Monday, July 9, 2018

Selepas 60 Hari Kerajaan PH Memerintah, Rakyat Masih Menanti


Hari ini 10hb Julai bermakna sudah 2 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintahan dari kerajaan Barisan Nasional (BN)...

Apakah pencapaian PH yang di janjikan kepada semua rakyat Malaysia sewaktu PRU 14 lalu???

Sudah tertunaikah sekurang2nya 60% dari janji2 sewaktu berkempen sebelum PRU 14 lepas???

Atau setidak2nya sudah adakah usaha sebagai komitmen mereka ke arah mengotakan janji2 PRU 14???

Baca di sini :

Janji 100 Hari : Realiti Atau Fantasi

Rakyat menilai, rakyat menanti dan rakyat bahkan dunia memerhati!!!

Harga Petrol Dan Kos Sara Hidup


》Harga minyak di janji akan turun kepada golongan berpendapatan rendah, tapi sebaliknya harga RON95 kekal manakala RON97 diapung. 

Inflasi dijanji akan dikurangkan, tetapi tarif elektrik dinaikkan hingga bakal bawa kesan berantai.

Tol dijanji akan dihapuskan, namun hingga kini pelan pemansuhan beransur-ansur tidak kelihatan.

GST Oh GST - Ingat Lagi Tak Lagu Guan Eng Dengan Budak2 Sekolah


》Sedang rakyat masih berkira-kira berapa banyak sebenarnya harga barang turun apabila GST dimansuhkan, cukai SST pula bakal dilaksanakan.

Malah dikhabarkan GST akan di laksanakan semula tapi dengan kadar 5% turun 1% dari kadar yang di kenakan oleh kerajaan BN...
GST oh GST...

Kerajaan PH Berperang Dengan Persepsi Enggan Tunaikan Janji 100 Hari



Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini baru berusia 60 hari. 

Walau bagaimanapun, sebahagian ahli politik yang menerajui PH bukanlah individu yang tidak berpengalaman sama sekali dalam menjawat posisi pentadbiran utama negara sebelum ini.

Namun demikian, terdapat terlalu banyak isu berbangkit yang seharusnya tidak di ambil mudah dan perlu di renungkan secara mendalam oleh kesemua pihak tertinggi dalam pentadbiran negara ketika ini.

3 Perkara Pokok Yang Perlu Di Beri Perhatian. 

1) Janji manifesto PH. 

2) Percakaran dalaman sesama pemimpin PH. 

3) Pemeliharaan Institusi Raja-raja Melayu, Agama Islam, dan Bahasa Melayu.

Janji Manifesto PH


Sukar untuk menafikan bahawa tempoh hampir 60 hari pertama pentadbiran kerajaan PH ketika ini di bayangi persepsi kegagalan kerajaan PH menunaikan janji mereka dalam manifesto PRU 14 yang lalu.

Paling kencang tentulah persepsi terhadap janji PH yang berkait dengan kos sara hidup seperti janji memansuhkan tol, janji subsidi petrol bersasar, janji penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN. 

Demikian juga janji lain yang meskipun tidak bersifat ekonomi namun tetap menjadi perhatian rakyat seperti isu 30 peratus anggota kabinet wanita dan janji pemansuhan Biro Tatanegara (BTN).

Isunya di sini ialah kaedah pengurusan kerajaan Pakatan berkenaan janji yang masih belum mampu mereka penuhi.

Perlu di tegaskan bahawa kerajaan PH perlu lebih serius dalam memerangi persepsi bahawa mereka sengaja untuk tidak menunaikan janji-janji mereka dalam PRU-14 yang lalu. 

Tunjukkan dengan segala data dan fakta yang jelas dan terperinci akan situasi kewangan negara yang tidak mengizinkan segala janji berkenaan tidak dapat ditunaikan, tidak cukup sekadar membuat kenyataan media dan mengulang2 skrip menyalahkan kerajaan BN terdahulu.

Percakaran Dalaman PH


Satu lagi kelemahan besar kerajaan Pakatan hari ini ialah percakaran secara terbuka sesama pemimpin parti dalam Pakatan.
Antara deretan isu yang terkini :





》Isu tekanan besar DAP Perak memaksa YB Ngeh Koo Ham dilantik menjadi Speaker DUN mengetepikan YB Siti Aisyah dari PKR...



