Tuesday, July 10, 2018

Lagi Petanda Penilaian RM1.1 Bilion Amar Singh Salah, Mala Fide


Seorang tukang emas borong terkenal dari Lubnan memfailkan saman USD14.79 juta @ RM59.831 juta terhadap Datin Seri Rosmah Mansor bulan lalu atas penghantaran 44 barangan kemas...


Dalam dokumen yang di lihat oleh wakil Malaysiakini, Glibal Royalty Trading SAL memfailkan saman terhadap Rosmah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26hb Jjn 2018 lalu melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay...


Dalam pernyataan tuntutannya, firma yang berpengkalan di Beirut itu mendakwa Rosmah adalah pelanggan lama dan syarikat itu juga menjual barangan kemas di seluruh dunia termasuk keluarga di raja...

Global Royalty mendakwa bahawa ada kalanya, Rosmah akan meminjam barang kemas itu dan dia atau ejennya akan menerima barangan berkenaan di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai...

Rosmah Akui Menerima Barangan Itu

Firma itu mendakwa bahawa memorandum penyerahan akan mengiringi hantaran atau konsainan barangan kemas yang menerangkan terma dan syarat...

Global Royalty menerusi memorandum No. 926 bertarikh 10hb Februari 2018 telah menghantar 44 unit barangan kemas termasuk kalung berlian, anting2, cincin, gelang dan tiara di mana setiap satu bernilai antara USD124,000 hingga USD925,000...

Rosmah Mengakui Penerimaan Barang Kemas Tersebut Tetapi Sekarang Berada Dalam Kawalan PDRM



Firma itu mendakwa, Rosmah dalam surat bertarikh 22hb Mei 2018 mengakui menerima barangan berkenaan...

Beliau mengakui secara bertulis mengenai penerimaan konsainan itu, tetapi tidak lagi dalam jagaannya kerana ia di rampas oleh pihak berkuasa Malaysia menurut kenyataan tuntutan itu...

Terma dan syarat memorandum itu termasuk penghantaran dan pemulangan barangan kemas dan hak milik barang kemas berkenaan tetap dengan firma tersebut...

Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah 44 unit barangan kemas tersebut...

Firma itu juga memohon perintah mandatori supaya barangan berkenaan di kembalikan atau secara alternatif Rosmah DI KEHENDAKI membayar jumlah yang di nyatakan berdasar nilai barang kemas tersebut...

Kerajaam Malaysia Menuntut Hak Milik Barang Kemas Tersebut

Lagi memualkan, bila kerajaan Malaysia di katakan akan mencelah untuk menuntut hak milik barang kemas yang di katakan kepunyaan kerajaan Malaysia...🀦‍♂️🀦‍♂️🀦‍♂️

Baca di sini :

Kemonlah, dakwaan ke atas Najib cuma bernilai RM42 juta sedangkan nilai barang kemas tersebut ialah RM59.831 jutaπŸ€”πŸ€”πŸ€”

Akai ada kah...😝😝😝

Apakah PDRM Dan Jabatan Peguam Negara Telah Melakukan Siasatan Sebelum Merampas Barang Di Rumah Najib


Pada Mei lalu, PDRM menyeebu dan merampas wang tunai dan barangan kemas dari 2 unit kondominium mewah yang di kaitkan dengan Najib di Pavilion Residence di Kuala Lumpur...

Kita tak pernah mempersoalkan PDRM dalam melaksanakan tanggungjawab mereka...

Kita tak pernah mempertikaikan integriti Jabatan Peguam Negara...

Begitu juga kita tak pernah meragui ketelusan SPRM dalam melakukan setiap tindakan yang di rasakan perlu...

Tapi dalam kes rampasan barang2 di rumah Najib timbul tanda tanya di kalangan rakyat...

Apakah setiap tindakan yang di ambil dalam menyiasat kes 1MDB adalah kerana menegakkan kebenaran atau ada agenda yang tersembunyi :

Apakah Status Sebenar Barang Rampasan Sudah Di Kenal Pasti Sebelum Di Rampas


Yang boleh di rampas ialah setiap barangan yang di kenal pasti berkaitan dengan 'penyelewengan duit 1MDB'...


Nie apahal sampai kasut budak, duit akaun RM100 hasil dari duit raya pun di rampas dan di bekukan!!!

Kalau dah tahap kasut budak pun di rampas, kenapa tak rampas pasu bunga, periuk belanga sekali!!!

