Tuesday, July 10, 2018

Ancaman Akidah Dari Golongan Islam Liberal


Marina Mahathir Mahukan Pemerintahan Sekular Sepenuhnya Di Malaysia

Datin Paduka Marina Mahathir mendakwa status Islam sebagai agama negara telah menyukarkan pengasingan agama daripada bidang pentadbiran.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Datin Paduka Marina mendakwa, kedudukan Islam dalam Perlembagaan telah membawa kepada tafsiran berbeza mengenai peranannya dalam kerajaan.

Ini termasuklah pendapat bahawa Islam perlu meliputi semua (bidang dan perkara).

"Apabila agama kepada negara wujud, ia menjadi sumber kuasa yang tidak boleh di persoalkan menurut orang ramai"...

Tambahnya lagi, implikasi Islam sebagai agama negara turut di rasai di kalangan Muslim terutamanya apabila mazhab tertentu di jadikan sebagai pegangan rasmi kepada Muslim.

Fahaman Dangkal Marina Terhadap Islam Membuatkan Islam Di Pandang Jumud

 وَلْيَحْكُمْ أَهْلُ الإنْجِيلِ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فِيهِ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ - Ayat 47

Dan hendaklah orang-orang pengikut Injil, memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah di dalamnya. 
Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.
Al Maidah ayat 47

وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ - Ayat 48

Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur’an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu, maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. 
Untuk tiap-tiap umat di antara kamu Kami berikan aturan dan jalan yang terang. 
Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. 
Hanya kepada Allah-lah kamu semua akan kembali lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu...
Al Maidah ayat 48

Jelas dari surah Al Maidah ayat 47 hingga ayat 48, agama dan negara tidak boleh dipisahkan...

Agama adalah asas, negara adalah penjaganya, seperti kata Imam al-Ghazali...

Maqasid Syariah Asliah ialah menjaga perkara-perkara yang dharuri iaitu agama, jiwa, akal, nasab dan harta...

Negara adalah fardhu kifayah bagi menyempurnakan fardhu ain setiap mukallaf untuk menjaga kelima-lima perkara itu...

Bagaimanapun, Islam hanya menetapkan asas-asas dan prinsip-prinsip umum pemerintahan, manakala pengurusan sesebuah negara sifatnya adalah berubah2...

Bersesuaian dengan masa, tempat, keperluan dan pencapaian manusia yang berbeza2...

Berdasarkan pemahaman di atas, model negara Islam yang pertama di Madinah tidak seharusnya di lihat secara baku dan kaku. 

Terdapat kalangan yang mengatakan model negara Rasulullah s.a.w. tidak boleh di ambil kira untuk kegunaan masa kini, kerana terdapat banyak perbezaan dari segi watak, zaman, tempat dan pencapaian manusia sejak beribu tahun lampau.

Pengkajian terhadap model negara Islam Rasulullah s.a.w. dan para khulafa Ar-Rasyidin mestilah di letakkan dalam kerangkanya yang betul...

Kebijaksanaan ini dapat menghindarkan daripada tindakan mencairkan perkara prinsip dan asas, serta dapat mengelakkan daripada tasawur yang kaku dan menyukarkan.


Hukum syarak diturunkan untuk menjaga maslahat umat manusia, di dunia dan akhirat. 

Tujuan hukum-hukum itu ialah untuk menjaga agama, nyawa, akal, nasab dan harta. 


Perbandingan Indeks Jenayah Rogol Bagi
Negara Yang Melaksanakan Hukum Allah s.w.t.
Dan Negara Sekular

Bila kita memisahkan hukum Allah s.w.t. dalam sistem pentadbiran negara maka apa yg di katakan susah akan menjadi lebih susah...

Apa yg di katakan keadilan akan bertukar menjadi kezaliman dan penindasan...

Akal manusia amat2 terbatas bagi memikirkan penyelesaian kepada maslahat manusia sejagat sepanjang zaman!!!

Janganlah di pandang ajaran Islam hanya terbatas sebagai ritual ibadah sahaja sbb ajaran Islam ialah memandu kehidupan manusia ke arah kesempurnaan yang hakiki di dunia dan di akhirat...

Islam Carca Marba Pilihan Puak Liberal

"Di Malaysia, mereka cuba mempromosikan Ahli Sunnah Wal Jamaah, satu pegangan Sunni untuk Muslim.

Jika anda Syiah, semestinya anda tidak termasuk sekali dalam kelompok itu.

Jika anda Muslim liberal, anda juga tidak termasuk sekali.

Ia satu kelompok yang semakin menyempit.”