》Isu Ketua Pemuda DAP Perak Wong Kah Koh menghentam pemilihan anggota Kabinet oleh Mahathir...

Baca selanjutnya di sini :
Ketua DAP Perak Kritik Senarai Perlantikan Kabinet Mahathir



》Isu kritikan Rafizi Ramli kepada kerajaan berhubung kenaikan tarif elektrik dan pelantikan ahli kabinet...

Baca di sini :
Kritikan Rafizi Pada Kerajaan PH Ibarat Retak Menanti Belah



》Isu kritikan Anwar Ibrahim ke atas pendekatan ala-detektif Lim Guan Eng...

Baca di sini :
Selepas Rafizi, Anwar Pula Kritik Kerajaan PH!!!


Tentu sekali kerajaan Pakatan hari ini berbeza dari segi komponennya berbanding kerajaan BN dahulu. 

Kali ini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang di ketuai Mahathir tidak menguasai jumlah kerusi yang besar seperti mana UMNO yang menerajui BN.

Sebaliknya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memiliki senarai ahli parlimen Pakatan yang paling ramai dan di ikuti DAP. 

Maka pastilah terdapat sebegitu banyak tuntutan dan rundingan tawar menawar yang berlaku pada fasa awal pembentukan kerajaan dan pembuatan dasar negara bagi mengimbangi kepentingan setiap parti.

Namun eloklah kiranya sebarang ketidakpuasan hati tidak di luahkan secara negatif dan keras kerana imej perpecahan akan mengimpak keyakinan rakyat sekiranya di teruskan dalam jangka masa panjang.

Pemeliharaan Institusi Raja-raja Melayu, Agama Islam, dan Bahasa Melayu.



Masalah yang paling kontroversi tentulah berkenaan tentang pemeliharaan institusi Raja-raja Melayu, agama Islam, dan Bahasa Melayu. 

Antaranya :

》Pendedahan Abdul Kadir Jasin tentang jumlah perbelanjaan Yang Dipertuan Agong (YDPA)

》Isu hangat pelantikan Peguam Negara Tommy Thomas

》Isu kenyataan rasmi Menteri Kewangan yang diterjemah ke Bahasa Mandarin

》Ura2 hubungan tegang Istana dengan Putrajaya yang cuba dikendurkan Anwar Ibrahim...

Kesemua ini mengundang keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Perlu diingat bahawa UMNO masih menguasai kerusi Melayu terbanyak di parlimen dengan sekitar 51 kerusi. 

Sekiranya langkah drastik tidak di ambil segera bagi menunjukkan kerajaan PH hari ini mampu menjadi pelindung kesemua teras Melayu-Islam ini, tidak mustahil UMNO – bahkan PAS – bakal merampas sokongan di kerusi2 Melayu yang kini di kuasai Pakatan.

Sedarlah bahawa rakyat amat mendambakan perubahan dan penambahbaikan yang sejati, bukannya ‘blame game’ yang tidak berkesudahan.

Hentikanlah alasan seperti ‘segalanya perlu ditangguh dan di semak akibat kerosakan kerajaan terdahulu’ sedangkan dalam masa yang sama kelompok tertentu terus rakus mengaut untung terus di dendangkan untuk menjadi cerita rakyat...





Kisah seperti monopoli tapak DBKL oleh Armada PPBM di sokong DAP Bukit Bintang...




Kisah saham Vincent Tan dalam syarikat berkepentingan ECRL (telah dijual)...

Baca di sini :
Mahathir 'TAK TAHU' Vincent Tan Terlibat Dalam ECRL



Kisah kekayaan Taib Mahmud yang belum (dan enggan?) di siasat...

Tunaikanlah segera janji untuk menurunkan beban hidup rakyat. 

Kurangkan berpolitik menyalahkan pihak lain.

Cukuplah berpolitik demi kepentingan kelompok terpilih. 

Sayangilah rakyat...

Kasihanilah rakyat...

Pasti rakyat akan membalas kasih sayang itu setiap 5 tahun sekali...


Petikan Tulisan Asal :
Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

0 comments:

fda

Archives