Selepas serbuan, Najib ada mengeluarkan kenyataan yang mengatakan sebahagian besar dari rampasan tersebut adalah milik peribadi keluarga beliau dan hadiah sepanjang menjadi perdana menteri selama 9 tahun...

Sudahkah di siasat kenyataan Najib itu...

Sekiranya benar seperti apa yang di dakwa, maka barangan yang tiada kaitan MESTI di pulangkan segera...

Janganlah DI BUNUH kehidupan orang yang tiada kaitan dengan kes yang di siasat!!!

Adakah Penahanan Najib Benar2 Mengikut Undang2


Pasukan Petugas Khas (Task Force) di tubuhkan sebaik saja PH dapat membentuk kerajaan hasil dari majoriti mudah yg di perolehi dalam PRU 14...

Persoalannya sekarang, pasukan Petugas Khas di tubuhkan sebelum Dewan Rakyat bersidang...


Dari sudut perundangan, tiada seorang pun yang menganggotai pasukan Petugas Khas mempunyai bidang kuasa yang boleh menyiasat, menangkap apa lagi mendakwa kerana ke empat2 mereka ialah orang awam...




Benar, Dato' Sri Mohd. Shukri Abdull telah di lantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM waktu itu tetapi sewaktu tangkapan di buat, Shukri masih lagi belum mengangkat sumpah dan beliau masih lagi belum mempunyai apa2 kuasa dari sudut perundangan yang membolehkan beliau menggunakan kuasa yang di peruntukkan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM secara sah!!!


Jadi, apakah tangkapan ke atas Najib sah di sisi undang2???



Siapakah yang memberi kuasa kepada pasukan Petugas Khas untuk membuat tangkapan dan dakwaan!!!

Integriti Penjawat Awam Yang Menguruskan Kes 1MDB Jelas Meragukan



Jelas dari kenyataan2 penjawat2 awam yang di berikan tanggungjawab menyiasat kes 1MDB mempunyai kepentingan peribadi dan bersifat dendam...

Jelas Najib mempunyai alasan dan sebab yang kukuh untuk bertindak balas...

Shukri Abdull


Sebaik saja di lantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, Shukri telah membuat sidang media mengenai SRC International Sdn. Bhd. dan merumuskan Najib telah menerima sejumlah wang sebanyak RM42 juta dan RM2.6 bilion sedangkan ketika itu SPRM belum lagi memanggil Najib untuk di ambil keterangan...

Pendirian Shukri jelas mengatakan Najib bersalah walau pun siasatan belum di mulakan lagi...

Tommy Thomas


Julai 2016, Tommy Thomas telah menulis artikel 'Grand Lacerny in 1MDB' sebelum di lantik menjadi peguam negara lagi...

Beliau secara jelas mendakwa wang yang di masukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri ialah wang 1MDB...

Pendirian beliau dalam artikel itu jelas bertentangan dengan prinsip keadilan undang2 dan boleh mempengaruhi beliau sepanjang penyiasatan dan perbicaraan nanti...

Amar Singh


Semasa melakukan serbuan di beberapa premis Najib dan juga premis yang di diami anak2nya di Pavilion Residence serta premis yang di pinjam daripada seorang rakan untuk menempatkan barangan yang di pindahkan dari kediaman rasmi di Seri Perdana, Amar Singh dan kumpulannya di dapati tidak mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP)...

Baca selanjutnya di sini :

Apakah Zaman Matlamat Menghalalkan Cara Sedang Berulang Lagi


Zaman hitam sistem keadilan di Malaysia sudah berlalu tapu apakah zaman itu sedang berulang semula...

Memetik kata2 Datuk Seri Anwar Ibrahim, "Jangan gunakan undang2 rimba dalam mengendalikan kes 1MDB"...

Biarlah mahkamah yang menentukan sama ada Najib benar2 bersalah atau tidak dan biarlah proses keadilan berjalan dengan erti kata yang sebenarnya tanpa ada campurtangan pihak2 berkepentingan yang menentukan keputusan mahkamah nanti...

Najib belum bersalah selagi mahkamah belum mensabitkan kesalahan beliau...

Selagi Najib belum di sabitkan dengan dengan pertuduhan ke atasnya, beliau BERHAK mendapat layanan yang sewajarnya kalau pun tidak sebagai bekas perdana menteri tetapi sebagai rakyat di dalam negara yang berdaulat ini...


Petikan asal dari :

Malaysiakini



0 comments:

fda

Archives