berlaku dan RHB kini menjadi salah satu bank dalam empayar Daim...


Utk selamatkan Taib Mahmud, Mahathir jumpa Claire Brown kat London...

Mahathir upah Claire Brown untuk bayar maklumat dari Justo, staff PetroSaudi...

Dan sekarang, umum semakin melupakan kisah UBG, dan yang jadi hangat ialah isu skandal 1MDB...

Bila Mahathir kata UMNO gunakan duit 1MDB utk bayar PAS, rakyat mula tolak PAS...


PAS menyaman Claire Brown di mahkamah UK...

Tapi Claire Brown masih setia sbb yakin Mahathir akan jaga kepentingan dirinya...

Lepas PAS di asingkan dari DAP dan PKR, Mahathir umumkan menyertai PH...

The Game Is ON, The Ball Is Rolling...

Lepas menang PRU14, Mahathir panggil semua yg terlibat utk pastikan sabitan tuduhan atas Najib dlm skandal 1MDB...

Claire di sambut meriah...

Xabier Justo di tatang...

Lepas KP SPRM, AG & Ketua Hakim di tukarkan atas alasan pembersihan jentera kerajaan kononnya...

Agent CIA, FBI & DoJ di panggil mengadap Council Of Elders...

Nie semua utk pastikan pendakwaan akan berjaya...

Bila Strategi Mula Memakan Diri Sendiri

Tapi bila Xavier Justo beri keterangan yg sama mcm siasatan awal PDRM, 1MDB Task Force bahawa beliau black mailed utk bocorkan E-mail palsu, maka SPRM tahu kes nie agak lemah...

Claire Brown pulak tak dapat layanan istimewa masa beri keterangan utk bantu SPRM malah Claire Brown pulak desak mengenai kes UBG...

Sebab tu Claire Brown hanya di panggil sekali jer...

Claire rasa di khianati bila Mahathir tak protect dia dlm kes saman PAS di London...

Claire mula berdendam...

Utk terus relevankan isu 1MDB, Mahatbir M
hantar Daim ke China bagi buat cerita bahawa Jho Low dah di tahan dan sedia bekerjasama jadi saksi pd kerajaan PH...

Merasakan Jho Low dapat imuniti, Claire Brown bocorkan rahsia sebenar lawatan Daim ke China...

Tapi kerajaan China TIDAK MELAYAN kehendak Mahathir dgn Daim...

Kerana pada China, Mahathir tak menghormati China dgn menghentikan projek yg mereka dah banyak melabur...

China menghukum Mahathir dan Daim dgn beri signal simple tapi sempoi...

Kami akan beli kelapa sawit dari Indonesia...

BUKAN dari Malaysia seperti perjanjian dgn Dato' Sri Najib..

Kerana bagi China, kalau kau boleh batalkan perjanjian, aku seribu kali lebih boleh buat benda yg sama pada kau!!!


FinMa, Agensi Kewangan Swiss pulak dah laporkan lada 1O Julai bahawa Najib tak terlibat fgn skandal 1MDB...

Baca di sini :
Peguam Negara Switzerland Sahkan Najib Bukan Antara Yang Terlibat Dalam Skandal 1MDB

Madey makin tertekan...💆‍♂️💆‍♂️💆‍♂️

Dia mesti alihkan fokus pd isu 1MDB secara berterusan utk merelevankan penipuan mereka...

Anak2 Najib pulak yg Mahathir jadikan mangsa...

Anak2 Najib akan di dedahkan mempunyai perangai kaki joli sama mcm Jho Low...


Tak mcm anak cucu Mahathir yg 'sgt2 beradab dan berjimat cermat'!!!

Mahathir mahu rakyat lupakan Janji 1OO Hari PH...

Mahathir mahu rakyat melupakan keruncingan harga barangan akibat polisi flip flop SST mengganti GST...

Mahathir mahu rakyat mendesak supaya Najib di kenakan tindakan...

Mahathir Sedang Cipta Perpecahan Dalam PH

Sementara keadaan masih dalam kawalan, Mahathir tahu dia perlu cepat mengangkat Boboi jadi presiden PPBM...

PAN yg dah di beli Mahathir akan di jadikan hero rakyat Harapan Baru...

Menteri PAN makin galak buat statement gila...

Akhirnya PAN akan bergaduh dgn DAPdan menyertai PPBM...

Maka PPBM akan jadi parti dominan dalam Pakatan Harapan...

PKR pula skrg nie dah pecah pd 3 Kem...

》Kem Anwar
》Kem Azizah
》Kem Azmin Ali

Mahathir jangkakan 3O% dari perpecahan PKR akan menyertai PPBM....

30% tu dah tentu Mahathir harapkan dari kem Azmin...

Utk lemahkan PKR, Madey lagakan PKR dgn PAS...

Madey biarkan PKR bertempur dgn UMNO dlm PRK Sg Kandis...

Statement Mahathir, PAS 2X5 macam UMNO...

Madey lupa Common Enemy pd UMNO,PAS, PKR & DAP ialah beliau sendiri...

Namun dia sangka Anwar dah lupa...

Anwar ialah tarzan bercawat yg akan menakluk hutan...

Muhyiddin dgn Syed SadDick yg akan di korbankan atas nama demokerasi terancang pada pemilihan PPBM Disember 2O18 nie dah mula sediakan Safety Net utk menyeberang ke UMNO bersama Shafiee Apdal yg kena kencing dlm menuntut royalty minyak 2O%  dan tuntutan Sabah dalam Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia MA1963...

Nak tahu tentang panglima Bugis Org Besar 4 Pahang?

Bila panglima Bugis akan buka langkah di gelanggang...

Sebab khabarnya sekarang dah selesai asah parang...

Tapi kali nie, panglima Bugis tak nak tersilap langkah lagi...

Patah riuk dan cedera parah akibat pukulan curi lawan dlm pertarungan lepas masih di rasakan...

Kali nie, langkah dan pukulan mesti padat...

Firasat mesti tepat...

Lawan tua yg dah nak kehabisan nyawa banyak tipu helahnya...

Kalau nak tahu, tanya sama itu hud hud...😉😉😉

Sementara tunggu kesudahan cerita, mintak kopi  kaw Cap Kapal Layar satu...

0 comments:

fda

Archives