Monday, July 2, 2018

Mahathir mahukah tebus dosa pada Sabah Sarawak?


Akta Pembangunan Petroleum 1974 ialah undang-undang yang digunakan untuk memindahkan hak-hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan untuk mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai Malaysia hendaklah diletak hak nya pada suatu Perbadanan –PETRONAS.

Namun perairan wilayah milik Sabah dan Sarawak telah dirampas oleh Kerajaan Persekutuan dengan menggunakan 3 Akta Parlimen seperti berikut sebelum hak ini dipinda milik kepada PETRONAS:

1. Akta Pelantar Benua 1966 (The Continental Shelf Act 1966);

2. Akta Perlombongan Petroliam 1966 (The Petroleum Mining Act 1966); and

3. Ordinan Darurat (Kuasa Kuasa Perlu) No.7 1969 (The Emergency (Essential Powers) Ordinance no.7 1969)

Akta Pelantar Benua 1966 menjadi tulang belakang rampasan ini di mana ia mentakrifkan: “Pelantar benua” ertinya dasar laut dan tanah bawah di kawasan bawah laut yang bersempadanan dengan pantai Malaysia tetapi di luar had perairan wilayah Negeri, permukaan yang terletak pada kedalaman yang tidak lebih daripada dua ratus meter di bawah permukaan laut, atau, jika kedalaman perairan superjasen boleh di eksploitasi sumber alam di kawasan tersebut akan di lakukan sedalam mana pun;

Dengan Akta ini, Kerajaan Persekutuan merampas “Pelantar Benua” yang telah di peruntukan kepada Sabah dan Sarawak melalui Perintah Majlis Borneo Utara (Pengubahan Sempadan) 1954. Kemudian dalam Akta Pelantar Benua ini memperuntukkan bahawa hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai hak untuk mengeksploitasi Pelantar Benua tersebut:
TETAPI

Apabila Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak pada 23 November 2011 telah mengisythirkan bahawa Proklamasi Darurat yang berkuatkuasa diseluruh negara sejak 15hb Mei 1969 ditarik balik berdasarkan Artikal 150 (7). Dengan pengisytiharan ini, bermakna semua undang-undang yang bentuk oleh Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa enam bulan selepas pengisytiharan ini dibuat.

Ini bermaksud pada 24hb Mei 2012, semua perairan wilayah di Sabah dan Sarawak yang sejauh 180 km seperti yang diperuntukkan di bawah Perintah Majlis Borneo Utara (Pengubahan Sempadan ) 1954 (North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954) kembali menjadi milik Sabah dan Sarawak. Seksyen (2) Perintah Majlis Borneo Utara (Pengubahan Sempadan ) 1954 berkata “sempadan Colony Borneo Utara adalah dengan ini diperluaskan kepada kawasan pelantar benua menjadi dasar laut dan tanah bawah yang yang terletak di bawah laut lepas berpesisir dengan perairan wilayah Borneo Utara. “

1. Akta Pelantar Benua 1966

2. Akta Perlombongan Petroliam 1966

Dalam keadaan normal kedua-dua Akta ini tidak boleh berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak kerana penguatkuasaannya perlu diwartakan dan warta ini memerlukan kelulusan Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak. Kerajaan Persekutuan bagaimanapun mengatasi keperluan untuk mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dengan mewartakan 2 Akta tersebut menggunakan warta P.U (A) 467/1969 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.10 tahun 1969 bertarikh 8 November 1969. Dalam keadaan Negara Darurat dan menggunakkan Ordinan Darurat, Kerajaan Persekutuan boleh merampas hak-hak Negari atau individu dengan sewenang wenangnya tanpa sekatan walau daripada Mahkamah sekali pun.