Pengasas bersama kumpulan Sisters In Islam (SIS) itu juga mendakwa, wanita Muslim juga berdepan dengan cabaran dalam menghadapi tafsiran Islam yang pelbagai (dalam kehidupan mereka).

Kenapa Kita WAJIB Berpegang Pada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah



Pengertian As Sunnah

"Cara (jalan) yang di contohkan oleh Rasulullah s.a.w. yang dibina  (diambil) dari kitab Allah s.w.t. (al-Quran), sunnah RasulNya dan jalan yang di tempuh oleh para sahabat sekalian yang telah di ijmakkan oleh mereka".

Rujuk :  اهل السنة والجماعة ومنهج الاشاعرة فى توحيد الله تعالى  Juz. 1. Hlm 21. Khalid bin Abdul Latif bin Muhammad Nor.

Pengertian Al Jamaah

Dalam satu hadis sahih riwayat Ibnu Majjah, baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :

لَتَفْتَرِقَنَّ اُمَّتِيْ عَلَى ثَلاَثِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَاحِدَة فِى الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِى النَّارِ . قِيْلَ : مَنْ هُمْ ؟ قَالَ : اَلْجَمَاعَة.

Mafhumnya :

"Pasti akan berpecah-belah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka.   Baginda ditanya:  Siapa mereka (yang ke syurga) wahai Rasulullah?  Baginda bersabda:  al-Jamaah".

Sabda baginda Rasulullah s.a.w. lagi :


مَا اَنَا عَلَيْهِ الْيَوْم وَاَصْحَابِيْ.
Mafhumnya :

(Al-Jamaah) ialah sesiapa yang seperti aku sekarang dan para sahabatku

Hadis sahih riwayat Tarmizi...

Islam mementingkan ketulenan ajarannya...

Rasulullah s.a.w. dah mengingatkan kita lebih dari 1,400 tahun yang lampau bahawa akan ada usaha2 merusakkan ajaran ugama Islam hungga akhirnya umat Islam di akhir zaman akan berpecah kepada 73 bahagian...

Cuma satu saja yang benar2 di jamin berada di landasan yg benar iaitu Ahli Sunnah Al Jamaah...

Ini adalah kerana sumber2 hukum yg terdapat dalam Ahli Sunnah Al Jamaah adalah benar2 di perakui datangnya dari Al Quran dan Al Hadis dengan tafsiran yang betul seperti yang di kehendaki oleh Allah s.w.t. dan RasulNya...

Sedangkan fahaman2 yang di buat oleh penganut2 Syiah dan Sister In Islam hanyalah mengikut kepentingan diri dan nafsu mereka semata2...

Jadi, dengan menolak fahaman2 dari pelbagai pihak yg berkepentingan tapi menggunakan topeng Islam bukanlah menyempitkan ummah seperti yang di dakwa oleh Marina tetapi memelihara kesucian ajaran Islam itu sendiri...

Jangan lupa, Islam ialah agama samawi maka asas hukum WAJIB berpandu pada Allah s.w.t. dan RasulNya dan bukan berpandukan pada logik akal manusia!!!

Marina Pertikaikan Hukum Allah s.w.t. Dalam Al Quran

Mengenai poligami, mengenai hijab, mengenai sama ada wanita boleh menjadi hakim dan sebagainya.

Pendekatan untuk merujuk semula kepada teks dan melihat sama ada ia benar-benar dibenarkan atau sama ada ia merupakan satu tafsiran dan siapa yang mentafsirkannya.

Jelas Kefahaman Marina Terlalu Dangkal Tentang Hukum Hakam Islam



Pada tafsiran Marina, poligami di dalam Islam hanyalah satu bentuk penindasan terhadap wanita...

Pada pendapat Marina, poligami di dalam Islam hanyalah semata2 bersifat seksual sahaja...

Dengar dan fahamkanlah penjelasan 'kelonggaran' berpoligami yang Allah s.w.t. beri di dalam hukum Islam yang sebenarnya...

Islam tidak pernah menafikan hak wanita yang benar2 berkeupayaan menyumbangkan kemahirannya dalam masyarakat...

Saidatina Aisya r.h. sendiri pernah menjadi sumber rujukan hukum kepada beberapa khulafa Ar Rasyidin sesudah wafatnya baginda Rasulullah s.a.w.

Islam tidak pernah merendahkan maruah wanita seperti yang di dakwa oleh Sisters In Islam malah Islam lah yang menaikkan martabat kaum wanita kerana bukankah syurga itu di bawah telapak kaki ibu!!!

0 comments:

fda

Archives