Tuesday, July 3, 2018

Cuepacs Cadangkan Gaji Penjawat Awam Di Potong Utk Tabung Harapan


Cadangan Cuepacs Supaya Penjawat Awam Bersedekah Ke Tabung Harapan Malaysia Secara 'Sukarela'

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan pemotongan RM10 gaji kakitangan awam pada bulan Ogos untuk disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia...

Azih Muda 'Hero' Kerajaan Pakatan Harapan


Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu akan dpanjangkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa...

"Setelah mesyuarat buat kali pertama pada tahun ini Cuepacs telah memutuskan supaya penjawat-penjawat awam menyumbang secara sukarela kepada Tabung Harapan Malaysia...

"Secara majoritinya kongres telah bersetuju untuk memanjangkan cadangan ini kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan kebenaran dari kerajaan serta agensi kerajaan," kata Azih dalam sidang akhbar hari ini...

Tabung Harapan Malaysia, Tabung RM1 Trilion!!!




Sehingga kini Tabung Harapan Malaysia telah menerima sejumlah RM132,075,418.12 dari orang perseorangan dan syarikat...

Tabung tersebut bagi membiayai pembayaran hutang negara yang didakwa mencecah RM1 trilion...

Rela Dalam Paksa


Azih berkata, pihak Cuepacs berharap penjawat awam dapat menyumbang secara 'ikhlas'...

"Kami tidak mengenakan apa-apa 'paksaan' kepada mereka dan kami berharap mereka menganggap ini adalah sebagai kerja kebajikan untuk negara...

"Harapan dan sasaran kami adalah sebanyak RM10 juta dan hasil kutipan tersebut akan kami umumkan," kata Azih...


Apa Keperluan Gaji Penjawat Awam Di Potong Seperti Cadangan Cuepecs

Rakyat Malaysia akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan Malaysia sekiranya benar negara tercinta ini terancam dari sudut apa pun...

Tak kira sama ada dari sudut keselamatan atau pun ekonomi pengorbanan rakyat Malaysia tak perlu di tagih!!!

Zaman tuntutan kemerdekaan dah buktikan betapa rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu (majoriti penjawat awam) akan korbankan apa saja demi Malaysia...

Sedia berkorban TIDAK SAMA dengan sedia di perbodohkan!!!

Tapi dalam keadaan sekarang, apakah keperluan di potong gaji penjawat awam...

Kalau pun benar seperti dakwaan kerajaan Pakatan Harapan bahawa hutang Malaysia melebihi RM1 trilion namun keupayaan negara utk membayar balik tak pernah di ragui oleh pihak2 penarafan kredit antarabangsa...

Bank Dunia sendiri mengunjurkan pertumbuhan ekonomi menggalakkan bagi Malaysia untuk tahun ini...

Jadi di mana kewajaran cadangan Cuepacs utk memotong gaji penjawat awam!!!

Biar Majlis Penasihat Kerajaan yang fikirkan bagaimana nak menjana pendapatan negara!!!

Biar Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yg fikirkan bagaimana nak stabilkan ekonomi negara yg terjejas akibat pengumuman2 membuta tuli mereka!!!

Cuepacs di tubuhkan untuk menjaga kebajikan penjawat awam...

Jadi fikirkanlah bagaimana nak membantu penjawat2 awam yg di buang kerja tu dan bukannya macam mana nak selesaikan hutang negara!!!

0 comments:

fda

Archives