Undang-undang ketiga yang digunakan oleh Kerajaan negeri ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 1969 yang mana Seksyen 4 (2) memperuntukan:
Di bawah undang-undang ini Wilayah Laut setiap negeri dihadkan hanya kepada 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut. Ini bermakna melalui Ordinan ini, Wilayah Laut setiap Negeri di atas 3 batu nautika adalah milik Kerajaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, 3 undang-undang atas hanya boleh berkuatkuasa keatas Sabah dan Sarawak apabila Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969 digunakkan. Ini bermakna apabila pengisytiharan Darurat itu ditarik balik oleh Najib pada 23 November 2011, semua ketiga-tiga undang-undang terhenti dari digunakan di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan Negeri di Sabah dan Sarawak harus peka mengenai hak hak negeri. Apabila Najib menarik balik Proklamasi Darurat pada 23 Nov 2011 sebenarnya Najib tanpa disedari telah mencetuskan perkara perkara berikut:

Pertama, Sabah dan Sarawak enggan untuk menerima pakai Akta Pelantar Benua 1966 namun DIPAKSA berdasarkan Ordinan Darurat (Kuasa Perlu) No 10 1969 yang diwartakan pada 8 November 1969. Ini bermakna apabila Proklamasi Darurat tarikh 23 November 2011 di tarik balik, Pelantar Benua dan Perairan Wilayah secara otomatik menjadi bidang kuasa Kerajaan Sabah dan Sarawak menurut Perintah Majlis Borneo Utara (Pengubahan Sempadan) 1954 dan Ordinan Tanah Negeri masing-masing.

Ini juga bermakna bahawa perairan Sabah dan Sarawak kini seluas 180 km dari pantai dan bukan terhad kepada hanya 3 batu nautika lagi. Ini juga bermakna apa jua kuasa untuk memberi atau menarik balik apa-apa konsesi di kawasan tersebut sekarang kembali kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

Kedua, kuasa meluluskan lesen bagi operasi dan perlombongan petroliam dan gas kini kembali kepada Ordinan Tanah di Sabah dan Sarawak dan Ordinan Perlombongan Negeri yang berkenaan; ini adalah kerana Akta Perlombongan Petroleum 1966 telah dipaksa ke atas Sabah dan Sarawak melalui Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.10 dalam warta bertarikh 8 November 1969.

Ini juga bermakna bahawa Kerajaan Persekutuan tidak lagi mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen Perlombongan Petroliam kepada syarikat-syarikat Perlombongan. Oleh itu, setiap syarikat pelombongan yang beroperasi di Wilayah Laut Sabah dan Sarawak wajib membuat permohonan baru kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.

Ketiga, semua undang-undang yang memerlukan kelulusan, pengurusan dan pentadbiran dari Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak perlu mendapatkan persetujuan daripada Kerajaan Negeri terutama kelulusan Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak. Jika tidak dibuat Undang-Undang atau Akta tersebut adalah melanggar Perlembagaan Malaysia oleh dengan sendirinya undang undang tersebut terbatal dan tak sah. Sebagai contoh, Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Perairan Wilayah Malaysia Akta 2012 perlu mendapatkan persetujuan Kerajaan Negeri terlebih dahulu sebelum mereka boleh digunakan di Wilayah Laut Sabah dan Sarawak.

Keempat, apabila semua kuasa undang-undang ini terhenti, bermakna undang undang ini tiada kesan ke atas Sabah dan Sarawak, ia juga bermakna bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai apa-apa hak didalam laut atau pun didasar laut, Wilayah Laut Sabah dan Sarawak.

Ini juga bermakna bahawa Kerajaan Persekutuan tiada apa apa hak untuk memindah apa apa jua miliknya kepada PETRONAS seperti yang dinyatakan dalam Seksyen (2) Akta Pembangunan Petroleum 1974. Semua pindahan hak yang dibuat Kerajaan Persekutuan berdasarkan Akta Pelantar Benua 1966, Akta Perlombongan Petroleum 1966 dan had wilayah laut yang dikenakan atas Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 TIDAK boleh digunakan lagi.

Kelima, PETRONAS tidak mempunyai hak untuk memberi kawasan konsesi minyak kerana kawasan yang diberikan kepada PETRONAS bukan lagi milik Kerajaan Persekutuan. Oleh itu secara logiknya –PETRONAS tidak boleh menandatangani apa-apa Kontrak Perkongsian Petroleum dengan sesiapa pun. Ini kerana apa jua milik PETRONAS kini dimiliki kembali oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.”

Ini juga bererti pemilik perairan wilayah sekarang adalah Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

Ini juga bermakna bahawa selepas pengisytiharan darurat ditarik balik Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai hak untuk memindahkan perairan wilayah tersebut kepada PETRONAS.

FB Penerangan Parti STAR



Nampak gayanya Mahathir hanya suka berkelahi. Dosa.lama pun diulsng kembali.

0 comments:

fda

Archives